What?! Kau bukan duda 1

10.9K 251 5
                                    

"Ye makcik?" Fazlin tersenyum memandang pelanggannya.

"Makcik nak pisang goreng seringgit dengan nasi lemak 50 sen dua." Fazlin mengangguk lalu menyediakan semua pesanan makcik tersebut lalu diserahkan kepada makcik tersebut. Selepas itu, dia terus duduk disebelah Aisyah, rakan sekerjanya. Dia cuma bekerja di sebuah gerai tepi jalan.

"Tu je kan?"tanya Aisyah dengan matanya yang masih ditutup. "Haah." Fazlin mengangguk lalu melihat jam. 1.45 petang, nasib baik dia dan Aisyah cuti. Bolehlah diorang rehat dahulu. Sejak pagi gerai mereka langsung tidak berhenti pelanggan, dah lah pelayan dua orang je. Bos pula entah kemana.

"Lepas ni kau nak pergi mana?" Fazlin memandang Aisyah. Aisyah seakan - akan sedang berfikir.

"Assignment kita geografi kan? Kau dah siap?" Fazlin menggeleng, lalu Aisyah tersenyum.

"Jom, aku nak buat assigment kat pusat komputer yang belakang sekolah tu." Fazlin memandang Aisyah lalu mengeluarkan dompet merah hitamnya. Di dompetnya hanya ada RM50. Cukuplah untuk dia melakukan kerjanya itu. Dia mengangguk.

"Hari ni kau ada kerja tak?" Fazlin pula bertanya. Aisyah menggeleng. Aisyah memandang Fazlin seakan - akan bertanya soalan yang sama.

"Malam ni, cafe abang aku buka, lepas tu kedai buku sebelah pusat komputer tu pun bukak 12 jam malam, aku ambik shift separuh je, sampai subuh." Aisyah hanya mengangguk. Bukan dia tidak tahu perangai Fazlin yang bekerja tidak kira waktu. Sampai rehatnya juga tidak cukup. Kekadang dia sendiri risau dengan kesihatan Fazlin, padahal Fazlin hanya mengambil remeh hal kesihatannya. Namun begitu, keputusan pelajaran Fazlin langsung tidak mengecewakan kerana walaupun bekerja, dia sempat mengulangkaji pelajaran. Seperti sekarang, apa lagi kalau bukan buku sains yang dipegangnya kerana lagi sebulan mereka berdua akan menghadapi peperiksaan pt3 sebenar.

"Semua jualan dah habis?" Suara seseorang kedengaran dihadapan mereka. Mereka hanya mengangguk kerana mereka tahu siapa dihadapannya, siapa lagi kalau bukan bos mereka Mak Timah. Setiap jam 2 petang, Mak Timah akan datang untuk menolong mereka berdua mengemas gerai tersebut.

"Kerja kamu berdua bagus, lusa saya akan beri gaji masing - masing ok?" Aizyah dan Fazlin memandang satu sama lain sambil tersenyum lalu mengangguk.

Mak Timah suka Fazlin dan Aisyah bekerja di gerainya kerana semua makanannya akan laris tepat jam 2 petang. Lagipun mereka berdua tidak gemar merungut dan tidak manja. Kerja mereka memang berbaloi dengan apa yang dia bayar setiap bulan.

Setelah selesai semuanya, Fazlin menghidupkan motornya sambil menunggu Aisyah yang sedang mengambil beg dan fail kerja mereka.

Mereka menuju ke dalam pusat komputer tersebut.

Setelah selesai semua kerja mereka, tepat jam 6.30 petang mereka pulang. Amirah tinggal di rumah teres berdekatan pusat komputer tersebut, tetapi Fazlin tinggal di flat yang berdekatan sekolahnya. Ketika Fazlin balik, apa lagi kalau bukan jiran dia yang terlebih rajin membuat mesyuarat tingkap diluar rumah, siap ada tikar dengan kipas lantai lagi. Nak berkemah ke apa?

"Kau pergi mana?!" baru sahaja masuk dia sudah diherdik dengan suara maknya.

"Lepas kerja, Fazlin buat kerja sekolah dengan Aisyah kat pusat komputer." Fazlin tidak berani melihat wajah maknya yang bengis itu. Entah kenapa maknya sangat membencinya.

"Kau buat apa nak membazir pergi sana?! Kat rumah kau tak boleh tulis pakai tangan ke?!" betul, sekarang ni nafsu marah Fazlin dah sampai memuncak.

"Masalahnya, ni kerja Fazlin. Duit pun Fazlin yang cari. Mak nak marah kenapa? Fazlin bukannya berfoya - foya macam Athyrah tu. Kerja ke salon dengan pusat karaoke je. Kerja tak nak." siapa Athyrah? Siapa lagi kalau bukan adik 'kesayangannya' itu. Kerja tak pernah betul.

Kisah Hidup Seorang Gadis #Wattys2017Where stories live. Discover now