31💞Tak Menduga💞

3.1K 109 11
                                    

"Mana Amzar, tak nampak pun," Ain melihat ke dalam bilik Khairul Anam.

"Dia baru jer keluar,"

"Ke mana?,"

"Katanya ke University Of Dun...dee," Terherot mulut Khairul Anam menyebutnya.

"Eh! seorang-seorang jer, tak ajak kita pun, hmm...," Keluh Ain Salsabila.

"Ain nak tahu tak?,"

"Tahu apa?,"

"Aunty Amanda Rosella tu sebenarnya mama Amzarlah,"

"Hah?, biar betul?,"

"Nama siapa kamu sebut tadi, boleh nek wan tahu?," Tiba-tiba Puan Aisya membuka pintu biliknya yang sedikit tidak rapat kerana Encik Tajuddin baru keluar menghidupkan enjin kereta. Dia keluar dan bahu Khairul Anam di pegangnya.

"Ermm...kenapa nek wan ni, lain macam jer," Khairul Anam memandang Puan Aisya.

"Tadi kamu sebut namakan, boleh kamu ulang?," Ada kegelisahan di mata Puan Aisya.

"Aunty Amanda Rosella, kenapa nek wan?,"

"Amzar dengan Pak Cik Taqiff kamu mana? Tanya Puan Aisya dalam keadaan kebimbangan.

"Dah keluar nek wan," Ain Salsabila bersuara.

"Ke mana?,"

"Amzar ke University Dundee, pak cik pun ke sana, katanya ada urusan, dua-dua ada kat sana, kenapa nek wan?,"

"Jom, cepat-cepat, tolong bawa nek wan dan atuk ke sana," Puan Aisya masuk ke biliknya dan mengambil tas tangan, pintu di kunci.

"Kenapa?..," Ain Salsabila menjungkit bahunya kepada Khairul Anam.

"Entah,"

"Eh! tercegat lagi kat sini, dah..jom-jom,"

Khairul Anam memandu kereta sewa milik atuknya menuju ke University Dundee, mata mereka liar mencari kelibat kereta Taqiff dan Amzar.

Amzar Safaraz memasuki kawasan depan ofis utama University Dundee, di lihatnya carta organisasi yang besar di depan matanya. Dengan segala maklumat yang dia perolehi dari laptop Amanda telah membantunya sampai ke situ. Di amatinya dengan teliti gambar-gambar dan nama-nama yang tertera di carta organisasi tersebut. Tiba-tiba matanya tertumpu pada satu nama yang di kenalinya.

"Amanda Rosella Hakim, clerk, eh! inikan aunty Rosella, Ya Allah...aunty ialah mama aku?," Terpancul nama Amanda di bibir Amzar. Gambar wanita lingkungan 40 an itu cukup memeranjatkan Amzar Safaraz. Dia menyeka manik jernih yang ingin melimpah. Di tahannya sebak di dada.

"Krek"," Daun pintu di buka dari dalam. Seorang wanita yang sederhana tinggi, rambutnya lurus dan di ikat rapi, tampak kemas dengan blouse biru muda dan berskirt hitam labuh. Cantik ukuran tubuhnya, masih ayu.

"Eh! Am... kamu buat apa di sini?," Senyum Amanda.

"Oh! aunty Rosella... Am saja melawat kawasan sekitar university ni, tiba-tiba tersesat kat sini," Tersengih Amzar Safaraz.

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now