What?! Kau Bukan Duda 12

2.8K 154 7
                                    

"Kamu ada masalah ke?" Datin Afiyah duduk di sebelah Fazlin yang termenung memandang buku natematiknya. Bukannya dia stress dengan soalan matematik tersebut, tapi fikirannya telah terbang kelangit.

"Tak adalah mama." Fazlin menggeleng sambil memandang ke taman belakang rumah. Am tidak ada dirumah kerana dia telah ikut Mak Mah ke pasar raya. Kesian Mak Mah harus menjaga Am, tetapi apabila dia ingin ikut teman, Mak Mah menolak.

"Kalau kamu ada masalah, kamu cerita je. Kalau mama boleh tolong, mama akan tolong." Fazlin tersenyum. Tolong? Cukuplah sebelum ini keluarga Datin Afiyah banyak menolongnya walaupun baru beberapa hari berkenalan. Rasa bersalah mula menerja kehatinya. Lagipun mustahil dia ingin membuka aib adiknya itu. Adiknya juga punya maruah yang perlu dijaga.

"Tak, cuma tadi dalam kelas tak berapa sihat. Tu cuba refresh balik apa yang cikgu ajar." Fazlin mula mengemas bukunya. Dia tidak boleh kelihatan lemah. Dia tidak mahu selalu ditolong.

"Kalau macam tu, apa kata kalau malam ni minta Faisal ajarkan kamu subjek yang kamu tak faham?" Zuppp. Tepat di hati Fazlin. Makin rasa bersalah tersebut meninggi. Kenapa mereka terlalu baik? Dia takut jika tercalarkan hati mereka semua padahal mereka selalu menolong dia.

"Tak, tak pe. Kan nanti Faisal nak kena rehat. Lepas balik kerja tak kan nak tolong Fazlin pula. Kesian dia." Fazlin memandang wajah Datin Afiyah. Sangat berseri.

"Apa salahnya? Saya ok je." Terkejut Fazlin apabila mendengar suara garau menyapa belakangnya. Nasib baik dia memakai tudung. Sejak dia memakai tudung, dia semakin segan ingin menunjukkan mahkotanya itu kepada lelaki.

"Tak, tak pe. Tak perlu. Err, baru balik ke? Nak makan apa - apa ke? Minum?" Faisal dan Datin Afiyah tersenyum lalu Faisal menggeleng.

"Awak dah makan belum?" Fazlin terdiam. Datin Afiyah terus bangun dan menepuk bahu Fazlin.

"Ha, ajak sekali Fazlin makan. Dia dari balik sekolah tadi tak makan." Badan Fazlin ditolak Datin Afiyah.

"Eer, kalau gitu saya letak barang dululah." Fazlin mengambil bukunya dan menuju kebiliknya tingkat atas.

"Kamu kena banyak usaha. Fazlin seorang gadis yang unik. Mama serahkan dia dalam perjagaan kamu selama mama pergi ke Singapore lusa. Sampai mama dapat dengar apa - apa yang berkaitan Fazlin..." Datin Afiyah tersenyum manis. Namun Faisal meneguk liur. Cuma ahli keluarganya yang faham maksud senyuman tersebut.

"Dah, tu Fazlin dah turun. Kamu pergi tukar baju, busuk. Mama dengan Fazlin nak hidang makanan." Belum sempat Datin Afiyah berjalan, tangannya dicapai Faisal.

"Ma, Am mana? Tak nampak pun dari tadi. Tidur ke?" Faisal memandang ke tingkat atas, sunyi.

"Tak, dia ikut Mak Mah pergi ke pasar." Faisal mengangguk.

"Oh ye ma." Faisal menahan tangan mamanya lagi. Riak wajah Datin Afiyah sudah berubah, namun senyuman masih dibibirnya. Ia kelihatan lebih menakutkan sehingga boleh terasa aura disekelilingnya berubah. Faisal tersengih sambil mengaru kepalanya.

"Nombor telefon kawan Faisal yang doktor tu, Faisal dah hantar kat whatapps." Wajah Datin Afiyah berubah sedia kala, dia mengangguk dan terus beredar. Faisal menarik nafas lega. Nasib baik tak terlepas.

