32💞Akhirnya💞

5.4K 161 21
                                    

Dua bulan kemudian...

"Mama, banyaknya pokok mawar ni, borong kat mana ni?," Amzar Safaraz mengerut dahinya.

"Semua ni, hadiah dari papa Amzarlah, papalah yang memborong untuk mama," Senyum Amanda.

"Tapi, kenapa banyak sangat, pokok nek wankan dah banyak tu, ermm... biarlah Amzar tolong angkatkan ke rumah nek wan,"

"Eh! jangan, pokok-pokok ni semuanya akan ke rumah baru kita," Tersengih Taqiff memandang Amzar.

"Hah! rumah baru, ta..tapi nek wan dan atuk macam mana?," Amzar muram.

"Rumah baru kita tak jauh pun, tu, cuba Amzar pandang ke sebelah,"

"Itukan rumah uncle Haris,"

"Tapi... uncle Haris dah jual rumah tu, sebab dia berpindah ke Perak,"

"Jadi....ermm....papa dah beli rumah tukah?," Terlopong mulut Amzar Safaraz.

"Yes," Senyum Taqiff.

"Wah! bahagianya...dekat dengan rumah nek wan...ta..tapi..," Amzar memandang Amanda dan Taqiff.

"Mama boleh sambung ayat tu, ermm...macam ni, tapi....rumah nek wan tu biarlah macam tu, sebab anak cucu menantu nek wan yang lain akan selesa jika rumah nek wan seperti sediakala, Amzar faham kan maksud mama," Senyum Amanda Rosella.

"Ermm....betul juga kata mama, lagi pun Ain dan Khairul selalu tidur rumah nek wan, hurmm.... bijaklah mama,"

"Sebab terlebih bijaklah mama tinggalkan papa," Taqiff menutup pintu kereta.

"Abang.....," Manja suara Amanda.

"Baja pun papa beli... eee...busuk, baja tahi ayam ke papa, ma....ma... nah! hihi," Amzar sengaja mengacah kepada Amanda plastik beg berisi baja bunga.

"Erkk...uwek...uwek...., Amzar... kuatnya bau tu, jauhkan dari mama... uwek! uwek!," Amanda memuntahkan angin dan air di tepi rumput.

"Sayang....kenapa ni? sayang tak sihatkah?," Taqiff kelihatan risau. Di dudukkannya Amanda di kerusi. Pucat wajah Amanda kerana bau baja bunga tadi telah membuatkan tekaknya loya. Rasa berpinar pandangannya.

"Ermm...mama ok tak, eh!...mama muntah ni, jom masuk ke rumah nek wan dulu, mama rehat kat sana dulu sementara rumah kita di cuci... jom papa kita papah mama,"

"Tak apalah, biar papa gendong terus mama kamu ni," Taqiff terus menggendong Amanda ke rumah Puan Aisya. Amzar mengekorinya di belakang.

"Ya Allah..kenapa ni Taqiff?," Puan Aisya runsing.

"Amanda muntah tadi, mama," Taqiff meletakkan Amanda di sofa. Puan Aisya merenung menantunya.

"Ermm...kejap mama nak ke atas," Puan Aisya menuju laju ke tingkat atas.

"Sayang...," Taqiff membelai rambut Amanda.

"Abang, sayang ok, lah, cuma penat sikit jer, rasa berpinar mata," Amanda memandang Taqiff.

"Aduh! sakit perutlah pula, Amzar ke tandas kejap yer papa," Amzar Safaraz bergegas ke bilik air di ruang dapur.

Ain Salsabila kelihatan membawa mangga muda beserta dengan kuah rojak dari dapur.

"Eh! kenapa ni Aunty? Aunty sakitkah?," Mangga muda dan kuah rojak di letaknya di atas meja. Niat untuk menonton drama tv kesukaannya kini terbantut.

"Aunty kurang sihat sikit, penat sebab keluar tadi agaknya," Mata Amanda tertatap ke arah mangga muda di atas meja. Air liurnya terasa merecik di lidah.

CINTA KETUA KELAS | ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora