12💞Hancur💞

2.3K 118 2
                                    

"Eh, kenapa kau datang sini, kau nak release tension ek, ke kau nak bagi highway ni reda dari kenderaan, hmm... nanti sampai rumah lewat, kau juga akan merungut letihlah, mengantuklah," Amanda tersenyum memandang Intan.

"Amanda... aku nak cakap sesuatu ni, tapi rasa beratlah tapi kau sahabat aku, aku perlu berterus terang dengan kau," Intan keluar dari kereta dan duduk dikerusi menghadap tasik.

"Kau ni, suspen jer aku dengar... macam dalam drama pula," Amanda memandang Intan, pintu di sebelahnya di buka.

"Ni berkaitan dengan hidup kau Amanda, aku bukan nak suspen, ini betul-betul terjadi,"

"Ok, aku dengar ni, apa yang kau nak cakap tu wahai cik Intan sayang,"

"Kau kan tahu, semalam aku keluar dengan Haziqkan,"

"Yer....bukan main excited lagi kau bagi tahu aku, nak tengok wayanglah, shooping, dinner bagai, seronokkah?," Amanda tersenyum.

"Memanglah best tapi, masa dinner tu yang tak best," Intan mencebik mulutnya, kedua tangannya memeluk tubuh.

"Dah kenapa kau ni, makan pun tak best? hai...yang aku tahu, kau ni semua makanan kau makan, tolak batu dengan kayu jer, agaknya coklat berbentuk batu pun mesti kau makan, hihihi,"

"Dah nama coklat, mesti aku makan, eee....bukan topik tulah yang aku nak cakap, kau ni,"

"Seriusnya aku tengok kau ni, baiklah, aku pun serius nak dengar," Amanda memandang Intan, dia bingkas bangun dari kusyen dan mendekati Intan. Amanda melabuhkan punggungnya disebelah Intan.

"Masa makan tukan, aku ternampak Taqiff, Haziq nak pergi tegur dia, tapi tak sempat sebab...," Intan mengetap bibirnya.

"Hah! Taqiff?, dia ada kat area sinikah?, eh, tapi kenapa dia tak balas mesej-mesej aku, satu pun tak dibalas, call lagilah tak, hmm.. dalam kerja agaknya,"

"Masalahnya, dia... ermm...dia keluar dengan perempuanlah Amanda, kita kenal dia,"

"Perempuan, kita kenal? siapa?," Amanda kehairanan. Hatinya terasa getar.

"Si Hazreen, yang kita jumpa dekat Kelantan dulu tu, kawan Taqiff yang macam sombong kerek sikit tu,"

"Kau ni, bab nampak perihal orang..hmm... Oh!, mungkin dah lama diaorang tak berjumpa agaknya,"

"Ta..tapi... masa makan tu, romantik sangat, Taqiff dengan Hazreen tu saling suap menyuap, menyampah aku dan Haziq tengok,"

"Mungkin saling nak merasa makanan kat situ, tu yang suap-suap tu," Amanda cuba menyedapkan hatinya.

"Bukan tu jer, Taqiff siap selak-selak rambut depan Hazreen, dibelai-belai pipi si perempuan tu, yang si Hazreen tu pula asyik menggosok jer lengan si Taqiff, mereka berdua tu duduk rapat sangat, aku tak reka ceritalah Amanda," Intan dirundung rasa bersalah.

"Ya Allah, betulkah ni Intan? eishh....aku ni susah nak percaya cerita macam ni, Taqiff tak macam tulah, a..aku.. kenal dia, dia setia dengan aku..," Amanda sebak mengetap bibirnya.

"Mungkin sebab tempat aku duduk dengan Haziq tu gelap sikit, jadi, dia tak perasan kami berdua sedang tengok sandiwara dia,"

"Intan....,"

"Aku tahu kau dulu cepat melenting... Amanda, tapi sekarang kau dah pandai kawal perasaan tu, aku nak kau percaya, bahawa si Taqiff tu dah berubah hati, dia curang dengan kau, aku sayangkan kau Amanda, sebab tu aku bagi tahu semua ni, kau sahabat aku dunia akhirat,"

"Aku tak dapat nak percaya cerita kau Intan sebab aku tak tengok dengan mata aku sendiri, a..aku... tak mungkin Intan, tak mungkin... dah 8 tahun kami couple, dia setia dengan aku Intan, dia dah berjanji dengan aku, nak kahwin dengan aku, bulan depan dia nak hantar rombongan meminang aku, tak mungkin di..dia... macam tu, mungkin kau tersilap orang atau pun seiras...," Amanda melirik jauh matanya ke arah tasik.