"Kamu dah panaskan semua?" Datin Afiyah menegur Fazlin yang sedang mengeluarkan pinggan dan sudu serta cawan. Fazlin hanya mengangguk lalu dia mengambil jug untuk membuat air.

"Oh ye, buat milo ais ye. Kejap lagi Am dan Mak Mah pasti akan balik." Datin Afiyah menghidangkan lauk yang sudah dipanaskan.

"Er, mama." Fazlin menegur Datin Afiyah apabila sudah berdiri dihadapan meja bersebelahan Datin Afiyah.

"Ye." Lembut suara Datin Afiyah.

"Faisal kerja apa?" Datin Afiyah memandang wajah Fazlin dan menoleh ke kerjanya semula.

"Apa kata, kamu panggil Faisal tu abang? Dengar lebih hormat." Kening Fazlin terangkat. Abang? Belum pernah dia memanggil sesiapa abang kecuali anak jirannya. Tapi itu tiga tahun lepas. Lepas sahaja lelaki itu di pindahkan ke Kuala Lumpur, dia langsung tidak pernah sebut perkataan tersebut.

"Abang Faisal?" Datin Afiyah menepuk tangannya kuat sehingga Fazlin terundur kebelakang sedikit.

"Sedap mama dengar." Senyuman Datin Afiyah makin melebar. Dihati dia berharap agar suatu hari panggilan tersebut akan lebih bermakna kepada mereka berdua.

"Tadi Fazlin tanya kerja abang Faisal heh? Dia manager syarikat architect, dan dia tolong mama usahakan butik mama." Fazlin mengangguk. Setelah dia siap menyusun semua, dia menuang milo ais kesemua cawan.

"Jadi mama masih CEO di syarikat tu?" Kali ini Datin Afiyah pula mengangguk.

"Apabila umur dia genap 30, baru mama akan kasih jawatan CEO tu kepada abang Faisal." Mereka berhenti daripasa membuat kerja apabila semua sudah sedia. Fazlin tidak memberi apa - apa reaksi, namun Datin Afiyah tahu Fazlin faham.

"Mama!!" Fazlin memandang Am yang berada didalam dukungan Mak Mah. Dukungan Am bertukar tempat. Am memeluknya erat. Dia dapat merasakan Am ingin kasih sayang seorang ibu darinya. Dia pernah merasai ditinggalkan ibu, jadi dia harus menjaga Am dengan baik bagi membalas jasa keluarga ini.

"Dah, meh sini. Mama je? Nenek?" Am dan Fazlin ketawa melihat Datin Afiyah yang sudah memuncung. Mak Mah turut tergelak.

"Faisal belum turun lagi ke?" Datin Afiyah menjenguk ketingkat atas.

"Faisal tolong angkat barang kat depan dengab Pak Arip." Datin Afiyah mengangguk. Teringat dia driver keluarga ini. Pak Arip, mungkin sebaya dengan Mak Mah.

"Fazlin kedepan kejap." Mak Mah dan Datin Afiyah hanya tersenyum.

"Eh, nak pergi mana?" Faisal menegur apabila mereka bertembung. Pak Arip turut berada dibelakang Faisal sambil tersenyum.

"Ingatkan nak tolong angkat. Ada lagi ke?" Faisal hanya tersenyum sambil mengangguk sebelum berkata, "Boleh ke nak mengangkat?" Fazlin turut tersenyum ceyh, dia belum kenal dengan Fazlin. Tanpa memperdulikan mereka berdua, dia menuju ke kereta yang bonetnya mssih terbuka. Kelihatan tinggal beberapa bungkus sahaja yang ada.

Dia mengangkat barang dan diletakkan di lantai untuk menutup bonet kereta. Lalu dia terus mengangkat barang - barang tadi ke dapur. Kelihatan semua sedang berkemas. Faisal yang melihat Fazlin sedang berjalan laju mengambil dari pegangan Fazlin sambil tersenyum lagi dan meletakkannya di kabinet.

Petang itu, mereka makan bersama - sama tidak kira Mak Mah ataupun Pak Arip serta dipenuhi gelak tawa daripada mereka kerana Am.

Kisah Hidup Seorang Gadis #Wattys2017Where stories live. Discover now