What?! Kau Bukan Duda 13

2.9K 156 16
                                    

Malam itu, Fazlin dan Faisal keluar awal untuk membuka cafe sebelum staff yang lain datang. Seorang demi seorang staff hadir dan pelanggan juga turut meningkat. Entah kenapa malam itu, kebanyakannya hanyalah pelanggan wanita. Mungkin disebabkan ada Faisal. Naiklah keuntungan cafe itu hari ini.
Semalaman bekerja sehingga jam 1.45 pagi, pelanggan semakin berkurangan. Tapi hasil yang mereka dapat lebih dari sebelum ini. Faisal dan Fazlin duduk di meja kosong sambil membawa air masing - masing untuk menghilangkan penat.

"Lagi teruk kerja ni daripada kerja saya, awak tahu tak?" Fazlin ketawa melihat wajah Faisal yang benar - benar penat.

"Baru tahu ke? Bukan ke kerja sebagai arkitek lebih susah?" Fazlin mengipas kepalanya sebab panas.

"Kerja arkitek tak susah mana. Tapi pening jugalah." Faisal meraup mukanya dan menghirup nescafe air yang Fazlin buat tadi. "Kenapa? Berminat ke?" Faisal memandang wajah Fazlin yang seakan berfikir.

Fazlin menarik nafas sebelum memulakan bicara, "Minat tu minat. Memang cita - cita saya. Tapi..." Fazlin memandang ke meja.

"Takut susah cari kerja?" Faisal tersenyum. Itulah yang pelajar selalu sebut apabila mempunyai minat bidang berkaitan seni. Padahal tidaklah sesusah yang mana kerana di Malaysia mempunyai banyak syarikat arkitek contohnya daripada Johor Bahru hinggalah ke Kuala Lumpur. Negeri - negeri yang lain juga tidak kalahnya. Jadi tiada masalah untuk seseorang mempunyai minat dan cita - cita lain dari yang lain.

"Tengoklah macam mana, kalau rezeki saya dapat kerja. Saya nak ambil bayaran dulu. Awak rehat dululah." Fazlin bangun dan menuju ke meja pelanggan Faisal pula hanya mengangguk dan meletakkan kepalanya dia meja untuk mengurangkan beban.

"Hai kak Laela. Rajin datang, sebelum ni datang pun jarang." Fazlin menegur seorang wanita yang berumur 25 tahun. Sabreen Laela binti Gaafar, rakan Fazlin sejak dia bekerja di gerai makcik Timah.

"Kakak busylah. Ni pun baru balik dari airport. Tak rehat lagi dah jenguk adik kesayangan akak sorang ni." Laela mencubit pipi Fazlin.

"Special malam, adik belanja akak apa je. Tak lebih duapuluh ringgit. Hehe." Fazlin tersengih. Cafe tersebut sudah kosong. Tinggal mereka dan staff sahaja.

"Yelah, akak order biasa je. Tu Haizril ke?" Fazlin menoleh kearah yang ditunjukkan. Dia memandang Faisal dengan pandangan kasihan. Kelihatan dia benar - benar penat. Rasa bersalah menyelubungi diri. Laela pula hanya memandang lelaki yang agak jauh itu dan Fazlin secara bergilir.

"Tu kawan Haizril. Haizril pergi Canada hari ni. Dia tolong Fazlin." Laela mengangguk dan memandang lelaki itu semula. Walaupun dia tidak kenali lelaki itu, tapi dia teringin memandang wajah lelaki itu. Fazlin beredar ke dapur sebelum kembali menghantar pesanan ke meja Laela. Dia perasan dengan pandangan Laela yang dia sendiri pun hairan. Tapi dia hanya endahkan dan berlalu ke meja Faisal.

"Faisal, kalau nak tutup kedai sekarang ke?" Faisal mengangkat kepalanya dan menggosok matanya yang kuyu. Lalu dia mengangguk. Fazlin memandang Laela yang masih memandang ke mejanya. Pesanannya juga tadi sudah habis

"Jomlah kita bersiap." Faisal dan Fazlin bangun untuk mengemas kedai. Staff yang lain mengambil bekas pesanan Laela untuk dibersihkan. Laela juga sudah keluar bersama dengan staff yang lain. Selesai menutup kedai, Laela yang masih menunggu ditepi kedai menegur Faisal yang keseorangan kerana Fazlin sudah masuk ke dalam kereta.

"Faisal." Laela memandang Faisal dengan pandangan rindu. Faisal terkejut namun dia mengawal riak wajahnya dan terus meninggalkan Laela tanpa bercakap. Kenapa dia harus balik kembali dalam hidup dia?

Sorry guys, sikit je. Author tak ade masa. Baru balik ni hah lepas urusan masalah sikit tadi. Sorry guys. Idea pun melayang😪

Kisah Hidup Seorang Gadis #Wattys2017Where stories live. Discover now