18💞Tiada Kemaafan💞

2.2K 117 14
                                    

Malam yang dingin itu membuatkan hati Taqiff bergelora, dia memandang wajah Hazreen, tangannya menyentuh lembut pipi Hazreen, bau haruman dari leher Hazreen menjadikannya tidak keruan. Hazreen tersenyum melirik kerana umpannya kini bakal di makan. Masa depan yang cerah dan senang mulai menerjah dikotak fikirannya.

Tiba-tiba, iphone berbunyi, Taqiff tersentak, dicapainya segera, nama mama tertera. Taqiff bangun.

"Astaghfirullah hal 'azim," Taqiff meraup wajahnya.

"Taqiff, janganlah angkat, ermm...," Hazreen merayu dan merangkul leher Taqiff.

"Ya Allah, apa aku dah buat ni, maaf Reen, aku nak angkat panggilan mama,"

"Taqiff...sayang...kat mana ni, dah banyak kali mama telefon, tapi tak berjawab," Kedengaran seperti Puan Aisya menangis dihujung talian.

"Tadi Taqiff tengah drive tadi , phone dalam beg kerja, Mama, kenapa ni? mama macam menangis jer," Resah Taqiff, dia bangun dari katil.

"Taqiff...Redza Taqiff, Redza...," Esakan Puan Aisya semakin kuat.

"Mama, kenapa dengan Redza? kenapa ni?,"

"Redza kemalangan Taqiff, mama sekarang ada dekat HKL,"

"Ya Allah, baik mama, Taqiff gerak sekarang," Talian dimatikan.

"Kenapa Taqiff,"

"Adik aku accident, aku kena pergi ke HKL sekarang,"

"Taqiff, tapi kitakan...,"

"A..aku minta maaf Reen, sepatutnya semua ni tak berlaku, sorry sangat aku sentuh wajah kau tadi, aku minta maaf Reen, aku pergi dulu," Taqiff bergegas turun dan keluar dari rumah Hazreen. Kedengaran bunyi deruman kereta Taqiff berlalu pergi.

"Damn!..., argh.....aku benci, aku benci...eee....mamalah, accidentlah, argh.. ada jer yang nak mengganggu..argh," Hazreen membaling bantal dan mengusutkan selimutnya. Hatinya panas dan geram takkala umpannya tidak mengena malam ini.

Sepanjang perjalanan ke hospital, Taqiff menangis, air mata kekecewaan mengalir deras, basah ke bajunya, sesekali dia meraupnya.

"Ya Allah, aku bersyukur kepadaMu, Engkau telah menyelamatkan diriku dari terus melayani nafsu syaitan dalam diriku, jika tidak, aku tentu mengikut hawa nafsu dan melakukan zina yang di benci olehMu, maafkan aku Ya Allah... aku akan menemuiMu dua bulan akan datang, tetapi aku leka... leka yang hampir menjerumuskan diri aku ke lembah yang hina itu, Astaghfirullah hal 'azim... Ya Allah.... aku berdosa, maafkan aku, Ya Allah.. tolong ampunkan aku.... ,"

Tiba-tiba wajah Amanda terlintas di fikirannya.

"Ya Allah, aku sepatutnya beritahu Amanda tentang penyakit aku, aku tak fikir perasaan dia, selama 8 tahun dia bersama aku, sekarang aku sakitkan hati dia, aku tanamkan kebencian dalam diri dia, a... aku bodoh tak fikir perasaan dia... maafkan abang sayang, maafkan abang....,"

Taqiff menekan pedal minyaknya, ingin sekali dia menemui mamanya yang telah menyelamatkannya dari terus melayani dosa yang hina itu. Wajah Redza terbayang dimatanya, bagaimanakah keadaan adik kesayangannya. Hatinya sebak. Setibanya Taqiff dihospital, dia bergegas ke unit rawatan rapi (ICU), Puan Aisya memeluknya dengan hiba. Kelihatan semua keluarganya telah berada di situ. Encik Tajuddin iaitu ayah Taqiff juga berada di situ, Taqiff memeluk ayahnya. Amanda dan keluarganya hanya memandang sedih ke arah anak beranak tersebut, mereka duduk dikerusi hujung.

"Mama, papa...macam mana Redza?," Gusar hati Taqiff.

"Redza belum sedarkan diri, mama risau, hampir 4 jam dia kat dalam tu," Puan Aisya duduk, terasa lemah tubuhnya.

"Ya Allah.... macam mana dia accident, kat mana?,"

"Tadi, lepas praktikal kat sini, dia nak balik, dia berjalan ke parking kereta, tiba-tiba ada sebuah lori yang menghantar ais tu terus langgar dari arah belakang, kata pemandu lori tu, dia nak bergegas ke tempat lain, nak hantar ais, dia tak nampak Redza sedang berjalan," Terang abang Taqiff, Marwan.

