2💞Pasrah💞

4.9K 207 26
                                    

"Huh..lega dah settle bab daftar masuk sekolah ni, aku pasrah, harap aku dapat lah seorang dua kawan yang sudi berkawan dengan aku, aduh... sebelum ni akukan katak dibawah tempurung, nak memulakan cakap tu, hmm.... segannya takut orang buat-buat tak dengar, serik! harap ok kejap lagi,"

"Assalamualaikum Cikgu Dalini," Puan Fathiah selaku kerani masuk ke dalam kelas yang tertera 5S1. Mata pelajar kelas tersebut terpaku kepada susuk tubuh yang dimiliki gadis comel di belakang Puan Fathiah, iaitu aku. Ada yang terlopong, ada yang ternganga mulutnya, geli betul hati aku. Aku sekadar mengukir senyuman.

"Wa'alaikumussalam, ya Kak Fathiah, silakan,"Cikgu Dalini a.k.a bakal cikgu aku sebentar lagi.

"Cikgu.. ini pelajar baru di sekolah kita, saya serahkan kepada cikgu yer, ada tetamu di pejabat, saya minta diri dulu yer cikgu," Puan Fathiah mengukir senyuman kepada Amanda dan Cikgu Dalini.

"Terima kasih Kak Fathiah,"

"Yer cikgu, sama-sama," Puan Fathiah berlalu pergi.

"Selamat datang ke Sekolah Menengah Damansara Utama, nama cikgu, Cikgu Dalini, cikgu kelas ni, saya mengajar Bahasa Melayu, oh! kenalkan diri kamu kepada semua kawan-kawan baru kamu, cikgu pun nak tahu nama kamu," Cikgu Dalini menerima huluran tangan Amanda yang bersalam dengannya.

"Assalamualaikum semua, nama saya Amanda Rosella Binti Hakim, saya dari Johor, kawan-kawan boleh panggil saya Amanda," Amanda mengukir senyuman.

"Boleh panggil Ella tak, nama penyanyi tu," Tiba-tiba Muaz berdiri sambil tersenyum simpul.

"Oh! boleh,"

"Kamu ni Muaz, ada-ada jer yer," Cikgu Dahlini membetulkan cermin mata yang tebal kantanya, agaknya berapa ribulah power.

"Hmm..," Muaz duduk dengan tersengih kambing, comellah juga Muaz ni macam Arjun Rampal pula sekali aku pandang.

"Amanda, kamu duduk dibelakang yang kosong bersebelahan dengan Intan tu yer,"

"Terima kasih, cikgu," Aku pun berjalan menuju ke arah Intan yang sedang berdiri menonjolkan diri, tempatnya ditepi tingkap, meja di letak berkembar dua.

"Hai Intan,"

"Hai," Intan mengukir senyuman sambil menghulur tangan bersalam. Aku bersalam dengannya. Di belakangku kosong, cuma disebelahnya, seorang pelajar lelaki.

"Saya Haziq,"

"Oh! hai, selamat berkenalan,"

Di kiri ku, Amin, di depanku Sofia dan Mira.

"Hmm... ramah juga kawan-kawan baru aku, alhamdulillah, kini aku bukan lagi katak dibawah tempurung, yang malu, takut, dulu, aku bergantung hanya pada dia, sahabatlah konon, nak bersama aku selamanyalah, nak lindungi akulah, hah! sekarang aku dah boleh berdiri sendiri, aku pun tak perlukan kau, hah! malas dah nak fikir pasal kau,"

"Masa berlalu begitu pantas, setiap guru yang masuk mengajar, aku diminta kenalkan diri, uh! letih, tapi aku suka, kini giliran Cikgu Mahmud selaku guru Matematik mula mengajar,"

"Amanda, saya nak awak tahu satu prinsip saya, sesiapa didalam kelas saya yang tak buat latihan atau kerja sekolah yang saya beri, dia akan berdiri di depan assembly esoknya, yerr, ingat yer Amanda,"

"Baik cikgu,"

"Dan, satu lagi, ketika saya mengajar, jangan sesekali bercakap, itu prinsip saya, sebab dalam kelas ni dah dua orang kena lontar dengan kapur ni, ingat yer, saya tak garang tapi saya tegas, faham semua,"

"Faham cikgu," Jawab Kelas 5S1 dan kembali sunyi.

"Huh! memang tegas, sesuai sangat dengan badan dan muka Cikgu Mahmud ni, hihihi... dah macam komander dah aku tengok, terbaik!," Amanda memberi fokus terhadap penerangan Cikgu Mahmud di depan.

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now