"Seiras? aku dengan Haziq tak rabunlah Amanda, kami kenal Taqiff, baiklah...nah... mulanya aku tak nak kau tengok, sebab takut nanti hati kau terlalu terluka, tapi memandangkan dah kau tak percaya cerita aku, aku perlu bagi kau tengok sendiri, Haziq yang rekodkan, kau tekanlah butang play tu," Intan menghulurkan iphone miliknya. Amanda menekan butang play.

"Bi....nak rasa, sedapnya bau," Hazreen merengek manja.

"Yer sayang, meh sini Bi suapkan, eh! Bi pun nak rasa yang sayang punya, boleh?," Taqiff menyelak-nyelak rambut depan Hazreen.

"Ermm...sedapnya nasi goreng ni, boleh Bi sayang, apa yang Bi minta, semua sayang sanggup serahkan," Hazreen tersenyum menggoda, dia makan dari suapan Taqiff.

"Wah! bertuahnya Bi... malam ni Bi nak makan semua yang sayang nak serahkan tu, tak sabarlah pula.. ermm... harumnya, bau macam sayang jer, rasa nak makan-makan jer sayang malam ni, geramlah Bi tengok," Aiskrim perisa strawberry yang di suap ke mulut Taqiff begitu menyelerakan. Tiba-tiba Taqiff mencium lembut tangan Hazreen dan pipinya dibelai lembut. Berkocak riang hati Hazreen takkala semua yang diimpikan menjadi kenyataannya. Secara kebetulan Taqiff terlihat Haziq dan Intan memasuki kafe tersebut, dia dengan Hazreen turut ingin memenuhi kekosongan perut, segalanya di rancang rapi oleh Taqiff dan Hazreen agar adengan sandiwara mereka benar-benar menjadi.

Tiba-tiba iphone milik Taqiff berdering, dia menjawabnya.

"Yes Mr Khor, Taqiff here....ok, no problem, i will check as soon as possible, dont worry Mr Khor, ok bye," Taqiff tersenyum memandang Hazreen. Pandangannya seperti ingin menggoda Hazreen dengan seksi mengenakan dress pendek biru muda yang berleher 'v'.

"Cantik you malam ni," Taqiff meraba-raba lengan Hazreen. Terasa terangsang hati Hazreen.

"Thank you darling," Hazreen tersenyum menggoda.

Tiba-tiba video tersebut gelap, menandakan ia telah tamat. Air mata Amanda persis hujan yang membadai, terasa hatinya bagaikan tebing pantai yang terhakis dek ombak yang menerpa. Amanda menghulurkan iphone Intan. Kedua tangannya kini berada diwajahnya. Dia menangis tersedu sedu, hatinya hancur berkecai seperti kaca terhempas ke lantai di mana titik telah bersentuhan.

"Taqiff.....abang.... kenapa? kenapa? Ya Allah, Intan...Intan, argh! dia...dia.....," Hati Amanda remuk, dia memeluk Intan, dia menangis melepaskan kekecewaan yang merentap naluri cintanya.

"Amanda....," Intan turut bersedih.

"A..aku... sayang sangat kat dia, aku cinta sangat kat dia, tapi, dia sanggup buat aku macam ni, kenapa Intan?, aku ni dah tak cantikkah?, aku ni membosankan diakah? apa salah aku Intan? sanggup di..dia mainkan hati aku, aku setia sangat dengan dia, 8 tahun.... aku sa..sayang sangat kat dia, Intan....," Amanda terketar-ketar berbicara dalam tangisannya.

"Sabar Amanda.... kau kena kuat, nanti kau sakit, sabarlah Amanda, semua ni dah takhdir dariNya, kau perlu tabah, kau kena harunginya juga, manusia boleh berubah Amanda, dia orang yang berharta, dia kaya, perempuan mana yang tak tergoda lelaki macam Taqiff tu, cuma terpulang pada Taqiff untuk melayan atau tak ,siapa kita nak menghalang hal dia, jika nafsu dia dah melonjak macam tu,"

"Intan....aku sedih....aku sedih sangat,,"

"Kau fikirlah Amanda, fikirlah keputusan yang terbaik untuk kau dan Taqiff," Intan menepuk perlahan bahu Amanda untuk menenangkannya.

💞Andai cinta itu bukan milikkku, ku rela jauh darinya💞

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now