4💞Geram💞

3.8K 184 5
                                    

"Dah tiga bulan keluarga aku berpindah ke sini, inilah kali pertama keluarga aku dijemput ke rumah Taqiff, makan-makan minggu lepas, tak sangka pula aku, ayah si Taqiff tu kawan ayah aku masa zaman muda dulu , hmm....lagi satu, kakak-kakak ipar dia tu baik juga aku tengok, beruntung mama Taqiff, rajin-rajin diaorang, kemas buat kerja," Amanda duduk di meja studynya sambil memandang ke arah bilik Taqiff yang masih terang berderang.

"Asyik pandang jer ke arah sana tu, rindukah?," Tiba-tiba Amelia yang dari tadi memerhati kakaknya, masuk dengan senyap ke bilik Amanda.

"Eish... Amelia... terkejut akak, bertuah punya budak,"

"Rindukah?," Amelia tersenyum.

"Amboi, kecil-kecil dah pandai yer, rindu-rindu, eee... tak kuasalah nak merindu si lembu tu, takkan.... menyampah lagilah ada,"

"Takkan?... hmm... orang tua-tua kata, yang kita tak nak tulah, selalunya akan datang dalam hidup kita,"

"Eee...sorry, pandang sebelah mata pun akak tak nak, inikan nak pandang kedua belah mata, no..no..no.. tidak sama sekali...," Amanda mememekkan mukanya.

"Akak.... kalau akak tak boleh pandang dengan mata, pandang jerlah dengan hati, lagi senang, mesti terpautlah, hihihi," Amelia tersenyum.

"Amboi matangnya adik Kak Amanda ni, baru 11 tahun , tahun ni, musykil pula akak sebab Amelia tahu semua pasal cinta-cinta ni...hmmm..,"

"Hihihi...new generation... mestilah tahu dan terbaik!," Amelia mengangkat ibu jarinya.

"Yerlah tu baiklah sangat, nanti exam ke laut.. hmm...,"

"Mana ada akak, Amy kuatlah, selamanya kuat, yeah!," Amelia tersengih.

"Kuat...kuat... dah studykah belum ni?,"

"Ops.... alamak, ada latihan math lah, nasib baik Amy ingat, huh.. bai akak, Amy balik bilik dulu, muah, jangan pandang lama-lama, nanti di kebas orang...hihihi," Amelia bergegas keluar menuju ke biliknya.

"Hmm.... manalah si lembu tu, rindu pula aku nak bergaduh dengan dia, nak gurau-gurau dengan dia,"

Tiba-tiba kelihatan Taqiff membuka pintu kaca biliknya, dia keluar dan membaringkan tubuhnya di atas kerusi malas ala sundeck, Taqiff termenung memandang ke arah jalan raya didepan rumah yang kelihatan sesak sedikit dengan kenderaan. Sesekali matanya memandang Amanda yang berada di biliknya.

"Hmm...cantik, rindu pula aku, aduh..kenapa hati aku berdebar lain macam jer ni, aku sakitkah?," Taqiff memegang dada, laju degup jantungnya.

"Hah! ada rupanya, aku ingat dia keluar tadi, hmm...yes!," Amanda menyisir rambutnya ke sebelah kiri. Pintu kaca biliknya dibuka, dia duduk dikerusi sambil melihat bunga mawar kesayangannya. Taqiff menjelingnya.

"Ah! dia keluar pula, perlukah aku tegur dia?, huh," Keluh hati Taqiff.

"Bunga-bunga, biarlah orang tahu perangai kita yang sebenar, itukan lebih bagus dari tipu diri sendiri untuk nampak baik depan orang, buat apa nak jadi hipokrit, kan," Amanda menjeling ke arah Taqiff.

"Amboi, sedap betul ayat dia.. hahaha, aku nak diam jer, biar dia yang nampak over," Bisik hati Taqiff.

Taqiff berdiam diri, matanya hanya memandang ke arah deretan kereta yang menuju ke bandar.

"Hmm... diam jer si lembu tu, dia ada masalahkah? selalunya cepat jer melenting,"

"Kejap lagi kena kau Amanda, nak sangatkan ganggu aku," Taqiff meletakkan kedua tangannya ke bawah kepala.

