25💞Aku Sampah💞

2.3K 108 3
                                    

Usia Amzar Safaraz kini mencecah lima bulan, terlalu gembira dengan kehadirannya yang memberi sejuta makna. Amanda bermain-main dengan Amzar di gazebo sambil menunggu kepulangan Taqiff dari kerja. Tiba-tiba kelihatan sebuah kereta Audi berwarna hitam berhenti di luar rumahnya. Seorang perempuan yang berkemeja kuning sendat dan berskirt pendek hitam keluar dari kereta. Pagar berkaca itu memudahkan melihat siapa di luar dan siapa di dalam.

"Hello Amanda, boleh aku masuk," Hazreen bersuara.

"Oh! Reen, sekejap yer," Amanda berjalan ke arah pintu pagarnya dan membukanya.

"Cantik rumah you," Hazreen melangkah masuk.

"Thank you,"

"Oh! comelnya your baby, Amzar Safaraz kan," Hazreen mengangkat Amzar Safaraz dari stroller.

"Ermm...," Amanda sedikit risau dengan cara Hazreen mengendong Amzar.

"Kenapa? you takut i jatuhkan Amzarkah?,"

"Eh! tak adalah,"

"Pap!," Sengaja Hazreen ingin melepaskan Amzar.

"Reen! jangan...please Reen," Amanda terkejut.

"Takutkah?,"

"Reen, jangan Reen, nanti aku report polis, pulangkan Amzar pada aku, Reen,"

"Sssshhh....boleh tak kau diam, ermm... aku boleh pulangkan Amzar tapi dengan satu syarat,"

"Apa ni Reen, kenapa perlu bersyarat, itu anak aku Reen, tolong pulangkan Amzar pada aku, Reen,"

"Pap!," Hazreen sekali lagi ingin melepaskan Amzar.

"Reen, jangan Reen, itu anak aku, please Reen, bagi balik anak aku," Amanda kelihatan sebak dan menangis.

"Syaratnya, kau pulangkan semula Taqiff kepada aku, boleh?, du..du..du...," Hazreen mengendong Amzar dengan sedikit laju.

"A..aku takkan bagi Taqiff dekat kau, ini keluarga aku Reen,"

"Oh! betulkah?, aku boleh buat lagi teruk dari ni, bukan sekadar jatuhkan, tapi aku boleh biarkan dia merempat di negara jiran, kau jangan cabar aku yer, ok tak idea aku ni,"

"Reen... kenapa kau sanggup buat aku macam ni,"

"Sebab kau dah rampas kebahagiaan aku!, kau rampas Taqiff dari aku, kau faham tak, so, sekarang kau nak tengok anak kau membesar dengan baik atau merempat dinegara jiran? aku beri kau masa dua minggu, ok, nah, kau ambil dia, belailah sepenuh hati kau sebelum kau tinggalkan dia,"

"Reen, sampai hati kau buat aku macam ni," Amanda mengambil Amzar Safaraz. Hazreen melangkah pergi. Tiba-tiba, dia menoleh ke arah Amanda.

"Oh! ya, ermm... selain kau pergi dari hidup Taqiff, aku tak izinkan kau berkahwin lagi, jika aku tahu kau berkahwin lagi, aku akan pastikan bayi kau ni tak sempurna anggota badannya, aku nak kau menderita seumur hidup kau, biar kau keseorangan, hahaha... faham, aku yang akan menjadi isteri dia, biar kau di gantung tak bertali, biar nafsu kau menggila, jangan berkahwin lagi yer selepas kau tinggalkan Taqiff, bye, muah!," Hazreen ketawa hingga ke keretanya. Dia memandu pergi.

"Ya Allah, beratnya ujian dariMu, apa perlu aku buat, Amzar...sayang... Ya Allah...," Amanda memeluk dan mencium Amzar dengan deraian airmata.

Dua minggu telah berlalu, Amanda sentiasa termenung memikirkan kata-kata ugutan Hazreen, manik jernih bergenang di kelopak matanya takkala melihat suami tercinta bermain-main manja dengan si kecil buah hati. Laptop di buka, segala yang terjadi di dalam kehidupan sehariannya akan di simpan di dalam laptop kesayangan pemberian ayahnya. Dari dia di sekolah menengah lagi, laptop itu sentiasa menjadi peneman dan luahan hatinya.

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now