What?! Kau Bukan Duda 15

3K 168 10
                                    

Kelas bermula seperti biasa. Semasa dia melihat Harris di hadapannya, dia agak risau dengan keadaan Athyrah. Adakah dia baik - baik sahaja? Namun dia paksa dirinya untuk belajar kerana PT3 semakin dekat. Dia yakin Athyrah baik - baik sahaja kerana satu malam dia tidak mendapat apa - apa panggilan daripada Athyrah.

Guru subjek sebelum rehat agak lewat masuk ke kelas, tapi Fazlin tidak sangka yang masuk ke kelasnya adalah orang yang dia kenal, yang dia sudah anggap sebagai keluarga. Laela masuk ke kelas tersebut dengan membawa buku sejarah dan fail yang berkenaan.

Orang pertama yang dia pandang di dalam kelas ialah Fazlin. Mukanya seakan terkejut melihat Fazlin di dalam kelas tersebut padahal dia sudah tahu kelas Fazlin yang mana. Senyumannya tidak hilang dibibir terutama apabila matanya bertembung dengan mata Fazlin walaupun rasa sakit sentiasa bertambah apabila melihat wajah Fazlin. Dia seakan - akan dapat melihat wajah Faisal yang hanya tersenyum kepada Fazlin tidak kepada dia.

Malam semalam, selepas dia berjumpa dengan Fazlin dan Faisal di cafe Haizril, dia sudah membayar seseorang untuk mencari maklumat tentang hubungan Fazlin dan keluarga Faisal.

Fazlin pula merasakan ada sesuatu yang lain pada Laela. Senyumannya seperti sesuatu, tetapi dia tidak pasti apa, jadi dia hanya turut senyum walaupun plastik. Dia juga agak rimas dengan pandangan Laela.

Loceng berbunyi dan semua sudah berkemas untuk rehat termasuk juga Fazlin dan Amirah. Tapi tidak Laela. Dia hanya duduk sambil tersenyum kepada pelajar yang memberi salam sebelum keluar kelas.

Fazlin dan Amirah turut memberi salam sewaktu melalui Laela tanda hormat. Namun laju Laela menghalang.

"Kamu berdua nak rehat kan? Boleh cikgu ikut kamu?" Amirah memandang Fazlin lalu bertanya, "kenapa cikgu?" Laela tersengih, Fazlin masih berdiam diri.

"Cikgukan baru disini, cikgu tak berapa mahir." Fazlin tersentak apabila matanya bertembung dengan Fazlin. Pandangannya bukan seperti sebelum ini. Pandangannya seperti penuh dengan dendam.

"Maaf cikgu, kami ada hal sikit." Fazlin menolak sambil tersenyum.

"Eh tak pe, cikgu teman. Boleh cikgu jalan - jalan tengok sekolah ni sekali." Fazlin memengang tangan Amirah.

"Maaf cikgu, kami tengah urgent. Pergi dulu cikgu, kalau cikgu nak jalan - jalan ajak cikgu lain lah ye." Laju Fazlin menarik tangan Amirah pergi dari kelas tersebut. Laela hanya memandang, wajahnya juga sudah berubah menjadi muram. Aura sekelilingnya menjadi kelam. Penumbuk tangannya di atas meja hanya dibiarkan.

"Asal kau ni?" Amirah menahan Fazlin

"Tak, tak ada apa. Kau tak ingat ke, Datin Afiyah ajak rehat sesama. Tu diorang, kat pondok tu hah." Amirah melihat kearah yang ditunjuk. Memang betul, Datin Afiyah dan Faisal sedang berborak di bawah pondok batu yang agak besar. Dimeja sudah terhidang pelbagai makanan. Mereka berdua berjalan kearah Datin Afiyah dan Faisal

"Assalamualaikum." Amirah dan Fazlin memberi salam serentak. Datin Afiyah dan Faisal memandang mereka dengan senyuman. Sebenarnya mereka sedang berbincang sesuatu, tapi Fazlin dan kawannya itu sudah sampai dahulu jadi mereka berdua berhenti, takut didengari Fazlin dan Amirah.

