39🌼

2.6K 177 145
                                    

Langkah kaki Naura dipercepatkan memasuki rumahnya.

Rasa amarah yang menguasai dirinya cuba dia tahan sehabis mungkin.

Faiqa yang berasa risau melihat kawan baiknya yang seperti mahu meletup setelah tahu tentang hal tadi.

"Widad!!!"

Bergema satu banglo dengan suara lantang milik Naura menandakan dia benar-benar akan meletup tidak lama lagi.

"Wehh!Bawakkan bersabar.Kau tu tengah-"

Oopss!Tengah apa?

"Macam mana aku nak bersabar dengan betina ular macam dia?!Selama ni nyawa anak-anak aku ibarat ada di hujung tanduk disebabkan dia!"bengang Naura.

Tidak lama kemudian Widad dan Yoojung menuruni anak tangga bersama Hayyan dan Ayra.

"Ara... kenapa ni?"

Naura tidak menjawab pertanyaan adik iparnya sebaliknya dia hanya merenung tajam ke arah Widad yang sedang mendukung Ayra itu.

"Iqa,kau ambik anak aku daripada betina ni"pinta Naura.

Membulat mata Widad apabila Naura memanggil dirinya sebagai betina.Like what???

Tanpa menunggu lama Faiqa terus mengambil Ayra daripada Widad.

"Apa masalah kau sebenarnya?Jangan biadap sangat boleh tak?Betina?Kurang ajarnya kau ni!"berang Widad.

"Aku biadap?Memang aku biadap! Memang aku kurang ajar!Tapi hanya dengan manusia yang perangai tak ubah macam binatang!"merah menyala mata Naura pada ketika itu.

Faiqa dan Yoojung berasa sangat gerun melihat muka Naura yang agak menggerunkan bagi mereka.Kalau Faiqa memang dah biasa tengok tapi Yoojung...dia memang tak biasa.

First time dia melihat kakak iparnya dalam keadaan yang sangat menggerunkan baginya.

Hayyan yang didukungnya dipeluk erat oleh Yoojung.

Hayyan dan Ayra hanya memandang mama mereka dengan mata yang terkebil-kebil.

"Naura!Sabar dulu.Benda boleh bawak bincang"

Naura langsung tidak menghiraukan ujaran kawan baiknya itu.

"Kau menggatal dengan suami aku...aku boleh bersabar lagi sebab suami aku tak layan pun kau tapi...kau sentuh anak-anak aku kau memang cari pasal dengan aku!"herdik Naura.

Widad hanya mempamerkan riak wajah tidak bersalahnya.

"Apa yang aku dah buat?Kau tengok anak-anak kau...okay je kan?Tak mati pun"lancang sekali Widad berbicara.

Naura tersenyum sinis.

"Kau memang betina tak guna Widad.Aku terima kau jadi pengasuh anak-anak aku hanya disebabkan mak mertua aku.Kalau tak...jangan harap aku nak bagi kau jejak kat rumah aku"

"Mak mertua kau tu suka aku.Sepatutnya aku yang jadi menantu dia.Bukan kau sebab kau tak layak untuk Aysar"balas Widad selamba.

"Tapi aku yang dah jadi menantu dalam keluarga dia.Kau cuma sampah.Hanya parasite dalam keluarga aku sampaikan kau selalu bagi anak-anak aku makan ubat tidur.Betul tak Widad?!"

Ubat tidur?

Patutlah Hayyan dan Ayra selalu tertidur untuk jangka waktu yang lama.

Widad tergamam.Lidahnya kelu.Rahsia yang dia simpan selama ini telah diketahui oleh Naura.Tapi macam mana?

"Kenapa? Terkejut ke?Kau memang tak guna Widad!Kau sanggup bagi anak-anak aku ubat tidur?!Kau tahu tak nyawa anak-anak aku boleh melayang disebabkan kau!"

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now