16💞Terguris💞

2.1K 120 5
                                    

"Nasib baiklah saya pulang awal dari Kedah Cik Aisya, mahunya Amanda makan makanan yang berbisa, hmm...., bukanlah diminta, tapi takutlahkan, asyik tengok sana sini, kaki berdarah baru nak sedar, hmm...," Keluh Puan Aryna, pedih telinga Amanda mendengar bebelan dari ibunya.

"Betul tu Cik Aryna, tapi, Amanda tak minta pun jadi macam tu, dah takhdir, kesian Amanda, sayang mama ni dah sembuhkan," Senyum Puan Aisya.

"Dah mama, mak ni yang terlebih bimbang, Amanda dah sembuh dah," Senyum Amanda.

"Mama dan mak dah kenyang dah ni, kan Cik Aryna, tu hingga sendawa dah tu...hihihi... sedap mee dan kek tu, ermm... Amanda duduk sini sekejap yer, mama nak tunjuk sesuatu kat mak Amanda, jom Cik Aryna, kita naik ke tingkat atas," Puan Aisya menarik tangan Puan Aryna. Amanda tersenyum dan angguk. Puan Aryna membontoti Puan Aisya ke tingkat atas. Hilang dari pandangan Amanda.

"Ah! aku perlu beritahu mama, aku dengan Taqiff dah tak ada apa-apa hubungan lagi, argh... susahnya aku nak keluarkan kata-kata ni,"

"Assalamualaikum," Tiba-tiba kakak-kakak ipar Taqiff melangkah masuk ke ruang tamu rumah agam tersebut.

"Wa'alaikumussalam, eh, akak semua, rindunya lama tak berjumpa," Amanda ingin bersalam, namun mereka seperti acuh tak acuh, hanya bahagian jari yang dapat dicium Amanda. Amanda terasa pelik, selalunya mereka akan berpelukan, namun tidak hari ini. Mereka duduk disofa.

"Dah lamakah kau datang?," Sapa kakak ipar sulung Taqiff, Dian.

"Lama juga akak,"

"Eishh...hauslah, panas sekarang ni kan,"

"A..aa... aku pun haus,"

"Rita, kau pergilah buatkan air kat dapur tu," Arah Syasya, kakak ipar kedua Taqiff.

"Tak naklah, dahlah kat luar tadi panas, letih bershopping, orang yang datang awallah yang buatkan air, kan Kak Dian,"

"Amanda, kau pergi buat air, teh ais ke, milo ais ke," Arah Dian.

"Baik Akak, Amanda pergi buat air dulu yer," Amanda menuju ke dapur. Dia sudah terbiasa dengan rumah tersebut. Sudah 2 bulan, orang gaji Puan Aisya pulang ke Medan kerana bercuti panjang, banyak hal perlu di uruskan di sana. Cuma pembantu sambilan sahaja yang datang mengemas rumah.

"Kesian pula tengok diaorang, datang dari panas-panas kat luar tu, ermm...aku bancuh air milo aislah, ok juga tu, cepat hilangkan dahaga," Amanda mula membancuh, ais di ketuk, gelas diletak diatas dulang. Beberapa potong kek dan juga mee goreng diletaknya. Dia membawanya ke ruang tamu.

"Kak Dian minum,"

"Hmm...,"

"Kak Syasya minum,"

"Terasa tak ada seleralah,"

"Kak Rita minum,"

"I dah bawa bekal air dari rumah i," Senyum Rita.

"Oh! begitu, ermm..Kak Dian, minumlah,"

Dian tidak memperdulikan pelawaan Amanda, dia hanya melihat iphone miliknya.

"Kak Dian, minumlah, kek pun ada ni,"

"Entah...kenyanglah pula, kau minumlah,"

"Mama buat kekkah?," Tanya Syasya.

"Tak, Amanda beli tadi, semalamkan hari ibu,"

"Oh,"

"Eh! kenapa diaorang ni, sedih hati aku, sebelum ni tak macam ni pun, hmm.... aku minum jerlah," Amanda menuang air, dan minum. Dia makan kek yang dibelinya khas untuk hari ibu Puan Aisya.

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now