32🌼

2.1K 144 39
                                    

"Jimin"

"Jimin"

Tuan Park mengejutkan anak sulungnya lagi sehinggalah Ian tersedar daripada lenanya.Terpisat-pisatnya pada tika itu.

Jarum tadi sudah dicabut semasa Ian terlena tadi.

Ian yang mahu bangun daripada katil hospital itu dibantu oleh appanya.Kepalanya yang terasa berat itu dipanggung dengan menggunakan tangannya.

"Sakit ke kepala tu?"

"Sakitlah jugak.Oh ya appa!Macam mana dengan Yuki?Dia dah okay ke?Dia dah sedar ke?"tanya Ian bertalu-talu.

Tuan Park tersenyum nipis sebelum matanya terarah pada sebelah Ian.

Ian turut memandang ke arah yang sama.Matanya terpaku pada satu susuk tubuh yang kaku di atas katil dengan kepala yang berbalut serta tangan yang berbalut.

"Dia dah okay.Cuma kepala dan tangan dia yang cedera.Jimin...sekarang dah pukul 6.30 pagi.Kamu tak solat lagi kan?Dah pergi solat dulu"peringat Tuan Park kepada anaknya.

Ian mengerling sekilas pada Yuki sebelum memandang appanya kembali.

"Okay appa"

"Ni boleh jalan ke tak ni?Ke nak Jae pimpinkan?Jae!Jae!"Tuan Park mengejutkan anak bongsunya namun langsung tidak terganggu dengan kejutan appanya.

Tuan Park menggelengkan kepalanya.Ian tersenyum nipis.

"Takpe appa.Jimin boleh jalan lagi ni"balas Ian dengan senyuman.

Selepas itu Ian terus keluar dari bilik itu untuk menunaikan kewajibannya sebagai umat Islam.Tuan Park pula sedang menelefon isterinya bagi memberitahu tentang hak yang berlaku kepada Yuki ini.

Mesti Puan Park akan naik angin kerana tidak mengabarkan kepadanya semalam.Tadah telinga jelah jawabnya.

*****

"Mama,papa mana?Uncle dan atuk pun takde jugak"tanya Mikayla sambil mengambil tempat di sebelah Suha.

Suha yang dari tadi termenung itu tersentak dengan soalan anak perempuannya.

Rambut panjang Mikayla diusap lembut olehnya sambil bersuara.

"Papa kerja sayang.Atuk keluar dengan uncle"

Walaupun hakikatnya dia sendiri tidak tahu di man suaminya.Sebaik sahaja dia bangun daripada tidur tadi untuk solat subuh,Ian sudah tiada di sebelah.

Sudah ditanya pada eomma tapi eomma pun tak tahu ke mama para lelaki di rumah ini.

"Suha..."

"Ye eomma?"

"Pasal diorang tu... sebenarnya diaorang ada di hospital sekarang.Yuki kemalangan.Haihh appa kamu pun tak bagitahu langsung pada eomma"

"Hah??Yuki kemalangan???Macam mana keadaan dia sekarang??Teruk tak?? Harap-harap takde benda yang buruk terjadi pada dia"nada suara Suha berubah menjadi kerisauan.

Puan Park tersenyum sedikit."Yuki okay je.Syukur sangat-sangat dia selamat.Appa cakap Jimin yang kasi darah dia pada Yuki.Nasib baiklah jenis darah mereka berdua sama"

"Ian bagi darah dia?"

"Haah"

Suha terdiam seperti memikirkan sesuatu.Timbuk satu rasa yang tidak menyenangkan namun terus ditepis dengan segera.

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now