TEASER

822 63 1
                                    

"Abang." Suara merdu Fazlin menyentuh gegendang telinga Faisal. Apabila dia duduk disebelah suaminya, Faisal terus menarik lembut kepala Fazlin dan disandarkan di dadanya.

Rasa nyaman apabila Faisal sentiasa di sisinya.

"Ye sayang? Ada apa?" Faisal mengelus lembut rambut Fazlin.

"Kita dah kahwin lima bulan kan?"

"Haih, baru lima bulan pun kira?"

"Yelah, sayang pun tak pernah duduk dengan mana - mana lelaki lama sampai lima bulan tau."

"Dulu tu? Duduk dengan abang?" Fazlin tersenyum, "Tak sampai lima bulan. Tiga bulan je."

"Kenapa? Dah kahwin lima bulan ni dah ada isi ke?" Faisal mula mengelus perut Fazlin, namun laju Fazlin menahan tangan Faisal dan digenggamnya.

"Heysh, mana ada." Faisal hanya ketawa, dia tidak akan memaksa isterinya ini kerana dia tahu ini semua masih baru.

"Tak, sejak kita kahwin kan... Abang tak pernah sebut I love you kat sayang." Faisal masih setia mendengar, "kenapa abang tak pernah sebut ayat keramat tu?"

"Haha, nak tau tak? Ayat I love you tu bosan, dah tak ada harga. Sekarang paling mahal minyak. Abang panggil sayang minyaklah nak?"

"Eee, ayat instagram. Lagilah bosan." Fazlin memeluk tubuh sambil memuncung, konon nak merajuk.

"Ok lah. Tapi kenapa kena sebut ayat tu?"

"Ayat itu kan indah, lagi - lagi buat pasangan macam kita." Fazlin kembali memeluk badan Faisal kerana malam ini agak sejuk dan sejak - sejak ini perangai Fazlin agak manja dengan Faisal.

Cari perhatian gitu...

Alah, suami sendiri. Tak apalah.

"Betapa indah pun perkataan, tak sama untuk menyatakan cinta abang pada sayang." Fazlin tersenyum kecil dan menyorok wajahnya di dada Faisal.

Acah malu. Sendiri yang nak dengar ayat jiwang suami sendiri.

"Te amo." Faisal berbisik di telinga Fazlin, laju Fazlin mengangkat kepalanya.

"Apa tu? Ayat jampi eh? Pandai abang main jampi - jampi sekarang eh?" Faisal ketawa.

"Buat apa lah abang nak jampi sayang? Abangkan dah dapat sayang? Dah, jom tidur. Melayan sayang sampai besok tak habis." Fazlin dah mula bergerak bangun dari sofa.

"Alah, apa maksud perkataan tu?" Fazlin menarik - narik lengan Faisal namun diendahkan Faisal.

"Alah, tu pun nak berkira." Fazlin terus jalan laju dihadapan Faisal sambil memeluk tubuh.

Merajuk.

Sampai sahaja di lorong bilik mereka, Faisal terus mencempung badan Fazlin sambil berbisik, "I love you so much, cutie pie."

Kisah Hidup Seorang Gadis #Wattys2017Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt