23💞Pilu💞

2.1K 106 0
                                    

"Eh! kan saya dah beritahu dekat awak, saya tak lalu nak makan apa yang si Amanda tu masak, awak tak fahamkah? lepas ni, awak yang masak, kalau awak tak larat sangat, cari jer tukang masak yang baru, tak pun lebih baik saya makan kat luar, hmm... menyusahkan betul dengan orang yang tak faham-faham ni.. berulang kali dah cakap...hah," Encik Tajuddin merungut keluh sambil berlalu pergi. Dia tidak dapat makan makanan yang dibuat dari tangan perempuan berhati kotor, sedih dia mengenangkan nasib Taqiff.

"Abang,....kenapa dengan orang tua tu, eishh... tiba-tiba jer tak nak makan masakan Amanda, hmm...," Keluh Puan Aisya sambil menoleh ke belakang. Terkaku Puan Aisya apabila melihat Taqiff sedang memegang bahu Amanda yang sedang sebak mengalirkan air matanya.

"Mama," Taqiff.

"Kamu tak dengarkan apa yang papa cakap,"Puan Aisya risau.

"Taqiff dan Amanda dengar dengan jelas mama," Taqiff mengetap bibirnya.

"Amanda, Taqiff, maafkan mama, selera papa tu susah sikit," Puan Aisya mendekati Amanda dan Taqiff.

"Tapi sampai hati papa tinggikan suara dengan mama, sebab hal memasak jer pun,"

"Kamu ni, macam kamu tak kenal papa kamu tu,"

"Taqiff memang dah tak kenal papa, papa dah berubah, apa yang Amanda masak langsung tak dimakannya, Taqiff pun terasa juga mama, sedangkan papa berselera makan apa yang dimasak orang lain,"

"Amanda, maafkan mama dan papa yer, lepas ni, biar mama jer yang masak, Amanda jangan ambil hati yer sayang," Puan Aisya menggosok-gosok bahu Amanda. Amanda menggangguk setuju.

"Mama, esok kami dah mula bekerja, rasanya Taqiff dengan Amanda duduk dirumah sewa jer sebab housemate dah berpindah, lagipun rumah sewa tu dekat dengan tempat kerja kami berdua,"

"Baiklah Taqiff, Amanda, semoga kamu dipermudahkan segala urusan, mama izinkan," Senyum Puan Aisya. Dia memahami situasi yang sedang berlaku.

"Terima kasih mama,"

"Sama-sama,"

Setelah beberapa jam berlalu, Taqiff dan Amanda menaiki kereta Taqiff dan meninggalkan perkarangan rumah Encik Tajuddin dan Puan Aisya untuk ke rumah sewa Taqiff. Amanda dari tadi hanya berdiam diri, riak wajahnya muram, kedengaran nafasnya berhingus.

"Apa salah aku Ya Allah, benarkah begitu teruk masakan aku, adakah selama ini orang yang makan masakanku sekadar mengambil hatiku," Detik hati Amanda.

"Maafkan abang sayang, abang sedih tengok keadaan sayang, papa pun tak pernah berperangai macam tu, mungkin papa dah berusia, abang terima dan abang faham," Bisik hati Taqiff sambil memandu kereta. Dia tahu Amanda bersedih, namun Amanda langsung tidak berkata apa-apa sejak dari tadi. Dibiarkan Amanda begitu, mungkin dia akan kembali ceria dan gembira nanti. Begitulah sikap Amanda, setelah menangis, dia akan kembali cergas, segalanya ingin dilupakannya, kerana tiada keuntungan untuk memikirkannya. Mudah sahaja dia melupakan dan memaafkan.

Beberapa bulan telah berlalu, perut Amanda kian membesar, hatinya teruja setiap kali mendengar degupan jantung si kecil. Setiap malam Taqiff akan membacakan surah Al Quran di perut Amanda agar didengari si kecil.

"Tak sabar nak tengok si kecil ni keluar," Senyum Taqiff sambil mendekatkan telinganya ke perut Amanda.

"Bila dah keluar nanti, letihlah papanya, siang malam bersengkang mata, hihihi," Amanda ketawa kecil.

"Semuanya papa sanggup lakukan demi anak papa yang seorang ni, muah...," Taqiff mencium perut Amanda.

"Eh! sayang belum pack lagilah baju, terlupa pula, pagi esokkan nak ke rumah mama, kenduri arwah tu malamkan, kejap lagilah sayang pack, best pula drama ni,"

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now