"Macam mana abang tahu,"

"Amelia, adik Amanda yang ternampak, dia pun ada praktikal juga kat sini, sekali dengan Redza, nasib baik dia nampak, ada juga saksi, Redza baru saja lepas dari kritikal, doktor beritahu abang, dia dah stabil,"

"Ya Allah, selamatkanlah adik aku," Taqiff terduduk dikerusi. Ayahnya menyabarkannya.

"Banyak kali kami semua call kamu, tapi tak dapat, kenapa?,"

"Phone saya tertinggal dalam beg kerja, terletak dalam bonet kereta, terlupa nak ambil, lagipun tadi ada kerja kat luar, tak sempat nak tengok phone,"

"Oh, macam tu, tak mengapalah, sekarang kamu dah ada kat sini, abang long ada kat dalam, sedang baca Yassin, nanti kita bergilir-gilirlah," Hazwan memegang bahu adiknya, Taqiff mengangguk hiba. Matanya terpandang ke arah keluarga Amanda, dia bangun dan bersalam dengan Encik Hakim dan Puan Aryna, dia bertanya khabar.

"Amy nak air?," Tiba-tiba Amanda bangun tanpa memandang Taqiff.

"Tak naklah, baru lepas minum dengan mak," Amelia senyum. Amanda menuju ke bahagian belakang dinding, dimana terdapatnya mesin minuman ringan. Kelibatnya hilang disebalik dinding tersebut, diletakkannya duit, dan memilih air tin laici. Diambilnya air tin tersebut, dibuka dan, dia duduk di kerusi ditepi balkoni sambil minum. Matanya memerhati, kelihatan tempat pakir kereta dibawah mulai penuh. Ramai yang berkampung di situ kerana ada keluarga yang sakit dan kritikal.

"Amelia, terima kasih sebab tolong adik abang,"

"Sama-sama, itulah, nasib baik saya pun nak ke parking, ternampak kejadian tu,"

"Abang pun risau, sedih bila dengar dia accident," Taqiff duduk di tempat Amanda.

"Waktu ni, doa dari kitalah yang paling terbaik untuk dia, semoga Redza sembuh seperti sedia kala, sabar yer abang Taqiff,"

"Terima kasih Amelia," Mata Taqiff liar mencari Amanda.

"Abang cari Kak Amanda ek, dia ada kat balkoni belakang dinding tu, pergilah," Senyum Amelia.

"Terima kasih Amelia," Taqiff membalas senyumannya dan bergerak ke belakang dinding.

"Assalamualaikum," Taqiff menghampiri Amanda.

"Wa'alaikumussalam," Amanda menoleh. Mukanya ketat, terasa kering.

"Boleh abang duduk,"

"Duduklah, ermm...saya pergi dulu," Amanda bangun.

"Sayang...maafkan abang, please...," Taqiff menarik tangan Amanda.

"Excuse me, encik cakap apa ni? maaf-maaf ni, saya tak fahamlah," Amanda berhati kering.

"Sayang, maafkan abang," Rayu Taqiff.

"Oh! encik salah orang agaknya, ermm...encik ada buat salah apa yer dengan saya, saya betul-betul tak kenal encik ni siapa, saya pergi dulu yer," Amanda mula melangkah namun Taqiff menarik dan memeluknya.

"Maafkan abang sayang, abang bersalah, abang akan explain kat sayang, please," Hiba hati Taqiff.

"Eh! kenapa ni, lepaslah, nanti aku jerit, eee....lepaslah,"

"Jeritlah sekuat mana pun, abang tak kisah, abang cuma nak sayang maafkan abang, please,"

"Sudah! cukup Taqiff, cukup!m, lepas, mudahnya kau putuskan....eh, kau pergi, bawa maaf kau tu terjun kat sungai yang dalam tu, menyampah aku, sakit hati aku tengok muka kau," Amanda memijak kuat kaki kiri Taqiff yang hanya berselipar itu. Taqiff melepaskan pelukannya dan memegang kaki kirinya yang sakit itu. Amanda berlari pergi dari situ.

"Argh!...aduh, Amanda... tunggu Amanda.... sayang," Taqiff kembali duduk di kerusi, menahan sakit di kakinya, hatinya terluka, maafnya tidak diendahkan, semua adalah kerana perbuatannya sendiri, kesilapannya, kini dia kesal.

💞Jagalah bunga yang cantik mekar di jambangan sendiri, jangan biar ia mekar di jambangan orang lain💞

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now