What?! Kau Bukan Duda 24

1.4K 93 8
                                    

"Dah jumpa?" Keadaan warung Pok Nong agak penuh dengan pelanggan. Maklumlah, kedai makan yang agak popular di Terengganu lebih - lebih lagi ia terletak di tepi pantai Mengabang Telipot iaitu pantai Teluk Ketapang.

"Dah, tapi aku tak boleh jumpa dia sekarang." Dikuis - kuis ikan celop tepung yang dipesannya tadi. Ikan celop tepung menjadi kegemaran setiap pelanggan disini.

"Sebab dia nak exam? Dah tu bila? Aku tak rasa syarikat tu dapat bertahan lagi. Orang tua tu dah merancang macam - macam. Sampai syarikat tu jatuh ketangan orang lain, aku tak tau apa akan jadi kat kita akan datang."

Ais jagung disisi dihirup sedikit untuk melegakan segala diotaknya. "Kita tunggu sampai dia dapat result. Jangan jumpa dia, aku tak nak masa hadapannya gelap hanya sebab syarikat tu. Kalau dia gagal, dia mustahil akan dapat bawa syarikat tu. Dia lah harapan kita sekarang."

"Bagaimana pula dengan mak dia?"

"Dari yang aku nampak, rasanya diaorang masih tidak kenal satu sama lain. Tapi lelaki tu mula ingin mencari tahu tentang dia."

"Jadi? Kau nak palsukan DNA tu?"

"Tak, rasanya tak perlu." Beg mula disandang.

"Kau balik sekarang?"

"Haah, ada benda aku kena settle. Kirim salam kat family aku. Aku terlalu rindu kat mereka. Cakap kat diorang tahun depan aku akan balik. 2 bulan ni aku akan cuba telefon diorang kalau ada masa." Lelaki tersebut sudah berdiri. Dipaksa menahan rindu dan sebak yang menggunung didada. Dia terpaksa, itu yang difikirannya.

Sorry guys! Ni untuk bekal sampai cuti mac nnti ye, sebab kejap lagi aye nak exam dan ada streaming klas, kalau ada masalah dgn sub kimia, fizik n addmath, guru besar aye suruh drop😭😭😭 bye2 semua👋

Kisah Hidup Seorang Gadis #Wattys2017Where stories live. Discover now