Teaser

728 54 4
                                    

"Kenapa lepas beberapa tahun saya pergi dari semua ni, awak buka lagi kisah kita yang dah lepas?" Fazlin mengundurkan tapak selangkah demi selangkah apabila Faisal turut melangkah kearahnya secara perlahan.

"A..." Belum sempat Faisal mahu bersuara, kedengaran ketawa sinis Fazlin, "Kisah kita? Kita tak pernah ada apa - apa kisah selain  dari bos dengan babysitter aje. Tak lebih dari itu. Jadi kenapa? Bukankah Laela cinta pertama awak?!" Fazlin menggenggam tangannya sehingga menggigil untuk menahan rasa menangis.

Kalau diikutkan mahu sahaja dia nangis.

Biar padan muka Faisal dituduh mengapa - apakan dirinya.

Tapi, dia tak nak tunjuk cengeng. Eleh, bajet lah kau Fazlin!

"Siapa cakap kita tak ada kisah? Semua memori kita sayang nak lupa macam tu aje?" Faisal cuba menggapai tangan Fazlin, namun gagal apabila Fazlin laju menyembunyikan tangannya kebelakang badan.

"Kisah? Yang saya tahu dulu saya macam orang bodoh. Jadi orang tengah antara awak dan Laela. Itu yang awak cakap kisah kita?" Fazlin ketawa paksa apabila mengingati sejarah kelamnya ketika di Malaysia.

Sekarang dia Fazlin yang baru.

Dan dia juga mahu cipta kisah yang baru.

"Tak ada sesiapa yang jadi orang tengah."

"Jadi apa?! Saya ni seakan - akan perampas! "

"Fazlin!" suara  Faisal naik seoktaf membuatkan fazlin dan dia diam seketika. Nasib baik mereka jauh dari orang awam yang lain. Kalau tidak pasti jadi tontonan orang.

Tapi warga sini bukan macam di malaysia yang tukang kaki viral.

Jadi orang awam disini pasti tidak akan peduli kehadiran mereka.

"Dah sembilan tahun berlalu. Kalau betul awak sayangkan saya, kalau betul awak cintakan saya, mana? Mana awak pergi selama ini?!" Fazlin mengelap hidungnya yang sudah merah.

Keadaan sejuk disitu membuatkan di menyesal tidak memakai baju sejuk. Sudahlah hari waktu malam, lagilah sejuk dengan angin yang tidak berhenti. Dengan hanya berjubah dengan shawl sahaja, memang boleh mati beku dekat situ.

"Sayang yang lari. Sayang yang tak nak dengar penjelasan abang. Sayang tak nak tahu perkara yang sebenar. Sembilan tahun tu tempoh masa yang sangat panjang untuk abang cari sayang tanpa tahu erti putus asa. Lepas jumpa Fazlin di Terengganu dua tahun lepas, tu buat abang tarik nafas lega. Masa tu memang hati abang dah tentukan Fazlin sahaja yang boleh bertahta dihati abang." Suara Faisal perlahan seperti memujuk.

"Saya tak peduli semua tu. Useless! Sekarang saya cuma mahukan ketenangan, jauh dari awak, lupakan awak, dan lupakan semua yang berlaku." Fazlin menutup matanya menahan air mata yang mahu mengalir keluar. Namun gagal apabila dia dadanya terlalu sebak. Semua yang dikatakan adalah berlawanan dari fikiran dan hatinya. Itu yang membuatkan dia semakin sakit.

"Abang pun dah tak peduli, semua itu hanya masa lalu. Tapi satu sahaja yang abang nak sayang tahu. Abang tak tahu siapa di dalam hati sayang, tetapi dalam hati abang cuma ada sayang."

Fazlin yang masih menutup mata mendengar derapan tapak kaki namun tidak berapa jelas apabila fikirannya berserabut. Apa yang dia tahu Faisal sudah tinggalkannya.

Terbuntang mata Fazlin apabila ada orang menutup badannya menggunakan jacket yang agak besar. Rupa - rupanya Faisal tidak meninggalkan dia.

Dia memandang wajah Faisal yang masih ada senyuman yang cukup manis.

Dengan perlahan, Faisal mengelap air mata Fazlin menggunakan jarinya. Kalau diikutkan, mahu sahaja dia memeluk gadis dihadapannya ini. Tapi dia masih waras, walaupun bukan di Malaysia, namun dia tetap tiada apa - apa ikatan yang sah.

Tangisan Fazlin juga semakin kuat apabila melihat senyuman Faisal. Tangisan yang dia cuba tahan selama ini hancur begitu sahaja dihadapan Faisal.

Cuaca juga semakin sejuk namun orang umum masih tidak kelihatan berkurangan.

Kisah Hidup Seorang Gadis #Wattys2017Where stories live. Discover now