19🌼

1.9K 154 33
                                    

Mata Ian terpisat-pisat selepas tersedar daripada lenanya gara-gara bunyi azan daripada telefonnya menandakan telah masuk solat Subuh.

Belakang badannya berasa agak sakit memandangkan dia hanya tidur di atas sofa.Tangannya direnggangkan sambil menggerakkan sedikit kepalanya ke kiri dan ke kanan.

Jam tangan dikerling dengan mata yang separa terbuka.Mengantuk lagi agaknya.

"Hmm dah subuh"

Dengan kadar segera dia pergi membersihkan badannya sebelum dia mengerjakan solat Subuh.Nasib baiklah dia ada membawa baju dan seluar lebih.

Selepas selesai mandi Ian mula mencari arah kiblat dengan menggunakan aplikasi di telefonnya untuk solat Subuh.

"Allahuakbar..."

Ian mengerjakan solat Subuh dengan tenang tanpa memperdulikan figura yang masih terlena di atas katil.

Gara-gara dia lah Ian terpaksa tidur di sini semalam.

*****

"Erghh..."

Kepalanya yang terasa sakit itu dipangku dengan tangan sambil dahinya berkerut-kerut menahan sakit yang dialaminya.

Dengan kepayahan Yuki cuba untuk menegakkan badannya.

Matanya melilau memandang sekeliling."Bila masa aku balik?"

"Tak payah nak gerak sangat kalau rasa sakit sangat kepala tu"tegur seseorang dengan nada yang sedikit dingin.

Yuki tersentak lantas didongakkan mukanya untuk memandang gerangan yang sangat dikenalinya.Membulat matanya apabila matanya bertemu dengan mata kelabu milik lelaki itu.

Kenapa dia ada dalam bilik aku???

"Jimin?Apa awak buat kat sini?Macam mana awak boleh ada dalam bilik saya?"tanya Yuki dengan bertalu-talu kerana terlalu terkejut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jimin?Apa awak buat kat sini?Macam mana awak boleh ada dalam bilik saya?"tanya Yuki dengan bertalu-talu kerana terlalu terkejut.

Ian hanya mempamerkan wajah acuh tak acuh.

"Kalau bukan sebab kau mabuk semalam...takde maknanya aku nak tolong kau semalam.Gara-gara kau aku tak balik semalam.Kenapalah aku tolong kau semalam..."balas Ian sedikit kesal.

"Mi...an"

Yuki menundukkan kepalanya sambil menggigit bibir bawahnya.Jujur yang dia berasa agak takut terhadap jejaka kacak itu.

"Dahlah.Now kau pergi mandi lepas tu makan sup yang aku dah sediakan.Aku nak balik.Bye"ujar Ian senafas sebelum mengorak langkah dari situ.

"Awak"

Ian menoleh ke arah Yuki.

"Thanks"

"Hmmm"

Selepas itu Ian terus beredar dari situ.Destinasinya sekarang adalah rumahnya.Mesti Suha menunggunya dari semalam.Tak pernah-pernah lagi dia tak balik rumah.

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now