18🌼

2.1K 150 32
                                    

"Sayang"

Naura yang sedang mengagah-agah kedua-dua anak kembarnya itu menoleh ke arah suaminya.Aysar yang hanya mengenakan baju t-shirt putih bersama seluar pendek paras lutut itu melabuhkan punggung di atas katil.

Aysar mencuit-cuit pipi gebu kedua-dua anaknya itu.

Jari telunjuknya dipegang oleh jari kecil Ayra.Ian tergelak kerana baginya Ayra sangat comel apabila memegang jarinya yang sememangnya besar berbanding jari kecilnya.

"Kenapa comel sangat anak baba ni?"oleh kerana berasa geram dengan kecomelan anak perempuannya itu Aysar terus mencium pipi gebu Ayra.

Ayra terkekeh ketawa apabila pipinya dicium oleh papanya.

Naura tersenyum melihat tingkah laku suaminya bersama anak mereka.

"Sayang,abang nak cakap sikit boleh?"

"Cakap pasal apa?Pasal Widad ke?"

Aysar menarik nafas panjang sebelum dia menganggukkan kepalanya."Sayang okay ke dia jadi babysitter anak-anak kita ni?"tanya Aysar sambil jarinya masih dipegang oleh Ayra.

Naura hanya diam sahaja seperti sedang memikirkan sesuatu.

"Apa pun keputusan abang,saya okay je"suara Naura sambil tersenyum nipis.

"Janganlah macam tu.Abang nak tahu jugak pendapat sayang.Takkan abang nak buat keputusan sorang-sorang.Ni soal anak-anak kita so sayang sebagai mama diorang kenalah bagi pendapat sayang"balas Aysar panjang lebar.

"Sebenarnya kalau boleh saya taknak dia dekat dengan family kita.Saya takut dia akan buat something pada family kita.Lagi-lagi pada anak-anak kita.

Widad tu bukan boleh percaya sangat abang.Lagipun dia tu sukakan abang sejak daripada dulu lagi.Abang je jual mahal dengan dia"tutur Naura pula.

"Ehh abang pulak yang kena.Dah hati abang dah pilih sayang takkan nak pergi dekat dia pulak.Sebenarnya abang pun was-was jugak nak jadikan dia babysitter anak-anak kita.

Tapi eomma nak sangat Widad jaga anak-anak kita ni"keluh Aysar.

Aysar memandang wajah suci kedua-dua anaknya.Dia tersenyum sedikit.

"Kalau macam tu...abang benarkan je Widad jadi babysitter anak-anak kita ni.Lagipun eomma yakin yang Widad boleh jaga anak-anak kita"ujar Naura dengan lembut.

"Takpe ke? Sayang tak kisah ke?"

"Kisah tu memanglah kisah tapi kalau betul dia boleh jaga anak-anak kita yes I'm okay"ujar Naura.

"So kiranya sayang okaylah Widad jaga anak-anak kita?"

Naura menganggukkan kepalanya seraya tersenyum manis kepada suami kesayangannya itu.

"Okay kalau macam tu esok abang bagitahu eomma pasal benda ni"balas Aysar.

"Abang dah nak tidur ke?"

"Haahlah sayangku.Abang dah mengantuk ni.Ke sayang tak nak bagi abang tidur?Kalau abang tak tidur kita nak buat apa malam ni?"amboi lain macam je ayat dia ni.

"I know apa yang abang fikirkan.Dah tak payah nak mengarut"jeling Naura.

"Alahh abang tanya je"gelak Aysar.

"Ehh jap kenapa putera puteri papa ni tak nak tidur lagi?Alahaii tidur lah sayang"wajah kedua-dua anaknya dipandang lagi.

"I don't know abang.Maybe sebab petang tadi diaorang dah tidur.Tu yang malam ni berjaga.Tak pelah kalau abang nak tidur abang tidur je"celah Naura.

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now