Alexander Helena

By Nasyahani

99.4K 4K 384

cover by @-yourinternetgf ▶️ Presents to you, not a cliche one and an unpredictable love story between Carla... More

beginning of Alexander Helena
p r o l o g
0 1 | hola, malaysia!
0 2 | glance
0 3 | stalker
0 4 | drama
0 5 | bad news
0 6 | meet
0 7 | savior
0 8 | trouble
0 9 | target
1 0 | face
1 1 | enemies
1 2 | truth
1 3 | Razfel
1 4 | Syed's
1 5 | will
1 6 | take
1 7 | bump
1 8 | time
1 9 | shock
2 0 | reasons
2 1 | siblings
2 2 | 'Rish'
2 3 | miss
2 4 | test
2 5 | "what?.."
2 6 | deaths
2 7 | Charles
2 8 | visit
2 9 | "...killer"
3 0 | discuss
3 1 | preparation
3 2 | preparation II
3 3 | preparation III
3 4 | preparation IV
3 5 | D-day
3 6 | revenge
3 7 | reception
3 8 | fall
3 9 | safe
4 0 | "menyesal"
4 1 | "our fault"
4 2 | rage
4 3 | "selfish"
4 4 | advice
4 5 | "we've missed something"
4 7 | new target
4 8 | dead
4 9 | "too late"
5 0 | past

4 6 | worried

1K 72 9
By Nasyahani

"Good morning, my little sister."

Ucap Hafiey dengan senyuman nipis di bibirnya saat melangkah ke arah katil adiknya itu.

Satu ciuman diberikan ke dahi Hanis, lalu bunga yang dibawanya diletakkan ke dalam pasu yang turut dibawa bersama.

Kreak.

Pintu wad yang dibuka sekali lagi menandakan seorang lagi pelawat masuk ke dalam wad Hanis. Hafiey tidak menoleh kerana dia tahu siapa gerangan yang baru memasuki wad adiknya itu.

"Hey sunshine," ucap Hazriq pula sambil mengelus perlahan kepala Hanis yang berbalut selendang hitam itu.

Hafiey terus melabuhkan punggung di atas kerusi yang disediakan di sisi katil manakala Hazriq pula selamba duduk di atas katil Hanis.

"Kenapa kau tak masuk office hari ni?"

"Asal kau tak masuk hari ni?"

Soal mereka serentak dengan soalan yang sama. Hazriq tersengih melihat riak wajah Hafiey yang sedikit bengang itu.

"Aku abang kau, kau jawab soalan aku dulu."

"Okey okey. Aku malas lah. Sejak baby warded ni, kau ada nampak batang hidung aku ke kat office?" soal Hazriq. Hafiey mengangkat bahu.

"Mana aku tau. Aku pun dah lama tak masuk office," jawab Hafiey dengan selamba.

"Jadi kita sama-sama ponteng kerja lah? Abah tak marah ke?" soal Hazriq lagi.

"Entah. Abah tak ada cakap apa-apa pun dengan aku. Lagipun Hariez dengan Hazieq ada, boleh tolong abah."

Hazriq hanya mengangguk. Mungkin ayah mereka faham bahawa mereka memerlukan ruang untuk bertenang dan menjaga satu-satunya adik perempuan mereka.

"Riq."

"Hm."

"Kau agak-agak lah kan, Elena cakap apa kat mamat tu?"

Hazriq mengerutkan dahinya apabila memandang Hafiey.

"Mamat? Mamat mana?"

"Mamat yang jumpa Hanis minggu lepas tu. Aku malas nak sebut nama dia. Irritating," kata Hafiey.

Malas nak ingat nama lelaki yang membuatkan adiknya tertekan pada hari itu.

"Oh. Leo bagitau aku yang Elena bagi warning kat dia. Kau tau, Elena sanggup datang office dia semata-mata nak bagi warning. Lepas ni, dia takkan berani datang kut. Kalau dia datang, aku berani jamin yang kita akan tengok Elena mengamuk secara live."

"Bagus lah. Bukan setakat Elena je, aku pun mengamuk sekali. Berani nak tunjuk muka lagi depan aku."

Hazriq menggeleng kepala mendengar ayat Hafiey.

"Bang, kau tu dahlah baran. Simpan jelah niat nak mengamuk kau tu."

"I don't give a fucking care. Who is he to judge our sister?"

Hazriq hanya melorek senyuman nipis mendengar hujah Hafiey. Dia kembali menatap wajah Hanis yang sedang lena.

