27💞Mama💞

2.5K 103 0
                                    

20 tahun kini telah berlalu.

"Amzar Safaraz!.....pulangkan buku aku, argh... eee.....nanti kau, aku dapat kau, aku tarik telinga hidung kau...eee...," Ain Salsabila mencari-cari kelibat Amzar Safaraz.

"Hoi!....umur dah 20 tahun, memekak jer macam budak-budak darjah satu, hmm.. nak tidur pun susah kalau balik sini, lebih baik duduk dekat u jer....," Khairul Anam menekup telinganya.

"Khairul.... bukan kamu tak tahu Amzar dengan anak Mak ngah Rita kamu tu, dari kecil lagikan dia orang suka usik mengusik," Puan Aisya melabuhkan punggungnya di sofa.

"Ya nek wan, tapi itu dulu, sekarang ni dah besar, tinggi, panjang, dah boleh jadi ibu dan bapa dah diaorang tu,"

"Eh!, eh, sedapnya dia mengata orang, hmm.. cemburulah tu," Ain Salsabila menjeling Khairul Anam.

"Eee...tak kuasalah nak cemburu bagai, kat luar tu bersepah anak dara, gadis cantik, comel, awak tu apa kelas, habuk pun tak adalah, asyik terjerit-jerit," Khairul Anam menjuihkan bibirnya.

"Nek Wan, tengok Khairul tu, sakit hati Ain," Ain Salsabila mengetap bibir. Bantal sofa di baling ke arah Khairul Anam yang sedang baring.

"Aduh!... eee... main baling-baling pula Cik Ain ni, rindu zaman kecil-kecil dulu ek,"

"Khairul, Ain...sudahlah tu, jangan bergaduh lagi, haih.. jangan bergaduh nanti terpaut, hihihi," Puan Aisya tersenyum.

"Eee..nek wan ni, tak naklah Ain, sebab dia tak handsome macam artis kpop korea, dahlah tu, serabai jer, eee...," Ain menjeling.

"Hah!...siapa yang nak ke Ain tu, mata pun sepet, hidung kemek, hmm...," Khairul mengerling Ain Salsabila.

"Tak nak sudah, suka sakitkan hati orang jer...nek wan, Ain pergi dulu, nak cari Amzar...tu seorang lagi, suka main sorok-sorok, eee....nama jer lelaki mereka berdua ni, seorang suka sakat, seorang lagi suka sembunyikan buku Ain...eee..rimas!..," Ain Salsabila berlalu pergi mencari Amzar.

"Huhuhu...semoga Cik Ain singa tu menjerit melopong lagi, dah lama aku tak kacau dia, hahaha, biar dia letih cari aku, eh! inikan bilik stor papa, alamak," Amzar memerhati sekeliling. Dia melangkah ke depan, banyak barang-barang lama terdapat di situ, barang mainan dia ketika kecil dan buku-buku semasa dia di sekolah dulu.

"Manalah si Amzar ni, huh! mengantuknya," Ain Salsabila letih mencari Amzar Safaraz, akhirnya dia tertidur di ruang tamu kecil.

"Buk!," Kaki Amzar tersadung wayar radio lama.

"Aduh! sakitnya kaki aku, eh! terjatuh pula buku si Ain ni, alahai buku, kenapalah bawah almari ni yang kau tuju, hmm...," Amzar tunduk, dia meraba-raba ke bawah almari yang sempit tersebut.

"Eh! apa ni, hmm...macam laptop," Amzar menariknya keluar.

"Wah! jenama lama ni, dah rosakkah? hmm...ada sekali dengan wayar dia ni, lebih baik aku try on kejap lagi, manalah tahu, mungkin aku boleh baiki, eh, lupa pula aku nak ambil buku Ain," Amzar memasukkan semula tangannya ke bawah almari tersebut, buku Ain di tangannya.

