21💞Tenang💞

2.2K 119 15
                                    

Sengaja Taqiff meminta pertolongan dari HQ, dimana tempat dia bekerja dulu, lagipun dia anak kepada pemilik syarikat yang terbesar dan berpengaruh di Kuala Lumpur itu. Dengan bantuan pembantunya, Amanda terpaksa menemani Taqiff ke Terengganu. Dia ingin memiliki semula hati gadis yang pernah bertakhta dihatinya dulu. Akhirnya, kini, dia dan Amanda dapat meluangkan masa bersama.

"Sayang, abang di sini," Senyum Taqiff yang berada di balkoni menghadap laut. Terbeliak mata Amanda melihat Taqiff.

"Ka..kau....eishh... kenapa bilik kau sebelah bilik aku, eee..., " Amanda menjeling dan masuk ke biliknya.

"Sa...sayang, aduh..dia masuk pula,"

"Tuk! tuk!," Pintu diketuk.

"Haishh....dia lagi," Amanda membuka pintunya.

"Sayang,"

"Hah! kau nak apa?,"

"Jom makan, kita dinner kat kafe, laparlah," Taqiff membuat muka layu.

"Aku kenyanglah,"

"Kreokkkk," Perut Amanda berbunyi.

"Abang tahu sayang lapar, tu, dengar tu, bunyi perut sayang tu, kesian perut tu, jom,"

"Hmm...baiklah, tunggu kejap," Amanda mengambil tas tangannya dan mengunci pintu, dia berjalan bersama Taqiff ke kafe.

Usai makan malam, Taqiff mengajak Amanda ke pantai. Dia harus memberitahu segalanya kepada Amanda. Pada mulanya Amanda menolak, namun akhirnya dengan pujukan Taqiff, dia akur. Taqiff dengan Amanda duduk dikerusi menghadap laut. Taqiff menarik nafas panjang.

"Amanda, saya nak minta maaf atas semua yang berlaku,"

"Hmm...hilang dah sayang-sayang dia tu, lega rasanya," Detik hati Amanda. Amanda diam.

"Sebenarnya tak ada tetamu dari Jepun,"

"Hah! what? so, Encik Zariff, semua tu, rekaan, penipuan? why? Ya Allah.. aku di tipu.. ah! aku nak balik KL se..ka..rang!," Amanda bangun, mukanya geram. Tiba-tiba Taqiff menarik tangan Amanda.

"Amanda, dengar dulu, please, duduk dulu,"

"Kau nak bodohkan aku lagikah? aku takkan sesekali maafkan kau, ah!," Amanda melangkah pergi.

"Aku dah nak mati Amanda! aku hanya ada dua tahun jer lagi, aku memang tak layak hidup dengan kau," Taqiff separuh menjerit.

"Hah! mati? dua tahun?," Getar hati Amanda, langkahnya terhenti. Dia menoleh ke arah Taqiff.

"Amanda,"

"Kau cakap apa ni? hal mati-mati semua ni, hal mati pun kau nak jadikan mainan, hah?," Amanda melangkah laju ke arah Taqiff.

"Pang!," Satu tamparan hinggap di pipi Taqiff.

"Amanda,"

"Aku memang paling benci dengan orang yang bermain dengan hukum tuhan, mati, hidup hanya Dia yang tahu, kita ni makhluk dia, bukan peramal kematian, kau sanggupkan guna perkataan mati semata-mata nak aku maafkan kau, kau memang hipokrit Taqiff, aku benci kau," Amanda ingin melangkah pergi namun, lengannya ditarik Taqiff.

"Saya tak pernah menipu tentang kematian, Reen yang supply kan ubat untuk saya, saya terpaksa berlakon depan awak untuk menyakitkan hati awak, agar awak putus dengan saya, agar awak boleh berkahwin dengan orang lain dan, hidup bahagia, agar awak dapat sebuah keluarga yang sempurna, tapi saya tamak, saya tetap tak dapat lupakan awak, sebab, saya terlalu cintakan awak Amanda, saya cintakan awak, saya benci sebab saya sakit, saya dah nak mati, impian saya hancur untuk hidup dengan awak, saya redha dengan semua ni, ya...saya redha Amanda, ini takhdir dan ujian untuk saya, tolong maafkan saya, Amanda, saya menyesal sakitkan hati awak...," Taqiff terduduk dikerusi, air matanya diraup perlahan.

"Ya Allah, Taqiff, betulkah ni? a..awak sakit apa?, astaghfirullah hal 'azim," Amanda memegang kedua bahu Taqiff.

