What?! Kau Bukan Duda 16

2.1K 133 2
                                    

Rasa sakit yang dia rasa memang tidak dapat dibendung. Siapa tidak sakit apabila keluarga belah suaminya sanggup menganggap dia orang yang mereka tidak kenali.
         
"Abang, berdosa sangat ke saya ni sampai keluarga abang benci dekat Laela? Bukan Laela yang minta semua ni berlaku." Air matanya mula mengalir dan semakin deras. Dia hanya membiarkan apabila tiada sesiapa di tandas guru tersebut.
        
Tiba - tiba telefonnya berdering. Terus diangkat tanpa melihat siapa di skrin telefon.
        
"Bos, kami dah dapat apa yang bos nak. Bos free tak?" Laela memandang cermin sebelum tersenyum.
        
"Lunch ni jumpa aku kat tempat biasa." Laela terus mematikan telefon dan keluar dari tandas guru setelah memastikan tiada sisa air mata diwajahnya.

"Kau masih tak dapat apa - apa ke?" Faisal memandang wajah Raizin.

"Tak semua. Perempuan ni banyak benda yang dia sembunyikan atau dia tak tahu." Faisal hairan. Fazlin merahsiakan sesuatu? Tapi apa?

"Apa je yang kau tahu?" Faisal menghirup nescafe yang dia order tadi.

"Dia ada seorang ayah, Aimir Rifqi." Faisal tersentak.

"Aku pernah dengar nama tu." Raizin mengangguk. Dia dah agak.

"Memang kau pernah dengar. 20 tahun lepas, dia sepatutnya waris EKR Group yang berpangkalan di Amsterdam dan diorang pernah berurus niaga dengan company mak kau." Faisal masih tekun mendengar. Dia pernah dengar tentang EKR Group. Company yang terkaya di Malaysia.

"Tapi lepas orang tua yang jadi pengurus EKR Group meninggal, tiada sesiapa yang mendapat warisan dari Group tersebut." Raizin berhenti sejenak untuk mengingati cerita yang dia tahu.

"Tapikan bukan ke Aimir yang jadi waris? Bapa Fazlin? Kenapa tiba - tiba tiada?" Faisal masih tidak berpuas hati.

"Dia lari. Selepas berita dia berkahwin tanpa restu, dia terus lari. Yang aku tahu, ramai orang cakap isteri dia juga turut menghilang tapi bukan bersama dia. Dia bawa anak dia dan menyembunyikan identitinya sehinggalah sekarang. Kes keluarga Aimir hilang masih misteri, tiada sesiapa yang jumpa keturunan Aimir. Company tersebut masih beku. Tiada sesiapa pegang, tapi berkemungkinan ia akan bangkrap atau di beli orang lain. Tu je yang aku tahu. Yang soal mak dia, aku masih tak tahu. Soal kahwin tanpa restu itu pun aku belum pasti lagi. Ada yang mengatakan mak budak ni masih hidup, ada juga yang cakap dia dah meninggal." Raizin menghirup milo aisnya setelah penat bercerita. Kes kali ini yang dia kendalikan sendiri agak menarik.

"Oklah, kalau ada apa - apa call je aku. Apa je yang kau dapat tak kira hal besar atau kecil, bagitau je aku. Jangan bagitau kat orang lain. Aku ada hal." Faisal terus keluar dari kedai makan tersebut. Rupa - rupanya Fazlin bukan gadis biasa

Sorry guys, johor tak kemarau, tapi idea aye yang kemarau😅. Jangan risau, update still ade. Just tak tentu. Sesapa nak tolobg? Kasi idea? Pleeeeeeeesssss guys?🙏

Kisah Hidup Seorang Gadis #Wattys2017Donde viven las historias. Descúbrelo ahora