35🌼

2.4K 161 165
                                    

"Mama"

Ayden mendekati mamanya yang sedang duduk di birai katil.

Suha tersenyum nipis."Ye sayang..."sahut Suha seraya merangkul tubuh kecil milik anak lelakinya.Ayden menyandarkan kepalanya pada dada mamanya.

Alahai manjanya anak mama ni.

"Kenapa mama diam je dari tadi?Mama sakit ke?Adik baby okay ke?"tanya Ayden sambil menyentuh perut mamanya.

"Mama tak sakit pun.Mama cuma penat sikit.Adik baby pun okay je.Katanya adik baby dah tak sabar nak keluar sebab nak main dengan abang dia ni"dicuit manja hidung anak lelakinya itu.

"Mama,kenapa papa nampak macam rapat dengan Auntie Yuki?"tanya Ayden polos.

Suha terdiam seketika sebelum dia tersenyum lembut.

"Papa kan kawan Auntie Yuki.Jadi tak pelik pun kalau papa rapat dengan Auntie Yuki"terang Suha dengan suara yang tenang.

"Tapi...Ayden tak suka"luah Ayden.

Suha agak terkejut mendengar kata-kata anak lelakinya.

"Kenapa cakap macam tu?Tak baik tau cakap macam tu.Auntie Yuki baik je dengan Ayden.Kenapa tak suka pulak?"

Ayden kelihatan serba salah pulak hendak memberitahu mamanya.

"Ayden takut...Ayden tak suka papa rapat dengan Auntie Yuki.Ayden takut mama sedih"

Suha terkedu.

Anak sekecil ini perasan akan perasaannya yang sudah lama dia sembunyikan daripada pengetahuan semua orang.

"Ayden...mama okay.Ayden janji dengan mama.Layan Auntie Yuki dengan baik.Tak elok biadap dengan orang tua.Ingat pesan mama"nasihat Suha dengan nada suara yang lembut.

"Okay mama..."

"Good boy.Kayla mana?"

"Kayla ada kat bawah.Tengah main dengan papa"

Jadi Ian dah balik...

Suha menghela nafas berat.Satu bebanan terasa di atas bahunya.

"Ayden boleh tak ambik kan mama air?Mama dahaya lah sayang"pinta Suha.

"Boleh je.Mama tunggu sini okay.Nanti Ayden bawakkan"ujar Ayden sebelum keluar dari bilik tersebut untuk mendapatkan air untuk mamanya.

Usai sahaja Ayden keluar dari biliknya,Suha terus melepaskan keluhannya.

"Ya Allah...apa yang aku perlu buat sekarang?"

"Abang...you make me hurt"gumam Suha perlahan.

Sakit pada hatinya hanya Allah yang tahu.

Terasa ditipu.

Terasa dikhianati.

Terasa seperti diri ini tidak penting di mata dia.

Aku memang menyedihkan kan?

Kalau boleh buat masa sekarang dia tidak mahu bersemuka dengan suaminya.Namun apakah daya...dia akan tetap bertemu dengan Ian.

"Sayang..."

Suha cuba mengawal dirinya agar tidak bermasam muka dengan suaminya.Tak elok bermasam muka dengan suami sendiri.

Ian memasuki bilik mereka bersama segelas air di tangannya.

"Ayden cakap sayang nak air.Ni abang bawakkan"dihulurkan segelas air itu kepada isterinya.

Suha sehabis mungkin cuba untuk tersenyum sambil menyambut huluran suaminya.

"Thanks abang"

Air itu diteguk oleh Suha selepas itu diletakkan gelas tersebut bersebelahan denagn telefonnya.

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now