"Tumor Amanda, dalam kepala saya, saya sering sakit dibelakang kepala saya ni,"

"Mama tahu tak?,"

"Saya belum beritahu pada keluaga saya, yang tahu.. hanyalah kawan-kawan group kereta saya, housemate saya dan Reen, mereka semua terlibat berdrama depan awak di pantai hari tu,"

"Ya Allah... maafkan saya, saya tak tahu semua ni, kenapa baru sekarang awak ceritakan kepada saya?, Taqiff? " Amanda melabuhkan punggungnya disebelah Taqiff.

"Saya sedar dengan keadaan diri saya yang kritikal ni, saya tak nak awak menderita jika hidup dengan saya, sebab tu saya buat awak sakit hati dengan saya," Taqiff senyum.

"Awak,"

"Tolong maafkan saya, saya tak dapat buat awak bahagia, saya teringin nak ada anak, merasa keluarga bahagia, tapi masa saya dah suntuk, dua tahun jer lagi," Taqiff menggumam mulutnya, dia sebak.

"Oh! awak sakit, awak tak nak saya tahu, awak buat saya benci awak, kejamnya awak buat pada hati saya kan..., saya ni ada perasaanlah, saya tak kisah semua tu, janji saya bahagia dengan awak, saya redha sebab lapan tahun saya dah hidup bahagia dengan awak, disamping awak, yang saya tahu, awak akan tunggu saya disana, tapi senangkan awak sembunyikan penyakit awak pada saya, awak ingat saya ni apa hah! saya ni, manusia hinakah? saya ni bonekakah?, saya ada hati Taqiff.....," Amanda teresak-esak menangis. Taqiff memeluk Amanda, dipeluknya insan yang amat dicintai, yang amat dirinduinya.

"Awak mesti kuat, awak mesti tabah," Amanda masih menangis.

"Ya, saya tak mudah menyerah kalah, saya akan terus berjuang selagi hayat memihak kepada saya," Manik jernih menerjah kelopak mata Taqiff. Sebak hatinya.

"Saya tetap cintakan awak Taqiff,"

"Saya juga cintakan awak Amanda, hanya awak yang bertakhta dihati saya untuk selamanya,"

"Aku bersyukur kepadaMu Ya Allah, Engkau mendengar doa dan rintihanku, kini, Amanda kembali ke pangkuanku," Hiba hati Taqiff.

"Aku sayang dia Ya Allah," Sebak hati Amanda.

Laut yang luas terbentang dan kerdipan bintang di langit menjadi saksi penyatuan kembali cinta yang hampir malap dek kerana kerakusan hati yang tidak memikirkan musibah yang mendatang. Kini, cinta sekali lagi berbunga lebat, harum baunya seindah mawar yang memukau hati sang pencintanya.

Tiga hari, dua malam itu digunakan sebaik mungkin oleh Amanda dan Taqiff, disiang hari, mereka bermandi manda, bermain bola tampar bersama pelancong lain, petang pula, mereka berjalan menyusuri tepian pantai, berlari-lari dan usik mengusik antara satu sama lain, melawat tempat-tempat menarik disekitar resort bersama sekumpulan pelancong lain. Ternyata masa itu terlalu cepat berlalu, yang hanya akan menjadi kenangan diingatan.

"Sayang,"

"Hmm...," Amanda menoleh, mereka bertentangan mata, terasa rapat.

"Sudikah Amanda Rosella Binti Hakim menjadi isteri Taqiff Firdaus Bin Tajuddin?," Senyuman terukir di bibir Taqiff. Dihulurkan seutas gelang emas bersaiz kecil, ternyata indah, ia berbentuk bunga dan daun. Amanda kaku, Taqiff memakaikan gelang tersebut ke pergelangan tangan kiri Amanda. Amanda memandang Taqiff, senyuman terukir.

"Sayang sudi sangat-sangat, hihihi," Amanda menarik hidung Taqiff. Dia berlari ke arah pantai.

"Syukur alhamdulillah...eh! aduh..aduh ..sakitnya, ooo..kejap yer dia," Taqiff mengejar Amanda, mereka gembira berkejaran di tepi pantai, akhirnya Taqiff berjaya menggendong tubuh Amanda di bahunya, gayat hati Amanda. Dicubit-cubit telinga Taqiff, terlepas Amanda, mereka terus berkejaran.

💞Jika seseorang memberi perhatian kepadamu, jangan sesekali mengabaikannya kerana suatu hari nanti perhatian itu akan kamu rindui apabila kamu kesepian💞

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now