1💞Aku dan dia💞

10K 257 26
                                    

Amanda Rosella

"Itulah nama aku, bolehlah di katakan ada rupa juga, cantik tu ada, tapi manis tu lagilah ada. Aku ni, kacukan Melayu dengan Scotland, hahaha... jauhkan... mak aku orang Scotland, dan ayah aku orang Kedah, tapi, aku tinggal di Johor sejak kecil lagi dengan Mak dan ayah serta dua orang adik aku, Amelia dan Amsyar. Tapi hari ini, keluarga aku telah berpindah ke Kuala Lumpur,".

"Amanda...Amanda, turun makan sayang," Mak aku memanggil.

"Ah!, baru nak menaip, idea datang, mak pula panggil aku, hmm...,"

"Yer Mak, Amanda turun sekarang," Kuat juga suara aku, Amanda menutup laptopnya dan turun ke tingkat bawah.

"Hmm...harumnya bau gulai daging ni, mak kamu ni dari dulu lagi pandai masak, laparnya perut ayah ni," Encik Hakim selaku ayah Amanda menarik kerusi meja makan dan duduk.

"Gedum..gedum...krekk..krekk kereok, macam tukah bunyi perut ayah," Amsyar yang berumur 11 tahun duduk di sebelah ayahnya.

"Depan makanankan, tak baik tahu, errr.. nyanyi-nyanyi pula, eee.....,"Amelia menjelir lidahnya.

"Hah! Amy pun sama, depan makanan boleh menjelir pula lidah tu, hishhh," Amanda duduk di samping Amelia.

"Anak-anak mak yang kecil-kecil ni, masa makan ni pun nak bergaduh... mak sumbat dua-dua dengan ketupat sotong ni, ha... baru tahu, nak? dah abang, baca doanya," Puan Aryna mengecilkan matanya memandang Amelia dan Amsyar.

"Macam tulah Amelia dan Amsyar, asyik nak cari salah jer masing-masing, hmm.... budak-budak kan,"

"Amanda dah bersedia untuk ke sekolah baru, esok?," Tanya Encik Hakim.

"Dah ayah, Amanda dah ready, tadi Amanda dah google dekat internet, saja tengok-tengok keadaan sekolah tu, ok ayah,"

"Baguslah Amanda, esok ayah hantarkan kamu awal pagi, sebab ayah perlu daftarkan adik-adik kamu ni di sekolah berhampiran,"

"Ok ayah," Amanda mengangguk faham.

"Ah! malasnya nak ke sekolah baru tu, macam mana yer dengan kawan-kawan baru, adakah yang nak berkawan dengan aku, huh!,"

Setelah makan tengahari, Amanda naik semula ke biliknya, dia berdiri di tepi balkoni, memandang ke arah jalan perumahan Taman Selasih. Biliknya dekat dengan bilik lain rumah sebelah tepi rumahnya. Jika di ukur jaraknya pasti boleh ke bilik rumah sebelah.

"Aku perlu lupakan dia, aku benci dia, dia berjanji, tapi dia memungkirinya, selama ni, dia lah sahabat aku, yang selalu bergurau dengan aku, suka, duka semuanya... aku sakit demam, dialah yang akan risau, tapi sekarang ni, dah dua tahun dia pergi... macam tu jer," Amanda mengesat air mata yang tiba-tiba mengalir, tangannya dihentak-hentak ke tepi dinding.

"Eh! awak, kenapa tu, luka tangan tu nanti, tak pasal-pasal mak dan ayah awak kena bawa awak ke klinik, hmm... inilah budak zaman sekarang, lain kali fikir dulu sebelum buat, apa faedahnya, kesannya, hah!," Tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki.

"Ah! siapa pula tu? suara lelaki tu, alamak.. malunya...,"Amanda berpusing dengan perlahan, rambut panjangnya di selak ke sebelah kiri.

