Gadis Red Dragon

By FAzzahrah01

697K 35.4K 2K

2nd story by FAzzahrah Status: COMPLETE [ in editing ] Cover by @MiaMie16 *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* Kehilanga... More

Cast
Prolog | Bully
01 | Adopt
02 | Make Friends
03 | Detention Room
04 | Rescuer
05 | Dark Skull
06 | New School
07 | New Enemy
08 | Mystique
09 | Hot Gurlz
10 | Red Dragon
11 | Threatened
12 | Hacker
13 | Anura
14 | Emotional
15 | Family
16 | Village
17 | Fever
18 | Twins
19 | Old House
20 | Mystery Box
21 | No Enter
22 | Goodbye?
23 | That's Me
24 | Dream or Reality
25 | Tesco
26 | Fight
27 | DNA
28 | Bikers
29 | Die
30 | Romeo Boys
31 | Blood Type
32 | Joker
33 | Missing
34 | Attract
35 | Change
36 | Explanation
37 | Jealous?
»»Promote Here««
38 | Newbie
39 | Doubtful
40 | Queen
41 | Informer
42 | Love
43 | Pervert
44 | Dear
45 | Psycho
46 | Slave
47 | Baby
48 | Melody
49 | Owl
50 | Revenge
51 | Combat
52 | Pity
54 | Role
55 | Sorry
56 | Somebody
57 | Love
58 | Strategy
59 | Surrender
60 | End
SPECIAL Chapter
🚨🚨 Announcement 🚨🚨
🌹 Special: Erti Raya 🌹
Tolong!! Feedback

53 | Violet

8.4K 431 15
By FAzzahrah01

Lissa mengusutkan rambut. Dendam yang tertanam dalam hati membuatkan dia resah selagi musuhnya masih hidup.

"Kenapalah kau liat sangat nak mati?" monolog Lissa. Kepala patung beruang di tangannya ditarik sekuat hati.

Prak!!

Kepala patung itu bergolek di atas lantai dan terkena kaki Vany. Vany yang duduk mengawasi Cik Muda mereka, sudah naik bosan. Terasa seperti sedang menjaga orang gila pula.

"Aku nak kau cari kumpulan yang serang kita dan Red Dragon. Aku nak tahu siapa yang hantar mereka dan tujuan mereka," arah Lissa dengan matanya yang masih melekat pada badan patung beruang tadi. Sekali pandang, Lissa tidak ubah seperti seorang psiko yang bercakap pada diri sendiri.

"Tunggu apa lagi?! Keluar!" tempik Lissa ke arah Vany. Jelas matanya berwarna merah kerana terlalu banyak menangis.

Vany segera angkat kaki. Sebelum dia di'baham' Lissa, lebih baik dia keluar. Dia berselisih dengan rakan barunya di pintu.

"Kau nak buat apa, Mon?"

"Ada berita untuk Cik Muda."

"Cik Muda tak kenal kau lagi, kan? Lebih baik kau buka dulu mask tu dan perkenalkan diri kau." Saranan Vany dipandang sepi oleh Mon.

Mon terus berlalu tanpa menunggu ayat seterusnya keluar daripada mulut Vany. Dia masuk ke ruangan peribadi Lissa.

"Cik Muda, Tuan akan bertolak pulang hari ini. Tuan mungkin akan tiba pada esok hari," ujar Mon ringkas.

Berita yang disampaikan oleh anak buahnya itu cukup menceriakan hati Lissa. Ayahnya akan pulang semula ke Malaysia. Ini bermakna, dia ada peluang untuk menghapuskan Alice.

Senyuman yang mengerikan menjadi penyeri wajah Lissa. Dia tidak sabar mahu terima mayat Alice.

*~*~*~*~*

"Aku rasa Mysarah dah juling."

Ayat Alvin membuatkan kening Zack bertaut. 'Juling?'

Melihat wajah tidak faham yang ditayangkan Zack, Alvin memuncungkan mulut ke satu arah. Mata Zack mengikut arah muncung itu dan...

Zup!