"Aku rindu Hanis. Berapa lama lagi dia nak tidur, Fiey?" soal Hazriq dengan nada sayu.

Amarah yang bertapak dalam diri Hafiey sebentar tadi terus saja hilang ditiup angin apabila nama Hanis disebut oleh Hazriq.

"Aku rindu dia juga. Aku tak jumpa doktor dia lagi tanya pasal perkembangan dia."

"Fiey. Aku sanggup forever alone sebab tak ada girlfriend, tapi aku tak mampu nak teruskan hidup kalau umi dengan baby tak ada."

Hafiey memandang Hazriq dengan dahi yang berkerut.

"Apa maksud kau?"

Hazriq mengukir senyuman kelat.

"Aku tak boleh bayangkan bila satu hari nanti kita dapat berita pasal Hanis..."

Hafiey mengetap rahangnya.

"Jangan fikir jauh macam tu sekali, Hazriq Arrayan. Doa yang baik-baik untuk adik kita."

"Tapi kenapa aku rasa tak sedap hati kebelakangan ni? Kenapa aku rasa yang something wrong akan berlaku pada baby?"

"Itu mainan perasaan kau sebab kau memang tengah risau pasal baby. Abaikan. Jangan fikir bukan-bukan. Doa yang baik-baik. Insya-Allah, she'll be fine," bidas Hafiey.

Hazriq diam sebelum kembali menatap Hanis dan menggenggam lembut tangan Hanis yang bebas tanpa wayar yang berselirat. Hafiey hanya memerhati tingkah Hazriq yang sesekali mencium kekura tangan Hanis itu.

Hafiey melangkah ke hujung sudut wad Hanis. Pandangannya dibuang ke arah bangunan-bangunan yang gah berdiri di luar hospital itu. Bibirnya diketap rapat. Matanya dipejam dan nafas dihela perlahan-lahan. Dia perlu bertenang.

Kerana hatinya juga tidak senang seperti Hazriq.

×××

"Dari luar dah boleh rasa berhabuk sia. Dah berapa lama aku tak jejak sini Ray?" soal Hazel.

"Mungkin 3 bulan. Tak pun, 3 tahun."

Hazel menjeling tajam Ray di sebelahnya.

"Perli aku ke?"

Ray menggeleng.

"No. I'm saying the truth. Chill, young lady."

Hazel hanya menjongket bahu. Matanya meliar mencari kelibat seseorang.

"Whatever. Sam!"

Samuel yang terdengar namanya dipanggil seseorang terus berpaling dan tersenyum kecil saat melihat Hazel.

"Yo, Hazel. Hold on."

Lelaki itu terus melangkah ke arah Hazel dan Ray.

"Yo Ray, how are you doing?" sapa Samuel dengan melakukan handshake.

"I'm good. Korang?"

Samuel hanya mengangkat bahu.

"Macam biasa. Asalkan makanan ada, semua okey. Yang kat dalam tu mungkin dah tak kenal rupa pokok kut. Lama sangat berkurung."

"Biarlah. Aku malas nak tengok muka diorang semak kat luar," balas Hazel pula.

"So, what's up? Aku dengar Han dengan Razfel warded lepas wedding Carla. Apa yang jadi sebenarnya?" soal Samuel.

"Kau tak tanya budak lain ke?" soal Ray. Samuel menggeleng.

"Kau tau-tau jelah diorang tu. Nanti memandai adakan cerita yang tak wujud. I do prefer to hear all of those important things from you guys walaupun aku kena tunggu."

"We can't cut it short, so we need to sit anywhere to tell you the real story," kata Ray. Hazel mengangguk setuju.

"Okay, let's go to the cabin. Kau nak cerita dulu atau nak jenguk manusia kat dalam tu?" soal Samuel lagi.

"Ray akan cerita kat kau. Aku nak masuk dalam," kata Hazel.

"Kau masuk sana, aku pun akan masuk."

Hazel mengerutkan dahi memandang wajah tegang Ray.

"Kau kenapa? Cerita jelah apa yang jadi tu kat Sam, biar aku masuk dalam."

"Let me repeat myself, young lady. Kau masuk sana, aku pun akan masuk."

Kerutan di dahi Hazel semakin bertambah.

"For what?" soal Hazel.

"Kau nak benda sama jadi kat kau lagi ke? Hell no, I wouldn't let it happen again."

Samuel yang memerhati dari tadi hanya menggeleng kepala.

