20💞Kau💞

2.1K 117 0
                                    

Hampir dua bulan Amanda bekerja di tempat baru, waktu yang terluang, di curi Hazirul untuk breakfast dan lunch bersama Amanda. Kadang-kadang terusik juga hati Amanda menerima jambangan bunga dan ada juga di beri hanya sekuntum bunga. Tersenyum Amanda menggelengkan kepalanya dengan ucapan-ucapan yang menghiburkan hati. Ada juga beruang teddy bear yang comel menghiasi jambangan bunga. Namun hati Amanda tetap dengan pendiriannya, Hazirul ialah sahabat sejatinya, takkan mungkin menjadi suaminya.

Pagi yang redup, setelah breakfast, Amanda dan Intan hendak masuk ke ofis. Tiba-tiba, mata Amanda dan Intan tertumpu ke arah sebuah kereta BMW i8 berwarna merah. Hati Amanda berdebar.

"Eh! cuba kau tengok kereta tu, macam kereta Taqiffkan,"

"Alah, bukan kereta dia seorang jer kat dunia ni, ramai lagi yang boleh beli," Amanda mencebik bibirnya.

"Hurmm....kau ni, jomlah kita masuk, kang membebel mr. bos,"

Setelah masuk ke tempat masing-masing, Amanda meneliti fail-fail yang harus di semaknya.

"Perhatian semua, saya nak perkenalkan kamu semua dengan seseorang, ini, Encik Taqiff Firdaus Tajuddin, mulai hari ni, beliau akan menggantikan Encik Mahathir selaku timbalan pengarah disyarikat ini, silakan Encik Taqiff,"

"Amanda, tu Taqifflah," Intan mencuit bahu Amanda yang dari tadi asyik menyemak failnya sambil berdiri. Meja mereka tercorot sedikit ke belakang. Dengan staff yang hampir 15 orang dibahagian Sumber Manusia.

"Hah! what?," Amanda mengangkat wajahnya, terkaku dia melihat Taqiff kini berdiri didepan sana, hatinya panas.

"Hmm... ,"

"Ah! bencilah aku," Amanda menyeka rambutnya ke belakang.

"Terima kasih Encik Rizman, assalamualaikum semua, saya harap kita semua boleh bekerjasama dengan baik, seperti yang anda semua tahu, Encik Mahathir terpaksa di tukarkan ke Uk selama dua tahun, in syaa Allah, semoga kita berjaya menaikkan prestasi syarikat ini bersama, terima kasih," Senyum Taqiff. Matanya meliar mencari Amanda. Ingin sekali bertemu.

Setelah itu, semua staff kembali menyambungkan kerja yang tergendala. Taqiff dan Encik Rizman kembali ke bilik pengarah di mana Encik Rizman selaku pengarah. Banyak kerja yang tertangguh sejak ketiadaan Encik Mahathir hampir sebulan yang lalu.

"Amanda, jodoh kau orang berdua ni kuatlah dari dulu lagi, jauh macam mana pun, putus macam mana pun, mesti akan kembali juga, hmm," Tersengih Intan.

"Kau jangan, nanti aku tak nak tumpang kereta kau lagi, hati aku panas ni, nak resign dah ada kontrak dua tahun lagi, argh....bencinya nak menghadap muka dia setiap hari berkerja," Amanda mengeluh kemalasan.

"Amboi kau ugut aku, hmm...betullah apa yang aku cakap, tak mustahil satu hari nanti, kau orang berdua kan sambung semula ikatan yang putus tu, percayalah cakap aku ni, hihihi,"

"Intan...eee...geram aku," Di cubitnya lengan Intan.

"Auchhh...sakitlah Intan,"

"Hati aku ni lagi sakit dengar kata-kata taufan dari kau tu, eee...,"

"Baiklah tuan puteri negara Scotland, hamba mengaku bersalah, sorry," Intan menjuihkan mulutnya dan berlari anak ke tempatnya. Dia tersengih.

"Nanti kau, aku cubit-cubit telinga kau pula...eee...," Amanda mengetap bibir memandang Intan. Pensil dan pengasah pensil di ambil, di tunjukkan kepada Intan. Intan menjelirkan lidahnya. Mereka tersenyum.

