7🌼

2.5K 178 63
                                    

Suha memandang Ayden dan Mikayla yang sedang bermain di luar rumah.Ian pula sedang berborak dengan Tuan Park dengan serius.Entah apa yang diborakkan pun Suha tak tahu.

"Suha..."

Jaehyun melabuhkan punggung di atas kerusi yang terletak di hadapan Suha.Suha terus menumpukan perhatian pada adik iparnya itu.

"Ye Jae?Ada apa?"

"Jae nak tanya something sebenarnya"Jae sama je macam Ian.Kalau gelisah konfem main-main dengan jari-jari tu.

Comel.

"Tanyalah.Kalau Suha boleh jawab Suha jawablah.Jae nak tanya apa?"

"Suha jangan bagitahu abang eh.Ni rahsia kita dua je"Jaehyun menjeling ke arah abangnya yang berada sedikit jauh daripada mereka berdua.

"Penting sangat ke?"

"Ni mission impossible ni"sengih Jaehyun.

"Okay okay.Apa yang Jae nak tanya Suha?"

"Sebenarnya kan...Jae ada kenal dengan seorang perempuan ni"beritahu Jaehyun malu-malu sampai merah mukanya.Suha tergamam.

"So kiranya Jae suka dia?Macam tu?Wow seriously Jae??So Jae nak kahwin dengan dia???"mak buyung ni pulak yang eksited semacam.

"Wowowo sabar Suha.Janganlah eksited sangat.Memang Jae sukakan dia tapi dia tu...hmm entahlah Suha.Jae tak tahu dia sukakan Jae ke tak"

"Korang dah berapa lama kenal?Dah lama ke?"

"Hampir setahun jugaklah.Ayden dan Mikayla dah banyak kali dah jumpa dia.Hehe budak-budak tu yang nak ikut sangat tu yang Jae terpaksa bawak"sengih Jaehyun.

"Haah mama.Ayden selalu ikut Uncle jumpa dengan kakak cantik tu.Kakak cantik tu baik sangat.Ayden suka kakak tu"

Ayden tersengih selamba.

Jaehyun menjeling tajam ke arah anak saudaranya itu.Dah lah muncul dengan tiba-tiba.Pastu menyampuk orang tua bercakap.Haihh anak saudara sape lah ni😒

"Menyampuk je orang tua bercakap"jeling Jaehyun.

"Orang tua?Uncle dah tua eh?Ouhh patutlah kakak cantik tu tak nak uncle"balas Ayden selamba.

Mikayla terkekeh ketawa mendengar kata-kata abangnya.

"Ehh kau ni suka hati je cakap aku tua!Aku muda lagi lah.Eiii kau ni aku campak masuk gaung karang tak hidup kau"gertak Jaehyun selamba.

"Kalau uncle campak Ayden masuk gaung mesti kakak cantik tak nak jumpa dengan Uncle dah.Buuuu padan muka!"balas Ayden selamba.

"Ayden...kalau Uncle betul-betul campak Ayden dalam gaung macam mana?Tak boleh lah Ayden jumpa dengan adik baby nanti.Kesian adik baby tak boleh jumpa dengan abang dia"sampuk Suha sambil mengusap lembut perutnya.

Ayden terus menerpa ke arah mamanya.Dipeluk erat tubuh mamanya seperti tidak mahu lepas.

"Ayden nak jumpa dengan adik baby.Janganlah cakap macam tu.Ayden sayang mama.Ayden sayang adik baby.Ayden kan abang kepada adik baby"tercebik-cebik bibir merah itu.

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now