"Enough guys. Pergi lah masuk sama-sama. Aku boleh tunggu. Tak payah gaduh depan aku. Seorang degil tak nak lepaskan girlfriend, seorang lagi degil tak nak dengar cakap boyfriend. Pergi lah masuk sama-sama sana," usik Samuel sebagai penenang suasana.

"Eee, siapa lah jadi girlfriend dia ni? Malang betul perempuan tu," komen Hazel sambil mencebik.

"Too bad. The unlucky girl is you, Hazel."

Hazel terkedu mendengar pengakuan Ray. Samuel turut terpana.

"Are you serious, dude?" soal Samuel.

"Ada nampak aku main-main ke?" bidas Ray kembali.

Hazel masih terdiam. Samuel tersengih lebar.

"Finally, Hazel Ariana is officially belongs to Rayqal Hakimi! Bye, aku nak bagitau semua orang! Selamat ber-dating!" kata Samuel sambil terus berlari ke arah kabin tempat mereka berkumpul dan berehat.

Hazel terkebil-kebil memerhatikan Samuel yang teruja mendengar pengakuan Ray itu.

"Ray, what've you done?"

Kening Ray terjongket.

"What?"

"Kau tengok lah Sam tu, dia nak bagitau semua orang pasal kita."

Ray hanya mengangkat bahu.

"That's good. Now everyone knows that you're mine, so don't even dare to come across me to get you. Let's get inside," kata Ray sambil memaut lembut lengan Hazel yang berbalut jaket kulit hitam itu.

Hazel semakin terkedu mendengar kata-kata Ray yang bernada posesif.

He really meant what he said.

×××

"Are you okay, Elena?" soal Alex ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah.

Elena mengangguk.

"Alhamdulillah, everything's fine now. Saya rasa lega bila dah luahkan semuanya kat abang saya."

Alex hanya tersenyum nipis.

"I'm happy for you too."

Elena menoleh ke bahagian pemandu. Lelaki itu sedang memandu dengan tenang dan penuh berhemah. Elena tersenyum nipis.

Lelaki ini telah menjadi suaminya. Ian Alexander Nuhayl, satu-satunya pewaris Ian yang tinggal dalam keluarga Lawrence telah sah menjadi suaminya.

Uncle, saya dah kotakan janji saya pada uncle.

"Awak tenung apa, Elena? Tak fokus saya nak drive kalau awak tenung saya macam tu," kata Alex. Elena tertawa kecil.

"Saya tak tau pula suami saya ni hot orangnya. Jadi masa ni lah saya gunakan untuk tenung awak lama-lama. Saya nak analyze awak."

Alex tertawa mendengar penjelasan isterinya. Manakala Elena terpaku mendengar ketawa Alex yang kedengaran indah di halwa telinganya.

"Kenapa awak tiba-tiba puji saya ni?"

"It's true after all. Untungnya saya jadi isteri awak. Dahlah hot, segak, kaya..."

"Of course. I'm a husband of a goddess," usik Alex sekali gus memintas ayat Elena.

Pipi Elena mula membahang. Lengan Alex ditepuk perlahan.

"Ish mana ada!"

"Yes you are, darling. Jadi, awak nak kata yang saya ni full package untuk jadi suami awak ke?" ujar Alex lagi.

Elena menggeleng.

"Tak! Mana ada. Awak lain daripada yang lain. Ciri-ciri tu cuma kelebihan awak je."

Dahi Alex berkerut sedikit.

"Maksud awak?"

"Saya suka awak sebab awak kuat."

"Sebab saya selalu pergi gym untuk tambah otot so that senang lah saya nak dukung awak pergi mana-mana nanti," balas Alex selamba.

"Tak, saya tak cerita pasal muscle awak. Ish awak ni, kenapa fikir macam tu sekali?"

"Habis tu, pasal apa?"

"Dalaman awak. Hati awak kental. Semangat awak untuk teruskan hidup pun kuat. After all what people had done to you and your family, yet you still want to continue your journey on Earth even though you know that you'll walking all alone to reach your goal," kata Elena.

"Who said that?" soal Alex. Dahi Elena berkerut.

"What do you mean?" soal Elena kembali. Alex melorek senyuman nipis.

"I'm not alone, Elena. From the beginning of my life, my dad had choose you. Arwah papa pilih awak untuk jadi teman saya di dunia dan di akhirat. Saya masih ingat lagi bila arwah papa ceritakan pada saya, masa pertama kali dia nampak awak. You're still a baby that time. You're 2 months old."