"Eh!, sedapnya mulut awak, panjang lebar awak berkata-kata, awak tu tak ada otakkah, hati awak ke mana? hah! senang-senang jer awak nak judge saya, dahlah tu, salam pun awak tak bagi, awak tu, eee... dengan berkain tuala, tak sopan langsung, errr...,"

"A..aaa.... ops kain tuala oh! tuala, maaflah, ini kain tuala saya.. saya masuk dulu, ermm,"

"Hahaha, tak malu....eee....," Amanda sedikit tunduk dan memegang kelopak bunga mawar yang berada di balkoninya.

"Aduh... malunya aku, apasal kepala aku ni masuk airkah, tak sedar pula keluar dengan pakai tuala jer, ah.... eh!.. banyak betul pokok bunga ros dia, macam-macam warna, wah...duri kat pokok tu besarnya, hmm... tajam macam lidah tuannya, seram...," Taqiff Firdaus bersembunyi di sebalik tirai balkoni biliknya sambil memandang Amanda.

"Apahal budak tu, ingat aku tak nampak ke, sembunyi kat belakang tirai tu, terhendap-hendap, tengok akulah tu, hisshh...," Amanda sesekali menjeling ke arah bilik Taqiff.

"Eh! dia nampak akukah? aduh... lupa pula nak tutup pintu cermin ni, ermm..,"

"Hmm.... orang tu nak tutup pintu tapi malu, terkebil-kebil belakang tirai pula, agaknya separuh lelaki, separuh perempuan, sebab tulah malu, hahaha,"

"Saya tak malulah, sa..saya tengah bersihkan sesawang labah-labah ni, ni tengok ni, entah dari mana datangnya labah-labah ni, buat sarang pula kat rumah orang, ini mesti kes ikut awak datang sini, sebelum ni tak ada pun," Taqiff melibas-libas kain tirainya.

"Tak ada kes-kes mengikut, bilik awak tu yang berbau hapak, sampai luar saya boleh bau, eee.... sebab tulah labah-labah buat sarang, lepas ni, bukan setakat labah-labah, lipas, kumbang, burung, semuanya datang ke bilik awak," Amanda membuat gimik muka sambil menjeling.

"Hah! kau cakap bilik aku berbau, sedapnya mulut kau, erghh...," Detik hati Taqiff.

Amanda memenyekkan hidungnya tanda berbau ke arah Taqiff.

"Awak! saya kat sini bau loya, rasa nak termuntah... eee,"

"Saya rasa awak tu yang berbau, satu badan, eee.... baja pokok awak tu, hmm..entah dari manalah di buat, baja tahi ayam agaknya........ eee, geli saya, nak terkeluar makanan yang saya makan tadi, busuknya, eh! awak, kalau nak tanam pokok pun, letak lah kat bawah, ini tak, dekat tempat tidur, eee.... bau baja tahi ayamlah," Taqiff menutup mulut, matanya di kecilkan.

"Eh! sedapnya mulut awak, nak saya cilikankah?, lantang jer ayat awak yer, sini...sini, nak lawan, sinilah," Amanda berdiri di tepi pagar balkoninya sambil bercekak pinggang.

"Hah! awak ingat saya tak beranikah, kurus kering, apa pun tak ada, ada hati nak lawan dengan orang, errrr.... buang masa jer," Muka Taqiff kini bertentang dengan muka Amanda.

Mereka berpandangan seketika, Taqiff hanya bersahaja, Amanda mengetap bibirnya yang merah jambu tanpa lipstik, memang asli.

Tiba-tiba,

"Hai awak, nama kita Redza, siapa nama awak?"

"Nama saya Amelia, selamat berkenalan,"

Amanda dan Taqiff tersentak, mereka memandang ke arah tepi, selain bilik mereka, ada lagi bilik yang bertentangan, tetapi balkoninya, masing-masing kecil.

"Amelia, masuk!, huh,"

"Redza, masuk!"

Amanda membulatkan matanya kepada Taqiff . Taqiff dengan segera membuat tanda kepada Amanda seperti orang gila. Pintu kaca di tutup, nampaknya si kucing dan si harimau telah bertembung.... agaknya apa yang akan berlaku esok.

💞Cinta itu indah namun yang suci yang akan bahagia💞

CINTA KETUA KELAS | ✔Where stories live. Discover now