What?! Kau Bukan Duda 5

4.6K 189 20
                                    

"Kalau macam tu, saya packing barang dulu." Baru sahaja Fazlin berpusing, Faisal menahannya.

"Awak nak packing baju heh?" Fazlin mengangguk. "Tak perlu, ambik barang sekolah awak je dengan keperluan yang lain. Yang berkaitan dengan pakaian awak tak perlu bawa." Fazlin agak hairan namun dia hanya turuti.

"Assalamualaikum, mama. Masuklah, beg tu nanti saya bawa. Awak masuk dulu dengan Am." Fazlin hanya mengangguk dan membawa Am masuk. Baru sahaja masuk, seorang mak cik datang kearahnya dengan wajah yang teruja. Sempat Fazlin menjeling ke belakang mencari Faisal tapi Faisal juga tiada, begitu juga dengan keretanya. Tiba - tiba dia dipeluk.

"Fazlin kan? Betul tak?" Fazlin hanya tersenyum kekok lalu mengangguk kecil. "Mari masuk, mama Fiyah dah sediakan bilik untuk Fazlin." Mak cik yang mengelarnya dirinya mama Fiyah menarik tangan Fazlin. Fazlin sedikit hairan, bilik? Jejak sahaja kebilik tersebut, dia terpegun kerana bilik tersebut besar dua kali ganda dari biliknya dan cukup elegan.

"Faz duduk dibilik ni tau?" Mama Fiyah duduk dihujung katil berwarna perang. Fazlin masih tercegat memerhati keseluruhan bilik. Macamana tidak kagum, kalau dibilik pun ada sofa dan television serta bilik air. Dah macam ruang tamu, bukan. Macam satu rumah dah bilik ni. Tinggal letak dapur je.

"Baju mama Fiyah ada sediakan dalam ni. Kalau Fazlin tidak keberatan, mama Fiyah minta Fazlin pakai tudung apabila berada dirumah ni atau diluar ye." Lembut suara mama Fiyah menyapa gendang telinga. Baru dia perasan, mama Fiyah memakai tudung walaupun didalam rumah. Terasa kecil dirinya kerana memang sejak kecil dia jarang memakai tudung. Agaknya pendapatnya sebelum ini tentang memakai tudung itu tidak penting itu tersilap. Banyak lagi dia harus belajar walaupun dirinya sudah akil baligh.

"Faz jangan marah. Kalau Faz tidak biasa, Faz boleh mula perlahan - lahan." Mama Fiyah memeluk bahu Fazlin apabila Fazlin mendiamkan diri.

"Eh tak. Untie jangan risau, Faz akan pakai tudung. Tapi Faz nak minta tolong untie untuk ajar Faz pakai tudung boleh?" Fazlin tersenyum malu. Ye, memang dia malu.

"First, panggil saya mama Fiyah je. Second, nak belajar pakai tudung boleh. Mama Fiyah tak kisah, lagipun memang tu niat mama Fiyah." Fazlin cukup terharu dengan niat mama Fiyah. Dia je tidak pernah berfikir mahu memakai tudung. Dia hanya mengangguk.

"Tapikan, bukan ke Faz cuma jaga Am buat sementara waktu?" Fazlin sedikit hairan, dia teringat tawaran Faisal tadi.

"Mama tahu tentang keluarga kamu, dan mama teringin nak jadikan kamu anak angkat. Boleh ya?" Fazli agak terkejut tapi lama - kelamaan dia mengangguk. Selepas itu mama Fiyah keluar dari biliknya. Fazlin terduduk termenung dihujung katilnya.

"Sebenarnya dah lama." Fazlin terkejut, rupa - rupanya Faisal bersandar di hadapan pintu biliknya. Yelah, takkan dia nak masuk ke bilik anak dara orang. Mahu kena cop perogol tak pasal - pasal.

"Maksudnya?" Fazlin agak hairan. Apa yang lama?

"Dah lama dia nak ada anak perempuan selepas..." Fazlin masih mendengar.

"Tapi lepas dia disahkan tak boleh mengandung lagi lepas bersalinkan saya, semangatnya mejadi lemah. Tapi, lepas ayah saya meninggal, dia terus jadi bersemangat untuk menjaga kami berdua. Dia berusaha menjaga syarikat yang ayah saya bina dan menjaga kami sehingga kami berjaya. Tapi dia sedikit berubah setelah abang saya mengikuti jejak ayah saya selepas dia kahwin. Kakak ipar saya juga pergi. Tapi sejak dia tahu Am masih hidup, dia terus buang semua aura sedih dia dan mula menubuhkan rumah anak yatim berdekatan sini. Semuanya disebabkan kami dan Am. Am memerlukan kasih sayang seorang ibu, tapi dia tidak mampu memberi apa yang Am perlukan walaupun dia sudah berusaha. Petang tadi, saya bagi tahu tentang awak mahu menjaga Am, dan dia sungguh gembira. Entah bagaimana, dia boleh menghias bilik ni menjadi secantik ni." Faisal ketawa kecil untuk menahan hiba dihati. Sungguh besar pengorbanan mamanya terhadap dia dan abangnya serta Am, tapi tidak sangka ada yang sanggup melukakan hati mama sebegitu.

Kisah Hidup Seorang Gadis #Wattys2017Where stories live. Discover now