What?! Kau bukan duda 4

4.9K 218 38
                                    

Fazlin membonceng Am. Terpaksa dia membawa perlahan supaya Am selamat. Minta ajal awal kalau dia merempit dengan anak orang.

"Am, Am tunggu dekat pintu tu. Mama nak kunci motor dulu." Am mengangguk dan berlari kearah pintu rumah Fazlin. Fazlin sedikit mengeluh.

Setelah semua selesai, dia membuka kunci dan masuk. Tapi Am hanya berdiri diluar.

"Kenapa tak masuk?" Fazlin sudah kembali dihadapan Am.

"Ni rumah siapa mama? Papa cakap Am tak boleh masuk rumah orang sesuka hati." Fazlin tersenyum simpul. Naif sungguh Am ni.

"Ni rumah mama. Am masuk heh?" Am masih lagi kelihatan ragu.

"Bukan ke rumah mama kat rumah papa?" Fazlin kembali tersenyum.

"Ni rumah mama, rumah baru. Jom, Am masuk lepastu mandi. Mama nak masak." Am mengangguk. Fazlin menghantar Am kesebuah bilik air. Fazlin mengambil baju Am dan memasukkan kedalam sebuah mesin basuh.

"Apa aku nak masak?" Dia terus menuju kedapur dan membuka peti sejuk. Cukup menyesal dia tidak membeli makanan diluar tadi. Didalam peti sejuk tiada apa - apa, hanya telur sebiji dan kicap. Memang tu yang dia makan setiap hari. Dia mengeluh kecil. Ketika dia berpusing - pusing mencari idea untuk memasak, pintu rumahnya bunyi diketuk. Laju dia membuka. Seorang lelaki dengan beg disekelilingnya. Dikerling seketika oleh Fazlin, barang basah.

"Ni rumah Cik Fazlin?" Fazlin tersentak apabila disebut namanya. Tengah usha - usha makanan orang boleh ditegur. Fazlin mengangguk.

"Ni, Encik Faisal ada kiriman buat Cik." lelaki tersebut menghulur plastik - plastik tersebut. "Nak letak mana ni?" Lelaki tadi menyambung. Fazlin menunjukkan dapurnya. Pastas lelaki tersebut meletakkan semua barang.

"Mama!" Am dengan tuala yang agak besar datang berlari kearah Fazlin. Nasib baik tuala tersebut tak tercabut.

"Mama, baju Am mana?" Am memeluk kaki Fazlin. Dia tersenyum. Baru sahaja dia nak menjawab, Am terlebih dahulu menjerit.

"Uncle Amzri!!" Am terus berlari kearah lelaki yang dipanggil Uncle Amzri, baru Fazlin tahu nama lelaki tersebut. Amzri mendokong Am sambil sibuk melayan celoteh Am. Fazlin terus meninggalkan mereka untuk mengambil baju Am. Dia datang semula kearah mereka.

"Nah, pergi pakai baju kat bilik." Am segera turun dari dukungan Amzri dan menyambut huluran Fazlin lalu berlari kearah tangga untuk menuju kearah biliknya. Fazlin dan Amzri hanya tersenyum.

"So, awak ada hubungan sedarah dengan Faisal?" Fazlin memandang Amzri. Amzri menggeleng. Fazlin mengangguk lalu menuju ke dapur. Sebenarnya dia masih pelik, namun bila diingat balik bahan basah yang ada didapurnya dia harus berkemas dan memasak.

"Tapi dia tadi panggil awak uncle?" Fazlin masih bertanya walaupun tangannya laju melakukan kerja. Dia tahu Amzri mengikutinya dibelakang.

"Saya secretary Faisal je. Ni pun dia yang suruh saya cari alamat awak dan hantarkan semuanya ni. Ikutkan saya masih nak bergolek kat kerusi kerja saya." Fazlin ketawa kecil diikuti Amzri.

"Kira tak ikhlas lah ni?" Fazlin mengangkat kening kanannya sambil tersenyum.

"Kalau tak ikhlas mungkin saya dah hantar kerumah saya, buat isteri saya." Fazlin dan Amzri sekali lagi ketawa. Ketawa mereka berhenti ketika Am sudah sampai didapur dengan rengekannya.

"Mama, Am lapar." Am menarik - narik selura Fazlin yang masih sibuk melakukan kerja.

"Oklah, saya nak pergi balik. Kesian anak dan isteri saya. Fazlin hanya tersebyum manis dan mengangguk.

"Kejap tau Am, mama baru nak masak." Am yang faham terus duduk dimeja makan menunggu Fazlin siap memasak. Fazlin hanya memasak ayam goreng kerana ia lebih mudah lalu dia memasak nasi.

Kisah Hidup Seorang Gadis #Wattys2017Where stories live. Discover now