"He said that, he can see that you'll grown up as a beautiful young lady with a strong will. You'll become a protective person for your beloved ones. Awak juga sanggup korbankan diri awak untuk selamatkan orang-orang yang awak sayang. Dia boleh nampak yang awak akan jadi seorang wanita yang berdikari, kuat dan baik hati."

Elena terdiam. Sungguh apa yang diceritakan oleh Alex itu, sangat dekat di hatinya. Perwatakannya yang telah digambarkan oleh arwah Tuan Ian Hanafi, memang serupa dengan dirinya.

"Dia pilih awak untuk jadi bakal isteri saya bila dah besar nanti, sebab dia tau awak boleh ubah saya."

"Ubah awak?"

Alex mengerling sekilas ke arah Elena lalu mengangguk sekali.

"I'm not a perfect person, Elena. I'm not flawless as you think."

Elena menghela nafas kecilnya.

"Alex, saya pun tak sempurna. I'm far from perfect. Tak ada manusia di dunia ini sempurna."

"You're too perfect for me, Elena. Latar belakang awak sangat hebat kalau nak dibandingkan dengan latar belakang saya. I know you can change me."

Elena menggeleng laju.

"Tapi Alex..."

"Ya, saya memang seorang pewaris Lawrence. Satu-satunya keturunan Ian yang tinggal dalam keluarga Lawrence. Tapi saya rasa saya tak layak untuk mewarisi harta Lawrence bahagian arwah papa saya," ujar Alex, sekali lagi memintas ayat Elena.

Elena mendiamkan diri, membiarkan Alex menghabiskan bicaranya.

"Dalam keluarga Lawrence, salah satu syarat untuk layak menjadi pewaris Lawrence adalah kebijaksanaan. Saya tak setanding dengan pewaris Lawrence yang lain. Saya tak pergi ke sekolah swasta atau sekolah kluster yang menempatkan anak-anak daripada golongan bangsawan. Hidup saya tak macam diorang."

"Saya memang datang daripada keluarga yang senang. Tapi hidup saya sentiasa dalam bahaya. Jadi, arwah papa ambil keputusan untuk upah tutor which is in another word, homeschool. Homeschool tak senang, Elena. Mungkin saya dapat sepenuh perhatian daripada tutor saya, tapi saya tak ada kemahiran berkomunikasi dengan orang lain."

"Lagipun, peringkat pelajaran saya taklah tinggi mana. Cukup sampai universiti je. Saya tak sanggup nak habiskan sampai peringkat PhD. Degree pun dah cukup untuk saya."

Elena tekun mendengar setiap patah perkataan yang dituturkan oleh Alex.

"Saya pernah diberi tawaran untuk beberapa jawatan tertinggi kat syarikat Lawrence, tapi saya tak nak sebab saya tau ada ramai lagi yang layak isi jawatan tu. Dan saya pilih untuk buka kafe atas nama Lawrence. Sebab setiausaha keluarga saya ada cakap, kalau saya tak nak ambil alih syarikat Lawrence, saya kena ada sebuah perniagaan di bawah nama Lawrence sebab dia nak berlaku adil kepada semua pewaris Lawrence."

"Sebab tu, saya kata saya tak layak. Lagipun, saya ni biasa-biasa. Tak sebijak pewaris yang lain macam Hayden, Haydar dan Rose. Setiausaha Lawrence Group pernah tawarkan saya untuk ambil alih jawatan CEO kat Sepanyol, tapi saya tolak."

"Kenapa?"

Terus saja soalan itu terbit daripada bibir Elena.

"Sebab awak. I'm waiting for you. Kalau saya pergi Sepanyol, saya mungkin tak balik ke Malaysia lagi."

Elena terkedu. Alex menjongket keningnya apabila tiada sebarang respons diberikan oleh Elena.

"Elena? Are you there?"

"Y-yeah."

"Sorry lah kalau saya buat awak bosan dengan bebelan panjang saya ni," kata Alex sambil tersenyum nipis.

"Nah, it's fine. At least, I get to know my husband better. Inside and out. Sekarang, saya dah tau kenapa dia pilih untuk hidup biasa sedangkan banyak jawatan yang tunggu dia."

Senyuman Alex semakin melebar.

"Thanks for lending your ears for me. I really appreciate it."

