10💞Rindu💞

2.7K 135 3
                                    

7 Tahun kemudian🌸

"Hmm... umur aku sekarang dah 24 tahun, aku dah nak bertunang, agaknya dengan siapa aku akan bertunang, huh!, its complicated, dia atau dia?," Amanda merenung gambar Taqiff bersamanya ketika sesi konvokasyen di Universiti Malaya, dan disebelahnya terdapat gambar kawan-kawannya dan juga, dia.

*Flashback Amanda minggu lepas*

"No! saya tahu, awak akan terima lamaran dia, sebab itulah, saya juga akan hantar rombongan dari pihak saya, awak dengar tak Amanda," Hazirul memegang kedua belah bahu Amanda.

"Zirul, saya tahu awak banyak berkorban untuk saya, dari sekolah rendah lagi, saya tahu awak mahukan sesuatu untuk membalasnya, tapi saya tak dapat nak memberi apa yang awak nak, hati saya milik dia, saya sayang dia, tolonglah awak faham keadaan saya,"

"No!, dari dulu saya tahu, saya yang awak suka, saya yang awak cintai, kenapa susah sangat awak nak ingat kembali waktu-waktu kita bersama dulu, cuba awak fikir, masa di universiti, kita sama universiti, kita banyak luangkan masa berdua, sedangkan dia, jauh dari awak, sakit demam awak saya yang berada di sisi awak, dimana dia ketika awak perlukan dia, awak....tolonglah jangan disebabkan hal dua tahun tu, awak masih marahkan saya,"

"Jangan awak ungkit hal dua tahun tu Zirul, dah lepas dah, saya terima keadaan awak dan, saya tak marah pun, awak nak tahu, dia sentiasa ada dalam hati saya, dalam jiwa saya, Zirul, kenapa awak suka saya?,"

"Sebab saya cintakan awak Amanda, saya sayangkan awak, dalam hati saya ni, hanya awak yang bertakhta, dari dulu lagi, saya rasa, bagaikan setiap masa saya bersama dengan awak, bila awak perlukan saya, saya hadirkan diri saya, tak kiralah waktu saya sibuk atau sakit, saya tak peduli, yang saya tahu, saya nak berada di sisi awak," Hazirul menundukkan mukanya kerana sebak. Pilu hatinya mengingati detik-detik terindah ketika bersama Amanda, tiada apa yang boleh menghalangnya untuk menabur cinta kepada Amanda, namun kini dia ingin mengubah takhdir, baginya, dia berhak ke atas Amanda.

"Hazirul, awakkan bijak, pandai, kacak, kaya, awak petik jer jari, semua perempuan akan tergilakan awak, awak pilih jer, mudah sangat,"

"Senangkan awak cakap, petik jer jari, semua perempuan datang, tapi yang datang tu saya tak kenal macam saya kenal awak dari kecil, saya tak luangkan masa dengan dia orang bertahun lamanya, senang jer awak suruh saya pilih, huh!," Hazirul mengetap bibirnya.

"Zirul, saya akan bertunang dan berkahwin dengan Taqiff, maafkanlah saya, kerana saya memilih untuk setia, walaupun saya tahu cinta awak pada saya lebih besar dari dia, sebelum cinta awak jadi semakin dalam, saya perlu mengakhirinya, walaupun tulus cinta awak pada saya, saya tak mampu untuk membahagi cinta saya, maafkan saya Zirul,"

"Saya sayang awak, Amanda," Hazirul kelihatan sayu menatap indah, wajah kesayangannya yang amat dicintai.

"Awak....tolonglah lepaskan saya, saya anggap awak sahabat saya dunia akhirat, tolonglah Zirul,"

"Boleh, saya akan lepaskan awak tapi dengan bersyarat," Tajam mata Hazirul memandang ke dalam mata Amanda. Amanda segera melirikkan pandangannya ke tempat lain.

"Baik, saya dengar syarat awak,"

"Sa..saya tidak akan berada di sisi awak lagi setelah ijab kabul awak dengan Taqiff selesai, itu janji saya," Mata Hazirul berkaca, tidak sanggup dia meninggalkan Amanda, kasih sayangnya terlalu dalam.

"Awak, ijab kabul tu, akan berlaku juga, saya akan berkahwin dengan Taqiff,"

"Ya Amanda, itu saya tahu, tapi dari saat ini hingga ke hari awak di ijab kabulkan dengan Taqiff, atau pun saya, saya tetap akan sentiasa berada disisi awak seperti sebelum ni," Kelihatan terukir senyuman hiba di wajah Hazirul. Walau tersenyum, hatinya penuh kesedihan.

"Awak... Ya Allah....," Amanda memegang dahinya dan berdiri.

"Amanda....saya memang bukan yang terbaik untuk awak, tapi saya sudah melakukan semua yang terbaik untuk awak, walaupun semuanya akan berakhir dengan sia-sia," Taqiff turut berdiri. Hatinya masih ingin merayu, merayu cinta yang amat menyakitkan, pedih hatinya mendengar kata-kata Amanda. Biarpun Amanda teguh mempertahankan cintanya kepada Taqiff, Hazirul tetap tidak berputus asa untuk meraih cinta dan jiwa Amanda.

"Klik!," Lamunan Amanda terhenti apabila Iphonenya berbunyi. Kata-kata Hazirul hilang sejenak dari fikirannya, air matanya diseka lembut. Dipandang iphonenya, kelihatan mesej yang dihantar tidak diterima. Amanda segera membuka iphonenya.

"Ya Allah, awak kat mana Taqiff, dah seminggu saya cuba hubungi awak, rasanya saya dah hantar mesej ke semua media sosial milik awak, saya call banyak kali, tapi talian tetap tutup juga, ke mana awak pergi Taqiff, awak tak pernah macam ni sebelum ni, hmm...," Keluh Amanda. Air matanya meruntun lagi. Sebak di perlakukan orang yang tersayang, tiada khabar berita, begitu membimbangkan hatinya.

"Taqiff, a...awak kat mana, kenapa awak buat saya macam ni, saya rindu sangat kat awak.... Taqiff?," Tersedu-sedu suara Amanda menangis dalam kelewatan malam itu, hatinya terlalu gusar, hatinya sakit, sebak memikirkan kata-kata Hazirul, semua hati perlu dijaganya, bagaimana dengan hati kecil dan perasaannya, siapa yang akan menceriakannya seperti dulu, andai pertunangan dan perkahwinan ini membuatkan Hazirul dan Taqiff hilang tali silaturrahim, dia tidak mahu meneruskannya, biar dia bawa hatinya jauh, sejauh yang mungkin, agar kedua-duanya mengerti, dia juga inginkan bahagia dan ketenangan.

💞Rindu yang tidak terduga, mengalirkan sesak disetiap nafasku💞

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now