"Perh! Kenapa dengan dia? Jeling bagai nak tembus."

"Entah. Sakit jantung aku," sokong David yang turut melihat Mysarah di hujung kantin.

"Denis tak bagitahu korang ke?" soal Alice yang muncul bersama sedulang air. Empat cawan air diagihkan.

"Mana dia sempat nak bagitahu. Dia kalut nak pack barang." Alice mengangguk. Dia terlupa semalam abangnya dan kembar itu sedang kalut mengemas barang untuk program motivasi bagi pelajar SPM. Dia sendiri hanya sempat berbual dengan Denis apabila hari sudah larut malam.

Alice mendekatkan diri dengan Zack dan David. Tiada siapa boleh tahu hal ini melainkan mereka.

"Mysarah hantar orang dari kumpulan Violet untuk serang Denis. Tetapi hari tu, diorang bertembung dengan Dark Skull."

"Sekarang ni Rheo dah seludup masuk ke dalam kumpulan tu. Denis arahkan dia cari maklumat," terang Alice panjang lebar.

"Kenapa tak hantar kita saja?" soal David ingin tahu.

"Well, I am a queen. So, I need you to protect me," kata Alice penuh bangga. Tiga jejaka itu menjeling sambil membuat muka bosan. Perbuatan mereka berempat mengundang ketawa. Mereka bergelak ketawa bersama.

"Denis bukan tak mahu hantar korang. Dia cuma nak elak musuh perasan salah seorang daripada kita hilang. Tambahan, dia kata yang layak menyamar hanya Alex." Alice tersengih penuh maksud tersirat.

'Sebab dia tahu, korang berdua bendul dalam bab menyamar,' sambungnya dalam hati. Itulah yang dikatan oleh Denis. Bukan sengaja ditokok tambah.

"Ouhh..." balas mereka.

"Banyak juga Denis bagitahu kau," perli David membuatkan muka Alice berona merah. David dan Zack mentertawakannya manakala Alvin cuba menyabarkannya.

*~*~*~*~*

"Mon, aku rasa lebih baik kita elakkan Lissa dan Mysarah 'kenal' antara satu sama lain."

"Itulah. Aku risau kalau diorang bergabung. Meletup nanti." Mon menyuarakan kerisauannya.

"Sudahlah, aku kena letak." Panggilan ditamatkan. Mon menyelit telefon itu ke dalam poket seluar.

Mon meneguk air liur saat terlihat sosok tubuh Encik Max yang sedang mara ke arah tempatnya.

Tunduk hormat diberikan kepada Encik Max. Dia memasukkan barang lelaki itu ke dalam kereta dan duduk di tempat pemandu. Padel minyak ditekan. Mereka mula menelusuri lebuh raya.

"Bawa saya ke villa," kata Encik Max dengan suara dingin.

Mon mengangguk kecil. Pendingin hawa tidak dapat mengelakkan dia daripada terus berpeluh. Dia gementar.

*~*~*~*~*

Alice berjalan pulang sendirian. Alvin dan yang lain mempunyai latihan bola sepak. Sudah mereka ajak dia untuk bersama mereka di padang tetapi dia yang enggan. Dia mahu pulang dan tidur.

"Hai Al," sapa seseorang. Alice menoleh ke tepi.

"M... Mysarah."

'Aduh, aku belum tidur lagi tapi mimpi ngeri sudah muncul.' Belakang tengkuknya digosok membuang rasa resah. 'Menyesal pula tak ikut Abang Alvin.'

"Kau nak ke mana?"

"Rumah."

"Nak aku teman?" Alice sudah tidak keruan. Dia sudah tidak tahu mahu berbuat apa. Soalan Mysarah dibiarkan tidak berjawab.

"Mari aku temankan." Serentak itu sepasang tangan memeluk Alice dari belakang. Mulut Alice ditekup menggunakan sehelai kain. Pandangan mula berbalam. Perkara terakhir yang dinampak ialah... senyuman sinis Mysarah.

*~*~*~*~*

Denis memandang dada langit. Tiada bintang yang bertaburan. Dia cuba membuat panggilan lagi.