Setiap hari bagaikan lemas bagi Amanda, dia perlu bekerjasama dengan Taqiff. Hatinya kusut dan letih dengan sikap Taqiff yang terlalu menekan dalam hal untuk mendapatkan tender pembinaan lot bangunan baru sebuah resort di Terengganu.

"Amanda, ini surat dari HQ, saya dah luluskan, so awak boleh pack pakaian awak untuk tiga hari yer, esok awak pergi dengan Encik Taqiff," Kata Enci Rizman.

"Eh! ke mana bos? saya tak tahu pun sebelum ni,"

"Ini kes last minute, saya baru dapat surat arahan dari HQ, pelabur dari Jepun tu tiba-tiba free untuk datang ke Terengganu, so HQ hantar awak dengan Encik Taqiff ke sana esok untuk urusan melawat tapak resort yang nak ditambah tu,"

"Ermm..sa..saya,"

"Jangan risau, pihak resort dah sediakan bilik dan makanan untuk awak dan Taqiff selama tiga hari dua malam tu, so awak tak perlu risau, semuanya resort akan tanggung, ok, saya masuk dulu, jangan lupa esok, good luck,"

Keesokkannya, Taqiff dan Amanda bergerak ke Terengganu dengan menggunakan kereta Taqiff.

"Sayang sihat?," Tanya Taqiff. Amanda mendiamkan diri.

"Ermm...maafkan abang, please,"

Tiba-tiba Amanda mengeluarkan earphone dan meletakkan ke dua belah telinganya. Muzik dimainkan. Matanya memandang ke arah luar. Taqiff menarik nafas panjang. Masing-masing berdiam diri.

"Alhamdulillah, sampai juga kita, cantiknya pemandangan Laut China Selatan inikan sayang," Taqiff memerhati Amanda yang tengah rimas dengan rambutnya di tiup angin yang kuat. Amanda tidak menghiraukan kata-kata Taqiff. Dia berdiri ke depan melihat laut yang luas terbentang, melepaskan keletihan berada didalam kereta yang agak lama, terasa sakit belakangnya.

"Kenapa tak terus ke resort, dekat Dungunkan, kenapa berhenti di sini?," Tiba-tiba Amanda bersuara. Matanya hanya memandang ke arah laut.

"Eh! macam dengar suara burung gagaklah, hmm...," Taqiff berada di belakang Amanda sambil berdiri.

"Kejap lagi suara lembu pula kedengaran, eh! awak nikan, sengaja bawa saya datang sini, saya nak ke resort, nak tidur, letih, awak tahu tak," Amanda menoleh ke belakang. Tiba-tiba dia terkaku, hidungnya hampir bertemu hidung Taqiff.
Mata mereka bertentangan.

"Abang letihlah, sayang nak drive kah?," Senyum Taqiff.

"Eee...ergh," Amanda hendak menoleh ke arah laut semula, tiba-tiba benang di blouse bawah perutnya tersangkut di jam tangan Taqiff.

"Opss....," Taqiff tersenyum.

"Eee....kenapa ni, tersangkut pula, hah..," Amanda menarik-narik benang tersebut hingga benang tersebut tertarik dengan rapat.

"Jangan tarik, nanti benang di baju sayang tu putus dan terlerai ikatannya, kejap... abang cuba buangkan," Taqiff menarik simpulan benang tersebut, akhirnya dia duduk di kerusi dan Amanda berdiri, jika di buang jam dari tangan mesti terputus benang tersebut dan tertetas benang baju Amanda.

"Eishh...lambatnya,"

"Kejap, dah nak terlerai dah simpulan ni,"

"Huh!," Amanda terbeliak, ketika Taqiff menarik pinggangnya ke depannya, dan mukanya berada dekat dengan perut Amanda. Berdegup jantung Amanda. Jika dulu dia berdiri, mesti dia akan menarik-narik telinga Taqiff jika Taqiff duduk di kerusi sekolah. Manik jernih ingin berbuah ombak, namun di tahannya keras.

"Ok, dah berjaya...ha..kan dah elok, kalau sabar, tetap cantik baju sayang ni,"

"Terima kasih," Amanda berlalu pergi ke kereta dan masuk ke dalamnya. Taqiff tersenyum, dia menoleh ke arah laut, di pandangnya sejenak, nafas panjang di tarik, dan di lepaskan. Dia kembali ke kereta, dan memandu pergi ke Tanjong Jara Resort Dungun.

💞Senyumanmu menghiasi kenanganku💞

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now