What?! Kau Bukan Duda 27

1.5K 96 2
                                    

Kenapa? Wanita tua yang pernah menjaganya dulu berubah sangat teruk? Walaupun wanita tua itu seakan kejam terhadap dirinya. Namun masih dia hormati.

"Apa yang jadi sebenarnya?" Fazlin menyorok disebalik tembok sambil mencuri - curi lihat kepada mak tirinya yang seperti orang gila. Dengan rambut yang serabai, baju yang agak lusuh dan kelihatan seperti tidak mandi. Lengannya pula kelihatan kesan darah - darah kering. Badannya pula semakin susut. Hendak menegur rasa takut mula hadir.

Setelah kelihatan tubuh badan wanita tersebut hilang, dia mula menjejak kakinya ketingkat atas.

Reaksi pertama ketika masuk ke rumah sewa maknya itu, adalah terkejut.

"A... Apa dah berlaku ni?" Dia masuk perlahan - lahan kedalam rumah tersebut. Disebabkan rumahnya yang agak kecil, jadi ruang dapur terletak dipintu keluar rumahnya baru lah ada ruang tamu.

Keadaan rumah tersebut memang luar jangkaan. Dengan baju yang terabur, dan seperti ada debu - debu putih yang memenuhi ruang lantai setiap penjuru.

Bantal - bantal yang berterabur, meja kaca yang sudah pecah berderai beserta television yang sudah tiada rupa. Peralatan - peralatan dapur dan bahan masak sudah tidak ada rupa. Peti sejuk juga sudah terbalik.

Dia melihat bilik maknya dan bilik lama dia turut tunggang - langgang. Namun ada satu bilik yang tertutup, bilik adiknya.

Terkunci.

Mungkin adiknya kunci dari dalam. Dia meletakkan beg sekolahnya ke lantai dan mengangkat sedikit kain sekolahnya. Dengan menggunakan bahu, dia menghentak pintu tersebut sekuat mungkin. Kunci rumah tersebut tidaklah terlalu kuat.

Kemas. Bilik adiknya masih kemas. Apabila dia berdiri di meja hias adiknya dia ternampak satu kotak hitam. Dibukanya perlahan dan laju menutup setelah mendengar seperti orang memasuki rumah tersebut.

"Maizirah!!!" Dua orang lelaki cina masuk ke dalam rumah sewa maknya dengan membawa kayu yang mempunyai paku dihujung.

Fazlin laju bersembunyi ke tepi almari yang berada disebelah tingkap.

"Maizirah!! Kau keluar sekarang!!!" Fazlin masih lagi berdiam diri. Hatinya semakin berdebar.

Dumm!!!

Terkejut Fazlin apabila mendengar seperti seseorang sedang menghentak barang dengan senjata berat. Dikemaskan langsir supaya menutup seluruh tubuhnya. Namun apabil dia teringat begnya di luar, dia menelan air liur. Berharap sangat orang tersebut tidak perasan kehadirannya.

"Rasanya dia tak de lah. Mau mati itu orang kalau gua jumpa." Lelaki pertama bersuara sambil menggenggam penumbuk.

"Lu call bos. Besok suruh orang lain jaga rumah ni, sampai jumpa   dia, jangan lepaskan dia." Mereka berdua beredar.

Setelah menunggu beberapa minit namun masih tidak kedengaran apa - apa, dia menjengukkan kepalanya untuk melihat keadaan diluar.

Terduduk dia dikatil adiknya. Mahu tercabut jantungnya.

"Ah long ke tu? Takkan lah?" Fazlin mengambil baju - baju Athyrah dan dimasukkan kedalam beg sekolah Athyra.

Semasa dia mahu mengambil begnya dihadapan pintu bilik, dia terkejut apabila begnya tiada.

"Aduh, tak akanlah diorang ambil beg aku? Aduh!!! Assignment aku dalam tulah! Ah, kalau nak ambik, ambiklah barang berharta sikit... Beg 3 tahun lepas tu jugalah korang nak ambil." Fazlin keluar dari biliknya sambil mulut terkumat kamit memarahi cina - cina tersebut.

"Eh, Fazlin. Apa kamu buat kat dalam?" Makcik Leha terkejut melihat anak dara jirannya ada dirumah. Bukankah tadi ada lelaki batu masuk?

"Tak ada apa - apa, cuma ambil barang Athyrah." Makcik Leha mengangguk.

"Athyrah kemana? Dah lama tak nampak Athyrah. Buat hal lagi ke?" Fazlin tersenyum.

"Tak lah. Dia ada di rumah saya. Saya nak tanya makcik, makcik tahu tak lelaki yang datang tadi?" Sengaja Fazlin menukar tajuk perbualan, tidak mahu membuka aib adiknya yang sedang mengandung.

"Kamu tak tahu? Mak kamu tu dah banyak kali kalah judi. Dan sekarang dia ada menghutang dengan ah long." Fazlin mengeluh mendengarnya. Tak cukupkah duit yang selama ini dia beri? Matanya meliar melihat rumahnya. Tapi matanya terpaku pada satu benda yang terselit di celah - celah baju.

Terbuntang matanya apabila melihat serbuk putih yang masih dibungkus plastik dan alat - alat khas. Dia tahu alat apa tersebut.

Dadah!

Dia tidak menyangka sampai begitu sekali. Jadi selama ni maknya hisap dadah?

Hi guys, sorry lmbt update. Lepas exam mmg busy gila2. Cg pun 98% meroyan😂 habis x rehat lngsung. Yang ambik result spm 16mac aritu congrat. Tak kira apa pun keputusan jgn giveup, perjalanan masih panjang. Jgn ingat kita gagal skang gagal selamanya. Ok? Bye2👋👋

Kisah Hidup Seorang Gadis #Wattys2017Where stories live. Discover now