"Maaf kitorang lambat. Tapi cikgu keluarkan lambat." Fazlin mengambil tempat berhadapan Faisal manakala Amirah duduk dihadapan Datin Afiyah.

"Tak ada lah. Makanan pun dah ada, jom makan. Mak Mah masak tau." Mereka berdua tersenyum girang mendengar masakan Mak Mah. Enak dan sesuai dengan tekak, yang paling penting kualitinya terjamin bersih

"Lepas sekolah kamu berdua free?" Datin Afiyah memandang dua gadis dihadapannya.

"Kitorang tak ada hal. Kenapa ma?" Fazlin dan Amirah memandang Datin Afiyah.
  
"Lagi tiga hari hari jadi Am. Nak cari hadiah tak?" Amirah dan Fazlin berpandangan sambil tersenyum girang. Laju mereka mengangguk.

"Balik ni siap, Fazlin nanti ikut abang Faisal. Amirah, nanti mereka berdua akan ambil kamu dirumah. Tunggu mama nanti kalau dah sampai. Kita pergi Giant je." Faisal yang sedang makan terus tersedak mendengar panggilan abang. Tidak pernah ada yang memanggilnya abang sebelum ini.

"Dah kenapa kamu ni?" Fazlin laju menghulur air putih manakala Datin Afiyah menghulur tisu.

"Tak, apa dia abang?" Datin Afiyah tersenyum.

"Kenapa?" Faisal hanya menggeleng. Habis merah mukanya akibat malu dipanggil begitu. Hey, tidak jadi dia mahu mengontrol macho dia. Fazlin, Amirah dan Datin Amirah hanya ketawa melihat gelagat Faisal.

Tanpa mereka sedar yang kaki yang mula mendekat.

"Eh Fazlin, Amirah. Rupa - rupanya kamu kat sini. Patutlah cikgu tengok kat kantin tak ada." Laela berdiri disebelah Amirah dan Datin Afiyah. Satu meja terkejut dengan kedatangan Laela.

"Ah, cikgu. Kenapa cikgu cari kitorang?" Fazlin berdiri sambil tersenyum. Sempat dia menangkap perubahan wajah Datin Afiyah dan Faisal. Mungkin tidak selesa apabila diganggu waktu tengah makan.

"Tak, cuma nak cakap. Tadi cikgu nak kamu beri kertas kerja rumah kat kawan - kawan. Tapi cikgu dah beri pada ketua kelas kamu. Nanti ambil ye." Laela masih dengan senyuman tidak hilang dari bibirnya.

Sempat Laela memandang wajah Faisal yang langsung tidak memandang kearahnya dengan pandangan sayu. Rasa rindu terubat apabila 5 tahun dia tidak berjumpa dengan suaminya dan Faisal. Faisal dan suaminya memang serupa.

"Oh, ok cikgu. Ada apa lagi ke? Kalau ada apa - apa kita bincang kat kantin jelah." Laela pantas menggeleng kecil.

"Tak pe, cikgu dah nak masuk bilik guru dulu. Maaf ya kacau kamu semua makan." Tiada sesiapa yang menjawab langsung. Hanya berdiam. Sebelum Laela pergi, matanya dan mata Faisal sempat bertembung. Laela sempat lagi memberi senyuman manis namun tidak bagi Faisal. Hanya muka yang tiada perasaan. Rasa kecil hatinya hanya dipendam.
Keadaan menjadi janggal.

"Lepas ni mama nak pergi mana?" Fazlin sengaja memulakan perbualan untuk mengurangkan kejanggalan.

"Ah, mama ada urusan dekat butik dengan rumah anak yatim." Fazlin tidak menjawab, hanya mengangguk. Kedatangan Laela tadi memberi impak negatif kepada Datin Afiyah dan Faisal. Dengan berani Laela menunjukkan muka kepada mereka berdua.

Pasti ada sesuatu yang Laela rancangkan. Datin Afiyah sudah mula risau dengan Laela, mereka berdua harua fikirkan sesuatu.

Kisah Hidup Seorang Gadis #Wattys2017Where stories live. Discover now