26💞Berserah💞

2.4K 107 3
                                    

"Assalamualaikum, assalamualaikum," Hazirul dan Zana resah berada di luar rumah Puan Aryna.

"Siapa pula malam-malam ni," Encik Hakim membuka pintu.

"Wa'alaikumussalam... Allah.. Amanda!," Encik Hakim segera membuka pintu pagarnya.

"Kenapa abang?... Ya Allah...anakku, kenapa ni," Terkejut Puan Aryna takkala melihat anak yang di sayangnya kini lebam dan berdarah, kusut masai rambutnya.

"Kita bawa dia masuk dulu yer pak cik," Kata Hazirul. Amanda di papah masuk ke dalam rumah. Air matanya berderaian tanpa henti, dia diam membisu, wajahnya muram. Hatinya inginkan Amzar Safaraz. Dia rindu, terlalu rindu akannya.

"Amanda...," Puan Aryna tuamkan tuala panas ke tubuh Amanda yang lebam dan luka. Terasa sakit dan pedih. Sesekali Puan Aryna menyapu lembut air mata Amanda.

Hazirul dan Zana menceritakan apa yang telah berlaku tadi. Amanda masih berdiam.

"Kalau begitulah cara si Taqiff, pak cik akan panggil peguam pak cik untuk failkan pendakwaan ke atas dia, Amzar masih bayi, dia memerlukan kasih dan belaian seorang ibu, hmm... melampau betul Taqiff," Encik Hakim menarik nafas panjang.

"Mak cik sedih, Amzar tu cucu mak cik, darah daging mak cik," Puan Aryna sebak.

"Sabar ye mak cik, in syaa Allah, Amanda akan dapat semula anak dia," Zana menggosok lembut bahu Puan Aryna.

"Biar Taqiff terima hukuman yang setimpal dengan apa yang dia dah buat dekat Amanda," Hazirul geram.

"Mak....ayah," Amanda bersuara.

"Amanda," Puan Aryna membelai rambut Amanda.

"Demi keselamatan Taqiff dan Amzar, Amanda akan pergi jauh dari hidup mereka," Amanda sebak.

"Kenapa Amanda cakap macam tu?," Encik Hakim hairan.

"Hazreen, kawan Taqiff, dia juga cintakan Taqiff, lagipun Taqiff sakit tenat dan akan pergi tinggalkan kita semua, biarlah Taqiff berada di sisi Amzar dan Hazreen," Amanda menyapu air matanya.

"Apa Amanda cakap ni, Amandakan isteri Taqiff yang sah, ayah tak fahamlah dengan kamu ni!,"

"Ayah, mak, Zirul, Zana..... sebenarnya...," Amanda menceritakan segala ugutan yang diterima dari Hazreen.

"Astaghfirullah hal 'azim," Puan Aryna mengurut dadanya.

"Allah, kenapa dia sanggup buat perkara kejam macam tu," Encik Hakim meraup wajahnya.

"Mulai dari saat ni, jangan ada sesiapa mengganggu mereka, Amanda tak nak Amzar cedera, bolehkan?," Amanda menangis.

"Hmm....baiklah, ayah faham, tapi sampai bila Amanda? sampai bila?," Encik Hakim menarik nafas panjang.

"Sehingga Amzar dah besar ayah, atau pun selama-lamanya, Amanda nak ke Scotland, duduk kat sana, jauh dari mereka berdua, bolehkan mak, ayah?,"

"Rumah atuk dan nenek kamu di Dundee tu pun masih elok lagi, lagi pun penyewa baru jer keluar kerana berpindah tempat kerja," Puan Aryna memandang Encik Hakim.

"Nanti ayah bookingkan tiket flight kamu ke Scotland, ayah dan mak juga akan temankan kamu," Celah Encik Hakim.

"Amanda...," Hazirul sayu.

"Zana, kau jaga Zirul elok-elok yer, nanti datanglah lawat aku kat sana," Amanda menyeka air matanya.

"Sure Amanda, kami akan melawat kau kat sana," Zana menepuk lembut bahu Amanda.

"Pak cik, mak cik, Amanda, kami balik dulu yer, dah lewat sangat dah ni, nanti mama tercari-cari pula," Hazirul menghulurkan tangannya kepada Puan Aryna dan Encik Hakim. Zana juga bersalaman.

"Amanda nak naik atas, nak rehat,"

"Sebelum tidur, bersihkan badan kamu dulu yer sayang," Kata Puan Aryna.

"Baik mak," Amanda melangkah longlai ke anak tangga. Terasa perit lebam di badannya.

Sukarnya untuk berpisah dengan darah dagingnya sendiri. Hati seorang ibu akan merindui si kecil takkala jiwa terpisah jauh, hanya limpahan air mata menemani malam-malam Amanda. Dia perlu kuat, perlu tabah demi keselamatan Amzar Safaraz. Walaupun terasa sukar dan perit untuk bersahaja dan melupakan detik-detik bahagianya, dia berserah pada Yang Maha Esa.

"Abang, sayang sayang abang," Menitis air mata Amanda takkala melihat nota-nota kecil yang di beri Taqiff ketika di sekolah dulu, setiap pagi, akan ada nota kecil di dalam laci meja Amanda. Di ambilnya satu.

"Senyuman dan tawamu pelengkap hidupku," Amanda membacanya.

"Di kau yang ku rindui,"Satu persatu nota di ambil.

"I love you so much sayang,"

"Ka...kaulah segalanya un...untukku," Kata-kata Amanda tersekat-sekat kerana dia tiba-tiba sebak, dia menangis hiba. Tidak tertahan, Amanda menutup kotak yang menyimpan segala kenangan cintanya bersama Taqiff.

Hari yang di nanti telah tiba, bumi Malaysia di tinggal sayup ke langit yang luas, air mata Amanda seperti kering untuk mengalir lagi, segalanya di buang jauh, dia harus memulakan kehidupan baru di bumi yang baru, penerbangan ke Scotland akan memakan masa berbelas jam. Dari KLIA terus ke Heathrow Airport, London dan ke Endinburgh dengan penerbangan lain, akhirnya mengambil bas ke Stesen Keretapi Endinburgh untuk ke Dundee. Amanda akan menetap di Dundee. Kesyukuran di panjatkan kepada Illahi kerana permohonannya untuk bekerja di Universiti Dundee terlaksana, dada terasa lapang kerana dapat bekerja di bumi kesatuan United Kingdom itu.

💞Jika kamu tulus mencintainya, jangan pernah hiasi matanya dengan airmata, telinganya dengan dusta dan hatinya dengan luka💞

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now