What?! Kau Bukan Duda 23

2.1K 132 3
                                    

Apa yang berlaku antara Faisal dan Laela sebenarnya? Macam mana diorang boleh kenal satu sama lain? Hak? Anak? Am ke?

Hey, macam mana aku nak fokus kalau otak aku melayang pergi London ni? Apabenda tu? Sin? Kos? Tan? Apa benda tu? Aish, tak boleh jadi macam ni?

"Kau ok tak?" Amira menolak siku Fazlin yang diletakkan di atas meja. Dari tadi dia melihat rakannya yang seakan - akan sedang memikirkan masalah negara. Gara - gara takut didengari guru mereka, Amirah terpaksa berbisik.

"Tak, aku cuma tak faham nak pindah sin, kos, benda alah yang kat depan tu." Amirah menggeleng.

"Benda ni bukannya baru, sejak dua bulan lepas kita dah belajar. Kau pun power dalam benda ni. Biasanya aku yang selalu mengeluh, ni asal terbalik?" Fazlin mengeluh lagi dan meletakkan kepalanya di meja.

"Aku tak berapa sihatlah." Fazlin mengangkat kepalanya semula.

"Bukan demam, cuma pening sikit." Amirah mencebik. Tau je orang baru nak membebel kat dia.

Fazlin cuba untuk kembali fokus, namun gagal lagi.

"Weh, Athyrah apa khabar? Dah ok?" Fazlin tersenyum mengenang adiknya yang mula duduk di rumah peninggalan arwah ayahnya.

"Dia ok. Perut pun dah nampak sikit je tau memboyot. Tak jelas lagi sebnarnya. Dia mungkin kena berhenti sekolah sebab mustahil dia nak sekolah dengan keadaan macam tu." Amirah mengangguk menyetujui Fazlin.

"Tapikan, dah berapa hari ni aku tak nampak Harris. Agak - agak kau kenapa?" Fazlin mengangkat bahunya tanda tidak tahu.

"Kau tau tak, walaupun Athyrah sekarang memboyot. Aku tak nampak apa orang cakap selalu tu?" Fazlin menggaru kepalanya menggunakan belakang pennya.

"Morning sickness?" Amirah memandang Fazlin sekilas lalu menyambung membuat latihan yang diberikan gurunya baru sahaja tadi. Biasalah kalau subjek matematik mesti ada latihan selepas sesi pembelajaran.

"Yup, aku langsung tak nampak dia mengidam apa - apa. Muntah - muntah pun tak pernah. Cuma dia kuat makan sikit." Fazlin turut menyalin soalan matematik tersebut. Salin je, jawapan kemudian.

"Tu anak Harris kan? Mungkin Harris yang kena semua benda alah tu. Manalah kau tahu. Dia pun dah berapa hari tak datang." Fazlin mengangguk kecil. Berkemungkinan betul apa yang Amirah cakap. Dipandang sekilas tempat duduk Harris yang kosong.

"Weh, cuba kau bayangkan kalau Harris dan Athyrah tu dah kahwin. Serumah. Aku rasa diorang sesuai lah. Kalau Harris berubah baik, mesti dia sweet kan?" Dahi Fazlin berkerut lalu dia memandang Amirah.

"Kau layan drama melayu mana pula ni?" Amirah tersengih.

"Aku layan drama malam yang tajuk dia Sayang Papa Saya Tak. Eh, first hero dia sombong kau tau tak. Kaku. Kalau aku memang goda habis - habisan." Amirah memuncungkan mulutnya lalu mulutnya di tepuk perlahan Fazlin.

"Sejak bila otak kau jadi macam ni? Amboi kau, dah pandai heh? Aku report kat mak kau, habis dikejarnya kau satu keliling Johor ni." Amirah dan Fazlin ketawa kecil. Memang mak Amirah garang walaupun ramah.

"Kau jangan... kalau dia kejar je aq ok lagi. Kalau dia pergi heret tarik rambut aku keliling Malaysia ni macam mana?" Muka Amirah menjadi kecut. Cukuplah membayangkan boleh membuatnya dia meremang satu badan.

"Naik kapal terbang tu... kau tak nak? Satu Malaysia tau. Jarang kau dapat melancong satu Malaysia ni." Amirah menggeleng laju.

"Aku lagi sayang rambut aku daripada keliling satu Malaysia tu." Tawa mereka meletus.

Bunyi sahaja Cikgu mereka berdehem, satu kelas terus diam.

"Athyrah macam mana? Ok?" Athyrah memandang Fazlin yang meletakkan beg sekolahnya di sofa ruang tamu.

Alhamdullilah sekarang dia dah berubah. Dia dah menutup auratnya walaupun di dalam rumah. Cara percakapannya juga berubah, tidak sekasar dulu. Telefonnya sengaja dimatikan kerana dia tidak mahu berhubung dengan orang lain. Cukuplah hanya dengan Fazlin. Dia sudah tidak percaya dengan mana - mana orang lagi. Terutama lelaki dan maknya.

