11💞Tak Ku Duga💞

2.7K 126 26
                                    

"Hai cik doktor, maaf Reen, maaf sangat buat kau tunggu lama, aku pergi cuci kereta tadi, berderet kereta, huh! lama aku tunggu," Taqiff duduk dikerusi mengadap ke arah Hazreen.

"Wah!, kereta barukah tu? mewahnya.., bila kau nak bawa aku merasa duduk kat sebelah tu," Mata Hazreen tajam memandang kereta Taqiff.

"Hadiah dari ayah aku, bonus.. sebab aku berjaya dapat tender untuk pembinaan sebuah resort world dekat Perak, oh! semestinya, selepas buah hati aku duduk dulu, baru boleh kau duduk, hahaha,"

"Wah!..tender besar tu, tahniah, kau ni dengan aku pun nak berkira, hmm.. siapalah kita ni, apa-apa semua cari kita, dari universiti hinggalah sekarang ni, nak duduk sebelah pun tak kasi," Hazreen mencebik muluknya.

"Alah kau ni, merajuk pula, nanti-nantilah aku bawa kau, macam mana dengan result check up aku, dah keluarkah?," Taqiff berdebar.

"Ermm...dah, ni dia, ta..tapi kau sabar yer, aku harap kau tabah dengan apa yang aku nak bagi tahu kat kau ni..... ermm.. harap kau dapat terima kenyataan ni," Tiba-tiba Hazreen kelihatan sedih, air matanya dikesat perlahan, dia merenung wajah Taqiff.

"Apa kau cakap ni Reen, kau ni..hmm... menangis pula, sengaja ek nak gurau-gurau dengan aku... macam kat u dulu... kan?," Taqiff tersenyum sendiri.

"Aku tak guraulah, sebenarnya... kau... kau sekarang ni sedang sakit tenatlah.. Taqiff," Hazreen sebak.

"Kau menipu ek, saja jer kau ni..haishh...," Taqiff masih tersenyum.

"Aku doktorlah, mana boleh nak menipu bagai, Taqiff...kau sakitlah...ermm...nah ni, ambil dan tengok sendiri, nanti kau datang ke hospital tempat aku bekerja, aku akan cuba sedaya upaya rawat kau, ok... aku kena masuk kerja ni, aku pergi dulu," Hazreen berlalu pergi ke keretanya. Air matanya berhamburan.

"Reen...Reen.... hmm... lajunya dia berjalan, macam berlari jer, menangis pula tu, hmm...orang perempuan, macam tulah... ermm... Reen kata aku sakit tenat? penyakit apa pulalah yang bertempek kat kepala aku ni, biarlah aku tengok sendiri result ni," Taqiff membuka sampul surat dan mula menelitinya, tiba-tiba matanya berkaca, terasa jantungnya berdetak lemah, badannya terasa menggigil, hatinya terasa berkecai, kini wajah-wajah orang kesayangannya mulai terbayang-bayang di fikiran, salah seorangnya ialah kekasih hatinya, Amanda, jelas terbayang wajah bahagia dan senyuman sang kekasih yang akan bergelar tunangnya bulan depan. Hatinya bagai direntap-rentap, takkala semua impian yang difikir bersama akan musnah dan hancur dengan keadaan dirinya.

"Allah, betul kata Reen, sebab itu dia menangis, Ya Allah, dugaanMu amat berat buatku, sakit yang kau beri menguji diriku, aku perlu tabah dan redha, tapi...jika Amanda tahu penyakitku, tentu dia akan tetap bersamaku, tapi aku akan pergi menghadapMu, 2 tahun jangka hayatku, mampukah aku bertahan hingga ke saat itu," Air matanya bagaikan tumpah ke bumi, dengan hati yang sedih, dengan hati yang lara, dia memikirkan Amanda, terasa sayu di benak jiwanya. Kekasih hati akan di tinggalnya jauh dan pergi ke dunia yang lain, tiada lagi yang dapat menghubungkan hanya doa mengiringi pemergian.

Dengan keadaan sebak dan lemah, Taqiff berlalu menuju ke arah kereta miliknya di tepi kafe tersebut. Pintu dibuka, dia melabuhkan tubuhnya ke kusyen kereta, dan pintu ditutup semula. Iphone Apple miliknya di ambil dari poket seluar dan dibuka. Gallery phone dibuka, wajah kacukan Amanda Rosella ditatap penuh sebak dihati, gadis yang amat dicintainya, terasa amat bahagia ketika berada disisinya, gelak tawa, senda gurau, tergambar jelas dimata Taqiff.

"Sayang.....maafkan abang, abang akan pergi jauh tak lama lagi, abang akan tinggalkan sayang, abang tak nak sayang terluka dan merana dengan ketiadaan abang, abang tak nak sayang sedih, abang akan cuba buat sayang benci kepada abang, hanya itu caranya agar sayang dapat menerima orang lain dalam hidup sayang, abang sayang sangat sayang... Ya Allah, aku sangat mencintai Amanda.... tolong aku Ya Allah.... tolong berikan aku kekuatan untuk melepaskannya kepada orang lain, aku ingin melihat dia bahagia sebelum aku menghadapMu, tolong aku Ya Allah... tolong aku," Taqiff menangis dengan teresak-esak, hati lelakinya yang dulu kuat, kini seperti mawar yang indah tetapi akhirnya akan layu juga.