"Well, that's what a wife should do. Kalau suami dia ada masalah atau perlukan seseorang untuk luahkan masalah, isteri dia ada untuk pinjamkan telinga dan dengar semua masalah atau luahan apa-apa jelah."

Alex memandang sekilas Elena. Tangan Elena dicapai lalu didekatkan dengan bibirnya dan dikucup lembut.

"Thank you so much."

Elena tersengih lebar. Pipinya kembali berona merah.

"No problem. Eh kejap syarikat yang Hayden jaga kat sini, ada kaitan dengan awak ke?"

"I'm one of the shareholders. Apa-apa meeting penting, I need to attend it."

Elena mengangguk.

"Oh, saya dah faham. Jadi, sekarang kita nak pergi mana?"

"A date. I want to know my wife better too. Inside and out," kata Alex sambil mengenyitkan sebelah mata kepada Elena.

Elena hanya tertawa.

×××

WRF'S Headquarters

"Boleh tak kalau aku tak balik US langsung? Aku dah malas lah nak balik sana bila aku balik Malaysia ni," kata Ryan.

"Same with me, bro."

Celah Mitchell yang baru masuk ke ruangan peribadi mereka di tingkat teratas bangunan itu. Dia kemudian mengambil tempat di sebelah Xavier yang sibuk bermain dengan telefonnya.

"Kau ingat aku hadap ke nak balik Spain? Memang tak lah. Serabut sial bila aku ada kat sana," kata Edward.

"Leo? Kenapa kau senyap je ni? Are you okay, dude?" soal Ryan apabila melihat Leonardo yang duduk di sofa single hanya mendiamkan diri sejak tadi.

"I'm good," balasnya.

"Leo, you know that you're so fucking bad in lying. I can read your eyes," kata Ryan lagi.

Xavier di sebelahnya menepuk belakang kepala Ryan dengan kuat. Ryan menyeringai sambil menggosok-gosok perlahan belakang kepalanya. Edward sudah menggelengkan kepala melihat Ryan dan Xavier.

"Sejak bila kau ambil kelas baca fikiran manusia ni? Setahu aku, kau ambil kelas menembak je. Kau ni kalau nak tipu pun, agak-agak lah. Kau pun sama je dengan Leo tu," celah Xavier.

"Dude, is everything alright?" soal Mitchell pula.

Leonardo menghela nafas panjang lalu tubuhnya disandarkan ke belakang sofa dengan kepala terdongak ke atas.

"I don't know."

"Aku boleh nampak sejak kau jaga Han kat hospital, kau terus jadi macam ni. Apa yang ada dalam fikiran kau, Leo?" soal Xavier. Telefonnya sudah disimpan ke dalam poket seluarnya.

"Bad feelings, bro. Aku tak tau kenapa. Nak kata keselamatan Han terancam, siapa lagi yang nak serang dia? Dia ada musuh lagi ke? Tapi, serius aku kata aku rasa something bad will happen to her. Bila aku jaga Razfel, tak ada rasa apa-apa langsung. Tapi bila dengan Han, entahlah."

"Kau dah bagitau abang-abang dia?" soal Ryan pula. Leonardo menggeleng.

"Aku tak nak diorang risau."

"Aku rasa, kalau kau tak bagitau diorang pasal ni diorang mesti lagi risau. Yalah, Han tu satu-satunya adik perempuan diorang," balas Xavier.

Leonardo menggeleng sambil menghela nafas berat. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

"Charles dengan Sean masih dalam tahanan kan?" soal Leonardo, secara tiba-tiba.

"Yes. Aku suruh Luke jaga. Kenapa?" soal Edward, pelik.

"Siasat pasal Sean. He's an assassin. He must have his men around here. Ketatkan kawalan keselamatan untuk Han dan Razfel," arah Leonardo.

"For what?" soal Mitchell pula.

"Aku takut, kalau orang Sean yang datang serang diorang sebab kita ambil ketua dia."

Xavier, Ryan, Edward dan Mitchell berpandangan sesama sendiri. Leonardo menghela nafas kasar.

vote and comment!

psst, sorry for disappearing almost 2 months hehe. take care and stay safe everyone <3

Continue Reading

You'll Also Like

27.5K 2.4K 28
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
51K 5.8K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
93.2K 4.7K 57
2.0 ❒ Military Series || Sad Romance Raja Jibran Qayyim- seorang tentera berpangkat Leftenan, seperti biasa dingin, beku, dan kasar sudah sebati deng...
3.4M 302K 97
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...