"Argh! Kenapalah buat kem dalam hutan? Menyusahkan orang," rungutnya. Hatinya tidak tenang. Ada suara yang menyatakan keadaan rakannya sekarang dalam bahaya. Tetapi dia tidak tahu siapa. Dalam fikirannya sekarang dia risaukan Alice.

"Woi! Cepatlah sorokkan telefon. Nanti Sir Airiel nampak susah kita," bisik Danial di sebalik semak.

Denis merengus. Segera dia menyimpan telefon ke dalam poket seluar yang sedikit tersorok. Dia keluar dari tempat persembunyian. Mereka menghala ke arah Alex yang sedang makan.

"How?" Soalan Alex dibalas dengan gelengan. Terlepas keluhan dari mulutnya.

"Tak mengapa, aku yakin mereka lima orang boleh jaga Alice." Danial cuba menyalurkan semangat. Sekarang ini dua hati dalam keadaan gundah gulana.

'Seorang abang risaukan adik dan seorang... kekasih? Mungkin. Rindukan pasangan,' bicara hati Danial sendiri.

"Kau boleh cari lokasi diorang?"

"Aku cuba."

Malam itu, tiada aktiviti yang berlangsung. Hal ini membuka peluang kepada Red Dragon untuk menggunakan telefon secara sembunyi. Masalah sungguh apabila mereka dilarang membawa sebarang alat komunikasi.

Alex mengeluarkan telefon dan beberapa alat. Dia memulakan proses mengesan kedudukan ahli Red Dragon yang lain. Setelah menjumpai titik  rakan-rakannya, koordinat titik itu pula diterjemahkan supaya dia dapat mengetahui kedudukan mereka dengan lebih jelas.

"Alvin, David dan Zack berkumpul di rumah aku. Titik Alice tiada di situ."

"Alice tak ada?" Denis meminta kepastian. Alex mengangguk. Dia melihat titik lain pula.

"Mon masih bersama kumpulan Dark Skull."

"Rheo dan... Alice?" Alex berkerut kening melihat kedudukan dua titik yang hampir itu.

"Rheo dan Alice?" soal Danial. Dia mahu Alex menghabiskan ayatnya.

"Rheo dan Alice berada di tempat yang sama. Markas Violet," sambung Alex.

"Apa Alice buat di situ?"

"Aku rasa lebih baik kita ke sana," saran Denis. Namun, tindakannya disanggah Danial dan Alex.

"Kau jangan buat kerja gila."

"Tak perlu. Mysarah nak bunuh kau, bukan Alice!" tegas Danial.

Mereka saling berbalas renungan. Dua lawan satu.

"Tapi kalau Mysarah dapat tahu yang ayah dia mati selepas beli Alice, korang tak rasa dia akan apa-apakan Al?"

"Ayah dia?" Kening Danial dan Alex bercantum. Rahsia apa lagi yang mereka tidak tahu?

"Godzilla adalah ayah Mysarah."








TBC

Masih ingat Godzilla? Alah, pak cik yang beli Alicia dulu tu. Hehehe...
Siapa Violet? Macam mana keadaan Alice? Apa tindakan Red Dragon?

Thanks supports me.

Love yaa!!

Continue Reading

You'll Also Like

24.3K 1.3K 38
GREY SERIES : NO.1 *.✧ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq *.✧ ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang...
136K 5.7K 48
[First Book Mafia Family] Start: 28/5/20 End: 22/1/21 Siapa tidak kenal jejaka igauan para hawa yang kejam dan tidak berhati perut pada setiap faktor...
5.4K 688 39
"Nobody can beat a woman with a strongwill." NUSAYBAH AL-KHAWLAH; THE RISE OF VALOROUS QUEEN. ⚠️ Bahasa kasar. Tatabahasa dan grammar yang tidak pas...
222K 8.5K 30
My first book........ Tak suke jangan kutuk tak suke jangan bace tak suruh pun tak suke boleh blah Dan lagi satu saya buat buku nie saje je nak tengo...