"Klik kluk," Tiba-tiba bunyi satu mesej masuk ke iphone Taqiff. Taqiff mengelap air matanya dan I phone di buka. Satu mesej dari Reen.

"Taqiff, nanti kau datang hospital aku, aku akan beri kau ubat untuk penyakit kau tu, agar kau boleh bertahan, tapi kau tak boleh ambil dari hospital lain sebab aku takut, nanti akan pengaruhi penyakit kau, aku berharap sangat dapat bantu kau dalam dua tahun ni, ok, take care Taqiff,"

"Baiklah Reen, esok aku pergi jumpa kau dihospital, thank you sebab ambil berat pasal aku," Balas Taqiff.

Hazreen menutup handphone, kepalanya disandarkan ke kusyen kereta, belum sempat untuk dia keluar dari kereta yang di pakirnya di depan hospital. Dia termenung sejenak, senyuman tiba-tiba terukir di bibir munggilnya.

"Maafkan aku Amanda, aku terpaksa buat semua ni, aku juga cintakan Taqiff, bagi aku, sebelum ni, tiada lelaki yang aku jumpa sempurna seperti Taqiff, seorang yang handsome, baik hati, penyayang, suka mengambil berat, dan yang paling aku suka sebab Taqiff ni dari keluarga yang kaya, semestinya ia baik untuk kehidupan aku nanti, aku akan pastikan barang yang baik akan menjadi kepunyaanku, we will see Amanda, aku berharap kau, tabah, hahaha," Hazreen keluar dari keretanya, puas hatinya kerana Taqiff mempercayai kata-katanya. Sejak pertemuan pertamanya dengan Taqiff di USM Kubang Kerian, kelantan, ketika hari pendaftaran untuk memasuki universiti itu telah menarik dan mencuit hatinya untuk mendekati lelaki itu, akhirnya dia terperangkap sendiri dengan khayalan cintanya terhadap Taqiff. Dia sentiasa berada di sisi Taqiff kerana persatuan kelab dan beberapa kelas yang mereka ambil telah ditakhdirkan memberi peluang untuk mereka bersama.

Taqiff mengeluarkan kunci dan membuka pintu rumah, sunyi, tiada sesiapa dirumah sewanya di Presint 8, Tamara Residence Putrajaya, dua orang rakannya keluar bekerja. Dia masuk ke rumah, dan merebahkan dirinya diatas sofa.

"Aku tak sanggup nak fikir penyakit aku ni, tapi aku perlu mengharunginya, Ya Allah aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidur Amanda, yang mungkin dia merinduiku, namun semuanya kini gelap bagiku, segala-galanya kini hambar seperti udara itu tiada lagi bagiku," Taqiff dirundung pilu, kini dia hanya ingin melelapkan matanya, namun hatinya seperti hilang arah, di peluk erat bantal kusyen dan menangis sekuat hatinya melepaskan takhdir suram yang menghantuinya. Dia akhirnya terlelap dalam tangisan.

"Taqiff, Taqiff, dah nak maghrib dah ni," Rakan serumah Taqiff mengejutkannya. Taqiff membuka matanya.

"Allah, tak sedar aku, terima kasih Salleh," Taqiff bangun.

"Aku nak ke masjid ni, lepas tu ke kedai, kau nak pesan apa-apa tak?," Salleh membetulkan songkoknya.

"Dah lama ke kau balik, Allah terlepas Asar aku, aku kenyanglah, tu, roti pun ada lagi," Taqiff bangun ke posisi duduk.

"Pukul 6 tadi aku dah ada kat rumah ni, aku tengok kau kusyuk tidur, ingatkan kau dah solat Asar, aku malas nak kejutkan kau, nyenyak betul kau tidur, tadi kau tak masuk kerja ek?," Salleh memandang Taqiff.

"Hari ni aku tak masuk kerja sebab pukul 9 tadi ada mesyuarat dengan Encik Zamzuri tentang projek resort world tu, lepas tu, aku ke syarikat Soo Wings, alang-alang dah lalu kawasan tu, aku pergi cuci kereta, then terus balik rumah, aku mengantuk sangat, mungkin terlalu letih dengan proposal tender tu,"

"Oh! tender dah dapat, besar tu," Senyum Salleh.

"Alhamdulillah, dengan bantuan kau dan semua staff yang siang malam bertungkus lumus untuk tender ni, dapat juga akhirnya, rezeki...lega aku,oklah kau pergi masjid dulu, nanti tak sempat berjemaah, aku nak mandi dulu," Taqiff bangun.

"Hihi..ok, aku pergi dulu, tenang hati aku, tender dah dapat," Salleh menutup pintu dan berlalu pergi. Taqiff masuk ke biliknya.

"Klik kluk," Satu mesej masuk, Taqiff melihatnya.

"Assalamualaikum, hai cik abang sayang, abang sibuk yer, sayang mesej dari tengahari tadi, tak ada jawapan pun, whatsapp pun offline jer, sayang rindulah," Mesej dari Amanda.

Taqiff mengetap bibirnya, iphone miliknya di offkan. Hatinya hiba, hatinya patah membayangkan senyuman Amanda.

"Maafkan abang sayang," Detik hati kecil Taqiff lalu dicapainya tuala dan masuk ke bilik air.

💞Bila hati di landa resah, dirimu bermain di fikiran💞

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now