22💞Sabarlah Hati💞

2.1K 114 1
                                    

"Aku terima nikahnya Amanda Rosella Binti Hakim dengan mas kahwin RM1000 tunai,"

Telah tiba saatnya kini dua jiwa menyatu cinta, ijab dan kabul dilafaz tulus sehingga titisan bahagia mengalir gembira, si dia menanda terus dijari, terusik hati senyuman di beri. Mekar menyatu didalam jiwa takkala dahi dikucup indah. Akhirnya, terlaksana jua sebuah ikatan suci yang akan dikecapi kelak.

"Eh! amboi, dengan mertua salam bercium tangan, dengan kami ni tak nak ke bercium tangan," Dian berkata. Amanda berpusing kembali ke arah kakak-kakak iparnya, tangan mereka dicium, dia tetap tersenyum. Setelah itu Amanda meneruskan bersalam dengan saudara-saudara perempuan dipihak lelaki.

"Mak! tengoklah tu, kesian akak, kena berpusing pula dengan baju, dengan selendang lagi tu, kenapa kakak ipar akak tu, sengajakah nak malukan akak, perkara yang sama berulang, dulu kat rumah masa bertunang, sekarang ni dekat masjid, ramai tu, kesian akak," Amelia memeluk tubuh.

"Tak mengapalah, tadi lepas akad nikah tu, akak kamukan dah bersalam dengan mak, biarlah dia bersalam dengan pihak lelaki, untuk saling mengenali,"

"Mak ni, Amy tanya kenapa dengan kakak ipar akak tu buat macam tu, lain pula mak jawab, hmm..,"

"Amy..Amy... tak baik kamu cakap macam tu, mungkin mereka bergurau,"

"Bergurau apanya macam tu, dah lepas 2, 3 orang dah dari mereka, baru nak suruh cium tangan, nak kena kembali kepada mereka, dah dua kalilah mak kejadian ni, haish...,"

"Sudahlah tu, tak baik cakap macam tu, nanti didengar pula pihak sebelah lelaki, kamu ni...," Puan Aryna termenung seketika, hatinya tersentuh melihat layanan yang di terima oleh anaknya. Terkenang ketika detik pertunangan Amanda, kakak-kakak ipar Amanda juga melakukan perkara yang sama. Mungkin adat mencium tangan itu harus bagi mereka. Tetapi hanya sebahagian jari sahaja yang dihulur.

"Mak, Amy....," Amanda senyum namun kelihatan sebak diriak wajahnya. Hatinya terkesan dengan perbuatan kakak iparnya.

"Sabar yer sayang...," Puan Aryna memeluk Amanda. Tertumpah juga manik hiba dikelopak matanya. Anak yang dibelai, dicium, dimanja-manja dari sejak didalam perut, kini beralih jua ke tangan sang teruna.

"Eee...menyampahlah tengok mak mertua kita layan si Amanda tu," Kata Rita.

"A..aa.. berpeluk-peluk, menangis bagai, tercium-cium, lemah lembut, erh.. loya tekak ni," Celah Syasya.

"Kak Dian, nak tak kita tunjuk gambar tu dekat papa, biar papa tahu siapa sebenarnya si Amanda tu," Pinta Rita.

"Biar papa tahu perangai buruk dan tak senonoh dia tu," Syasya mengetap bibirnya.

"Jom, biar papa tengok sendiri perangai menantu baru dia," Senyum sinis terukir dibibir Dian.

Majlis kenduri dikedua belah pihak kini telah selesai. Sanak saudara, jiran tetangga dan kenalan kini bersurai pulang usai hari kian malam. Amanda dan Taqiff pulang ke rumah Puan Aryna untuk mengambil baju dan beberapa keperluan lain, namun akan kembali bermalam dirumah Puan Aisya.

"Papa, cuba papa tengok ni," Dian menghulurkan satu sampul surat sambil matanya liar memandang jika hadirnya kelibat Puan Aisya. Di belakang Dian, Rita dan Syasya berdiri memandang.

"Apa ni, kamu nak berikan duitkah dekat papa," Senyum Encik Tajuddin yang sedang rehat disofa sambil membaca surat khabar.

"Papa ni, duit papa pun takkan habis hingga 3 generasi...hihihi," Senyum Syasya.

"Astaghfirullah hal 'azim, Ya Allah.. Amanda? dari mana kamu dapat gambar-gambar ni, haish..," Terbeliak mata Encik Tajuddin memandang foto-foto ghairah Amanda.

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now