Sejak kebelakangan ini, maknya lain. Rumahnya menjadi tidak terurus seperti itu juga maknya. Dia sendiri tidak tahu apa yang jadi selama ini kerana dia sering berkurung di bilik. Setiap malam maknya pasti akan keluar dan pulang paginya atau besoknya.

"Thyrah ok. Akak fokus tak tadi dalam kelas? Macam tak je." Athyrah duduk di sebelah Fazlin. Muka Fazlin kelihatan penat. Maklumlah sejak dekat PT3 ni rehat pun makin kurang. Dia memahami Fazlin. Sebelum Fazlin pulang dari sekolah tadi, dia sempat berfikir mahu bekerja setelah selamat melahirkan anaknya ini. Dia juga mahu menolong kakaknya untuk membiayai semua keperluan.

"Tu dalam perut macam mana? Meragam?" Fazlin memandang perut Athyrah. Athyrah hanya menggeleng.

"Tak de apa - apa pun. Gerak pun tak." Fazlin ketawa melihat wajah Athyrah.

"Macam mana nak gerak. Bentuk pun tak ada lagi. Tak pe, nanti akak kasi Thyrah buku teks sains akak ok?" Fazlin memegang perutnya menahan ketawa. Athyrah pula sudah memuncung.

"Dah, tak payah nak merajuk bagai. Akak nak pergi dulu. Nyalakan balik je lah telefon tu. Kalau ada apa - apa telefon je akak. Ok?" Athyrah mengangguk. Fazlin mengangkat begnya dan keluar dari rumah itu.

Kekadang dia terfikir, macam mana kakaknya masih boleh baik dengannya walaupun sebelum ini dia selalu menghasut maknya sehingga kakaknya diherdik setiap hari. Apabila mengingati kejadian sebelum ini, perlahan demi perlahan air matanya gugur. Baru dia sedar betapa berdosanya dia terhadap kakaknya dan tuhannya kerana dia langsung tidak pernah melakukan suruhan-Nya malah dia sering melakukan yang dilarang-Nya.

Namun apabila mendengar nasihat kakaknya semalam akhirnya dia mengambil keputusan untuk berubah walaupun kelihatan seperti tergesa. Dia tidak menyesal bertaubat sekarang, setelah melakukan terlalu banyak dosa kerana dia tahu Allah SWT sangat suka dan gembira jika ada hamba yang ingin bertaubat dan kembali kepada-Nya. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk sesiapa juga yang ingin kembali kepada-Nya kerana rahmat Allah itu sangat luas.

Sebanyak manapun dosa yang pernah dilakukan manusia, Allah tetap akan mengampuninya dengan syarat mereka mahu kembali kepada Allah bila-bila saja dan tidak kira di mana juga. Allah SWT tetap menerima taubat hamba-Nya selagi masih bernafas dan nyawanya belum sampai ke kerongkong, selagi itu pintu taubat terus terbuka tidak kira sebanyak mana atau sebesar mana dosa dilakukan.

Tetapi, dia akan menyesal jika sampai sekarang dia masih melakukan dosa yang sama kerana tiada sesiapa pun yang menegur kesilapannya. Termasuk mak tirinya. Waktu pertama kali dia tahu dia mengandung, dia pernah terfikir untuk menggugurkan anaknya tersebut. Tapi dia masih waras, dia tidak mahu kes buang anak terjadi kepada dirinya.

Setelah dia baca beberapa artikel tentang betapa berharganya seorang anak terhadap ibu bapa membuat dia terfikir, adakah Harris gembira mendapat tahu bahawa dia sedang mengandungkan anak Harris? Atau sebaliknya?

Islam tidak pernah mengatakan ada dosa yang dibawa oleh bayi sejak lahir walaupun anak itu adalah anak luar nikah. Ini kerana setiap bayi dilahirkan adalah dalam keadaan fitrah dan putih bersih serta suci daripada sebarang dosa.

Dan walaupun Harris tidak dapat menerima anaknya ini, dia akan tetap mempertahankan anaknya kerana dia tahu setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Seperti firman Allah yang bermaksud: "Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar." (Surah Al-Anfal, ayat 28)

P/s - sesiapa yang bukan beragama islam, hanya perlu mengambil nasihat - nasihat yang penting sahaja. Bagi yang beragama islam pula, kalau boleh renung - renungkanlah diri kita. cuba ingat balik apa yang kita buat semalam, tadi mungkin membuat hati orang tergores. dan jika mahu melakukan apa - apa perkara, fikirlah dahulu. walaupun tiada sesiapa yang melihat atau tau kita melakukan dosa tapi , Tuhan sentiasa memerhati setiap perlakuan kita daripada yang terbuka sehingga yang tersembunyi. dan malaikat Atid juga tidak akan berhenti mencatat setiap kesalahan kita.

semoga bab ni boleh jadi nasihat untuk yang beragama islam atau bukan beragama islam.

Kisah Hidup Seorang Gadis #Wattys2017Where stories live. Discover now