"Alamak....berhabuk pula, teruklah aku kali ni," Amzar menggaru-garu kepalanya. Dia mengangkat laptop keluar dan menuju ke arah biliknya, sebelum itu, buku Ain Salsabila di letakkan di meja tepi telefon. Setelah membersihkan dari habuk, dia mula mengecas laptop tersebut. Sejam di tunggunya.

"Klik," Laptop di hidupkan, terpapar di skrin gambar papa, seorang perempuan dan bayi, bayi itu dikenalinya sebagai dirinya menerusi gambar yang di simpan nek wan.

"Hmm... kalau itu papa, itu aku, perempuan tu mesti, hah!...mama,.... ma...ma," Tiba-tiba ada biasan air di kelopak mata Amzar.

Amzar terus meneroka segenap fail di dalam laptop tersebut. Fail yang di tanda tulis "My Life" di tekan. Amzar mula membacanya.

"Amanda Rosella? hmm... itukah mama aku?, biar aku baca dulu," Taqiff mula membacanya. Selama dua jam dia berada di dalam bilik, panggilan Ain Salsabila yang memekak di luar bilik tidak di endahkan. Matanya mula berputik manik-manik jernih yang akhirnya berhamburan menerjah ke pipi. Kini dia tahu, siapa mamanya yang sebenarnya, kenapa dia pergi, dan di mana dia kini berada.

"Mama....Amzar akan cari mama, Amzar akan buktikan mama tak bersalah, mama tak pernah bersalah," Amzar menyeka air matanya, dia menarik nafas dalam.

Waktu makan malam telah pun berlalu, kini Amzar menonton televisyen bersama keluarganya.

"Uncle, bulan depan kan ulang tahun kita bercuti kemana sahaja di dunia ini...hihihi," Ain Salsabila mengelip matanya kepada Taqiff.

"Hmm.... nasib baik kamu ingatkan uncle, hah! tahun ni kamu semua nak ke mana? dah rancangkah?," Taqiff tersenyum.

"Ke Scotland, bolehkan papa?," Jawab Amzar.

"Wah! bestnyer, tak sabar nak pack baju, hihihi," Tersengih Khairul Anam.

"Scotland...hmm... pandai kau Amzar, tapi, kenapa Scotland?," Tanya Ain Salsabila.

"Kau ni Ain, ikut jerlah, banyak tanya pula dia, hishhh... orang dahlah teringin nak ke negara kesatuan United Kingdom tu..huh!...kau tahu tak, ada beratus-ratus pulau di sekeliling tu," Senyum Khairul Anam.

"Sebab tulah Ain tanya, eee...bengap!," Ain menjuihkan mulutnya.

"Sebab dekat situ ada mutiara paling bersinar dekat dunia ni," Jelas Amzar Safaraz.

"Yakah?, papa tak tahu pun sebelum ni, betulkah?," Taqiff mengerut dahinya.

"Nanti bila dah jumpa, tengok sendiri, masa tu jantung pun boleh gugur, papa," Senyum Amzar.

"Hmm.., tak percayalah, mutiara sama jer," Ain mencebik.

"Kalau tak percaya, kita kenalah pergi ke Scotland," Amzar mengangkat keningnya.

"Nek Wan setuju, nek wan ikut jer, atuk semestinya ikut sekali," Tersengih Puan Aisya.

"Seronoklah tu nek wan, boleh pergi honeymoon lagi...hihihi," Ketawa Khairul Anam.

"Kamu ni, malu nek wan, haishhh budak ni," Puan Aisya menampar bahu Khairul Anam.

"Confirm yer, esok papa nak suruh P.A papa booking tiket ke Scotland, macam biasalahkan prosedurnya, ok papa nak masuk tidur, letih hari ni," Taqiff berlalu naik ke biliknya.

"Ok, thank you papa," Amzar tersenyum.

"Yes! dapat ke Scotlandlah kita tahun ni, ermm...bestnya.. tak sabarnya," Ain Salsabila berlalu pergi.

"In syaa Allah, mutiara tu akan aku cari sampai dapat," Detik hati Amzar Safaraz.

💞Angin itu akan membawa rindu walau sejauh mana pun ia berada💞

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now