Kenapa hidup mesti penuh dengan misteri? Kehidupan yang tidak pernah bahagia sejak dia lahir hinggalah sekarang, umur dia sudah lima belas tahun. Noor Fazlin, sepatutnya happy seperti gadis - gadis yang seumurnya, namun hidup dia lebih mencabar dari apa yang orang fikirkan. Tapi itu yang membuat dia matang. Aku akan dapatkan apa yang sepatutnya milik aku. Bukan orang tua tu.- Fazlin Pelajaran dan pendidikan perlu ada dalam dada kau. Keberanian untuk melawan sang durjana itu yang penting. - Faiq Namun dia sangat beruntung kerana ada yang sanggup menolongnya apabila dia harus bertahan. Mama akan selalu ada dengan Fazlin. Tapi tolong jangan hancurkan kepercayaan kami. - Datin Afiyah Maafkan mak sebab tidak ada bersama kamu apabila kamu susah. - Mak Mah Namun hanya satu sebab, dia tidak dapat mengotakan janjinya pada Datin Afiyah. Dan dia sangat bersyukur dapat bertemu salah satu darah dagingnya. Sewaktu dia harus memusnahkan janjinyalah dia, hatinya pula mula terpaut dengan sang jejaka. Tak kira apa yang jadi, saya tidak akan lepas awak walaupun awak sudah tidak ada di depan mata saya. - Muhd Faisal Saya berhak keatasnya. Dia cinta pertama saya. Dan saya tidak akan lepaskannya buat kali kedua. - Laela