"Tak perlu nak jadi sempurna untuk buat orang suka kat kita, biarlah orang suka diri kita yang sebenar, bukan diri plastik kita, tak perlulah nak jadi hipokrit sangat," Amanda memandang ke arah Taqiff.

"Makin lama, makin kesian pula saya kat awak, sebelum nak cakap tu, perlulah tahu maknanya, hipokrit tu maksudnya, orang yang berpura-pura baik depan kita tapi sebenarnya ada niat jahat dalam hatinya, hmm... agaknya burung gagak hanya tahu berbunyi jer.. tak tahu nak berfikir, hahaha," Taqiff tersenyum namun Amanda tidak dipandang.

"Eh! si lembu dengarkah? terasa ek... tiba-tiba jer membidas, eee.... bila pulalah kita cakap dengan dia,"

"Sebelum berkata-kata, pastikan lidah tu bersambung dengan otak," Taqiff menjeling ke arah Amanda.

"Amboi awak, hingga ke otak pula awak nak berkarya yer, awak sedar tak awak tu, hipokrit yang teramatlah sangat, menyampah saya tengok, kalau depan cikgu, eee... sopan, baiklah sangat, buat gaya ala-ala comel, erk... nak termuntah, wekkk," Amanda menjelirkan lidahnya seperti hendak muntah.

"Rajinnya awak memerhati saya, hmm... ada juga secret admire, hati awak dah cairkah? kalau dah cair, susah nak beku semula, mengaku jer lah," Taqiff masih berbaring.

"Eh! awak, maaf yer, saya ni, setakat muka awak yang macam badut, bersepahlah, ramai yang nak kat saya, bukan saya yang nak kat diaorang, erk... nak termuntah tengok muka awak tu, hati saya ni, takkan sesekali cair dengan muka badut lembu, hipokrit awak tu,"

"Sedapnya mulut awak cakap muka saya ni macam badutlah, lembulah, cuba awak cermin muka hodoh nenek kebayan awak tu, buat saya muak, bukan setakat nak muntah, nak terkeluar isi perut saya ni, bila tengok muka awak dengan hati, perangai macam hantu, nampak jer keburukan orang, sedarlah diri tu sikit, asyik-asyik nak perli orang jer, ingat diri awak tu baik sangatkah, dahlah tu, dekat sekolah, tak malu, depan lelaki, jalan melenggang lengguk, nampak tubuh badan, free jer bagi orang tengok, macam perempuan murah jer saya tengok, pergilah cermin diri sendiri tu dulu, cermin awakkan besar, ha...tengok betul-betul," Taqiff masih tenang di atas sundeck.

Tiba-tiba, kedengaran bunyi hidung Amanda seperti berair, hatinya sebak, sedih, air matanya menerjah keluar.

"Sampai hati awak cakap saya macam tu, saya benci awak!," Amanda masuk ke dalam biliknya, pintu kaca di tutup, lampu juga ditutup. Dia baring diatas katil sambil memerhati Taqiff, air matanya turun bak taufan yang membadai.

"Allah, apa yang aku dah cakap ni, a..aku dah buat Amanda menangis, astaghfirullah hal 'azim, Ya Allah, kenapa dengan aku ni," Tangan kanan Taqiff memegang dahi, rambutnya di seka ke atas, dia bangun dan melihat ke arah bilik Amanda.

"Amanda...Amanda... aduh.. merajuklah tu, eish.. mulut aku ni pun satu," Taqiff cuba memanggil Amanda dengan nada perlahan takut di dengari orang.

"Sakit hati aku, kau panggil seribu kali pun, aku takkan jumpa kau lagi, aku benci kau, aku benci kau Taqiff, aku benci kau!," Amanda memeluk teddy bear kesayangannya dengan air mata yang mengalir deras. Tersedu-sedu tangisannya.

Malam kian larut, Taqiff gusar, hatinya terobek dengan lidahnya sendiri. Bagaimanakah dia akan berhadapan dengan Amanda di sekolah esok. Gurauan Amanda telah mencantas hatinya sendiri.

💞Bibit-bibit rindu yang berlalu, hanyalah igauan semata💞

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now