9💞Dia Terjun💞

3.4K 173 5
                                    

"Alhamdulillah...sampai juga kat air terjun Kanching ni, segarnya udara kat sini, hmm...sejuk, nyaman, bestnya dengar deruman air terjun tu, tak sabar aku nak mandi," Detik hati Amanda takkala keluarganya beriadah di situ. Setelah mendengar kelas tambahan Amanda di batalkan semalam, Ibu Amanda, Puan Aryna mencadangkan kepada keluarganya untuk berkelah di Air Terjun Kanching yang berdekatan dengan Kuala Lumpur.

"Mak, ayah, Amanda dengan adik-adik nak ke atas tu, boleh tak? Tanya Amanda.

"Boleh..tapi hati-hati, jangan pergi ke tempat dalam, bahaya," Jawab Encik Hakim.

"Thanks ayah, jom Amy, Amsyar ikut akak,"

"Ok, jom,"

"Amsyar tak naklah akak, nak main-main dengan ikan-ikan kecil ni..," Amsyar tersengih dan teruja melihat anak-anak ikan di tepi sungai.

"Eleh, yerlah tu main-main, mesti nak tangkaplah tu," Ngomel Amelia. Amsyar menjelirkan sedikit lidahnya kepada Amelia.

"Eee...abang ni, umur dah 12 tahun, tapi perangai mengalahkan budak darjah dua, terjelir-jelir....eee.," Amelia menjeling Amsyar.

"Dah-dah, pergi-pergi, ganggu jer, habis ikan-ikan ni lari terdengar suara gergasi, he..he..he..," Amsyar selamba.

"Akak, tengoklah abang tu, eee...kata Amy gergasi pula, eee...," Amelia menghentakkan kakinya ke tanah tanda merajuk.

"Ok, dahlah tu..kejap lagi akak turun, saja nak tengok-tengok air terjun tu," Amanda menarik tangan Amelia dan berjalan beriringan.

"Bilalah family Cik Aisya tu nak sampai, tadi saya ada inform kat dia nak datang sini, dia cakap tunggu suami dia balik dari pasar, alang-alang Encik Tajuddin tu keluar, dikirimnya barang dapur," Puan Aryna bersembang dengan suaminya.

"Baguslah tu, hujung-hujung minggu macam ni beriadah bawa family berkelah sekali sekala, hilang sikit penat abang ni, Tajuddin tu pun letih dengan kerja, eloklah tu, tenangkan diri kat sini, hmm...dah lama tak dengar bunyi air terjun macam ni, rindu pula kat kampung, kejap lagi...yahooo...nak terjun... dah lama tak terjun ni... hmm... lepaskan mood, apa yang penting... kita makan dulu, hehe," Encik Hakim tersengih dan menjamah mee goreng dengan berselera.

"Abang ni...hmm...,"

"Puan Aisya nak datang?, hmm...mesti si lembu comel tu pun kena ikut sekali, hihihi...anak mak," Amanda tersenyum setelah mendengar kata-kata mak dan ayahnya.

"Akak sebut lembu comel, mana kak," Amelia menoleh ke kiri ke kanan mencari kelibat lembu namun tiada.

"Tak adalah, akak teringat cerita kartun minggu lepas, hihi,"

"Iyerlah tu, Amy rasa lembu tu abang Taqiffkan, hmm...pelik juga, dah jadi lembu comel pula, hmm... ni mesti ada sesuatu yang akak sorotkan dari Amy, kan?,"

"Eishh Amy ni, ke situ pula, tak ada apa-apalah, eh! ramai jugakan yang datang sini hujung minggu macam ni," Amanda menukar tajuk perbualan.

"Amy rindu sangat nak mandi air terjun kat Johor dulu, sejuk....hihihi,"

"Nak sejukkan, ha, nah! ambil.. ambil, hahaha,"

"Argh!...sejuknya, janganlah akak, sejuk ni, kejaplah, turun perlahan-lahan, Amy sejuk ni,"

"Hmm...sejuknya," Amanda merendamkan badannya ke dalam air, hanya kelihatan lehernya sahaja.

"Akak....sejuk," Amelia juga begitu, namun ditadah sedikit air dan di sapunya ke muka sebelum berendam. Setengah jam mereka mandi manda.

"Assalamualaikum,"

"Wa'alaikumsalam, eh! awak, bila sampai?," Sedikit terbeliak mata Ananda memandang tubuh Taqiff dengan dekat tanpa baju dibadannya, hanya kelihatan seluar separuh lutut. Taqiff turun ke dalam air berendam bersama Amanda, sedikit air di rautkan ke wajah dan rambutnya.

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now