47🌼

3.1K 184 90
                                    

"Ayden...Kayla..."

"Papa!"

Mikayla terus berlari ke arah papanya sambil menangis teresak-esak.Ian terus memeluk anak perempuannya bagi menenangkan si kecil itu.

"Ma-mama dah okay ke?Mama tak akan tinggalkan Kayla kan?Mama tak mati kan?"tangis Mikayla.

Laju aja Ian menggelengkan kepalanya.

"Mama okay.Janganlah cakap macam tu.Mama selamat.Mama takkan tinggalkan Kayla.Papa janji"air mata anak perempuannya diseka dengan segera.

Ayden yang hanya diam sahaja sambil menundukkan kepalanya.Ian memandang anak lelakinya itu.Dia tahu Ayden masih marah terhadap dirinya.

"Ayden..."

"Kenapa papa tampar mama?Kenapa papa buat mama macam tu?Kenapa papa dekat dengan Auntie Yuki kalau papa sayangkan mama?Papa tak sayang mama.Papa tak sayangkan Ayden dan Kayla"Ayden bersuara dengan linangan air mata.

Lidah Ian kelu.

"Papa sayang mama sangat-sangat.Papa sayangkan Ayden dan Kayla"lirih Ian.

"Tapi gara-gara papa...mama sakit.Adik baby dah takde"Ayden terus berlari keluar dari biliknya itu.

Ian mengeluh berat.Ya memang salahnya tapi tolong jangan hukum papa macam ni sekali.Sakitnya hanya Allah je yang tahu.

"Takpe.Kau uruskan Kayla.Ayden biar aku yang uruskan"celah Jaehyun yang tiba-tiba sahaja muncul di situ.

Dia faham situasi Ian sekarang jadi dia tidak mahu menambah beban abangnya itu.

Ian menganggukkan kepalanya tanda membenarkan.

"Kayla nak tidur tak?Kayla tak tidur lagi hari ni kan?"rambut panjang anak perempuannya diusap lembut olehnya.Air mata Mikayla diseka oleh Ian.

"Kayla tak nak tidur.Kayla nak tengok mama.Kayla nak teman mama"tercebik-cebik bibir kecil Mikayla.

Ian tersenyum nipis.

"Sayang papa,mama kena rehat.Nanti bila mama dah sihat Kayla boleh jumpa mama okay.Now Kayla tidur papa temankan"Kayla dibaringkan oleh papanya.Ian membaringkan badannya di sebelah anak perempuannya.

"Papa jangan tinggalkan Kayla tau"ujar Kayla.

"Ye papa takkan tinggalkan Kayla.Papa janji.Kayla tidur okay"didodoi anak perempuannya agar terlena.

Kayla memeluk papanya seraya melabuhkan kepalanya pada dada papanya.

Ian tersenyum sendiri.

Rambut panjang Kayla dielus lembut olehnya.Sebenarnya Ian terus memikirkan anak dan isterinya yang masih di hospital.Tapi...melihat keadaan Kayla sekarang menyebabkan Ian mengambil keputusan untuk menemani anak perempuannya dahulu.

Selepas ini barulah dia akan ke hospital untuk menemani isterinya di sana.

*****

Di situasi lain,ternyata keluarga Suha telah tiba di Korea.Mereka terus ke hospital untuk menjenguk Suha yang masih belum sedarkan diri.

"Suha!"

"Calm down. Suha is fine just she need some rest for now"terang Puan Park.

"Ya Allah abang!Anak kita!"

"Our grandchild..."dengan lembut Puan Park menarik tangan besannya ke ruangan yang menempatkan cucu mereka.

Puan Sri Hajah Darliya tidak mampu menahan sebak.

Dapat dilihat wayar-wayar yang berselirat atas badan si kecil itu.

Suaminya terus merangkul erat tubuh isterinya.Dibisikkan kata-kata semangat di telinga isterinya."Sabar..."

[C]Nasuha Cassandra S2 Where stories live. Discover now