Gadis Red Dragon

By FAzzahrah01

697K 35.4K 2K

2nd story by FAzzahrah Status: COMPLETE [ in editing ] Cover by @MiaMie16 *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* Kehilanga... More

Cast
Prolog | Bully
01 | Adopt
02 | Make Friends
03 | Detention Room
04 | Rescuer
05 | Dark Skull
06 | New School
07 | New Enemy
08 | Mystique
09 | Hot Gurlz
10 | Red Dragon
11 | Threatened
12 | Hacker
13 | Anura
14 | Emotional
15 | Family
16 | Village
17 | Fever
18 | Twins
19 | Old House
20 | Mystery Box
21 | No Enter
22 | Goodbye?
23 | That's Me
24 | Dream or Reality
25 | Tesco
26 | Fight
28 | Bikers
29 | Die
30 | Romeo Boys
31 | Blood Type
32 | Joker
33 | Missing
34 | Attract
35 | Change
36 | Explanation
37 | Jealous?
»»Promote Here««
38 | Newbie
39 | Doubtful
40 | Queen
41 | Informer
42 | Love
43 | Pervert
44 | Dear
45 | Psycho
46 | Slave
47 | Baby
48 | Melody
49 | Owl
50 | Revenge
51 | Combat
52 | Pity
53 | Violet
54 | Role
55 | Sorry
56 | Somebody
57 | Love
58 | Strategy
59 | Surrender
60 | End
SPECIAL Chapter
🚨🚨 Announcement 🚨🚨
🌹 Special: Erti Raya 🌹
Tolong!! Feedback

27 | DNA

10.1K 554 27
By FAzzahrah01

"Cikgu ada tanya tak kenapa aku dah lama tak datang?"

Danial menjeling kembarnya yang sedang santai membelek buku sekolah yang bertimbun di sebelah. Orang sedang sibuk, dia pula datang mengganggu.

"Dah seminggu ponteng, baru sekarang nak tanya? Lain kali tunggu 'surat cinta' datang." ada ke patut Denis mengambil jalan untuk mengelak dari bertembung Dark Skull dengan tidak keluar dari rumah? Termasuklah tidak ke sekolah. Apa jenis cerdiklah otak dia tu.

Denis menayang poker-face. Apa lagi yang boleh dia lakukan untuk elak dari diserang? Tak fasal nanti nyawa orang yang tak bersalah pun terlibat juga. Eh, tapi apa salah aku sampai jadi target diorang?

Langkah diatur ke bilik tidur. Malas mahu menggangu Danial. Kang salah jalan kira buku-buku itu melambung naik ke atas badannya.

Komputer dihidupkan. Sebuah fail yang berada di homescreen itu ditekan dan dimasukkan kata laluan.

Heh! Bersembunyi? Hanya di depan ahli Red Dragon sahaja dia bersembunyi. Setiap kali mereka bergerak ke sekolah, Denis sudah bersiap sedia dengan pakaian hitam dan mask. Beberapa minit kemudian dia akan keluar dari rumah dan membiarkan kakinya membawa badannya ke mana sahaja.

Nasibnya selama seminggu itu sungguh baik. Dia langsung tidak diserang. Rasa mahu sahaja dia bongkarkan identiti diri yang selama seminggu dia sorokkan dari dijejaki DS. Dalam tempoh itu juga, banyak maklumat yang dia telah peroleh. Ianya hasil dia mengekori dua lelaki yang disyaki ahli DS.

"Well, well, well... korang pengecut! Hanya disebabkan takut aktiviti haram korang terbongkar, korang sanggup pisahkan anak dengan parents?" omel Denis seorang diri.

[ Flashback ]

Tengah hari tadi dia menjejakkan kaki di taman permainan. Panas? Tidak dihiraukan asalkan dia dapat bersendirian.

"Perhati budak tu. Jangan biar dia terlepas. Aku nak pergi ambil kereta."

Denis memerhati sekeliling. Baru dia sedar kehadiran dua orang ahli Dark Skull di situ. Mask diperbetulkan agar identitinya tidak diketahui mereka. Pendengarannya yang tajam membantu dia untuk mendengar segala butir bicara mereka.

'Rasanya mereka tak perasan aku.'

Dua orang lelaki itu ralit memandang seorang kanak-kanak perempuan yang sedang bersendirian.

"Kena boss nak kita culik budak?"

"Bapak budak tu tahu boss jual dadah. Dia nak report polis. Alah, macam kes CEO Adreson Entreprise."

"Adreson Entreprise? Ouh yang kita jual budak tu dekat Godzilla, kan? Nasib baik budak tu mati dengan Godzilla. Kalau dengan kita, tak hiduplah aku sekarang."

"Kau yakin dia dah mati?" lelaki di sebelahnya hanya menjongketkan bahu.

'Jadi, betullah 'mimpi' Alice. Dia dijual kepada Godzilla dan kemudian berlaku kemalangan. Kalau itu sudah betul, mesti Alice menang sebenarnya ialah Alicia.'

"Jom."

Dua orang lelaki itu mula bergerak. Denis pula mencari tempat persembunyian. Dark Skull tidak boleh menyedari kehadirannya di situ.

[ End flashback ]

Ditatap video berdurasi 7 minit yang terpapar pada skrin komputer. Seorang lelaki sedang menarik seorang kanak-kanak yang sedang leka bermain seorang diri di taman permainan. Pada minit keenam, kereta itu memecut dari situ.

Keluhan dilepaskan. Bukan dia tidak mahu tolong, tapi dengan keadaannya yang sedang dijejaki membataskan segalanya. Muka diraup kasar. Rasa bersalah menjalar di hati kecilnya. Siapa yang tidak rasa bersalah jika insiden itu berlaku di depan mata tetapi kita tidak melakukan sebarang tindakan? Harap budak itu selamat. Dia tidak mahu kes Alicia berulang.

Tuk! Tuk!

Melayang segala lamunan Denis. Cepat dia menutup kembali video dan fail itu. Satu tangan menghentikannya. Kepala didongak. Rasa seperti tembus tengkorak apabila melihat panahan mata Danial yang cukup tajam.

"A...adik boleh terangkan."

*~*~*~*~*~*~*

"Macam itulah ceritanya. Tamat."

Denis melangut memandang 'monsters' disekelilingnya. Dia pula seperti makanan di tengah meja bulat yang bakal dilahap oleh monsters.

"Lain kali, kalau nak bertindak jangan guna kepala lutut. Guna akal yang sempurna tu. Kalau kau mampus tadi macam mana?" marah Zack.

"Entah kau ni. Dah tak sayang nyawa ke?" sambung Alice pula.

"Betul! Kau memang tak sayang Alice, kan?" sampuk David. Alice menjeling. Ada yang masuk liang juga malam ni.

Denis tunduk. Apa dia boleh buat? Salah sendiri membelakangkan kawan-kawan. Jalan selamat sekarang adalah dengan memekakkan telinga. Jangan pepandai nak menjawab. Kang lagi dasyat diorang henyak dengan pelbagai jenis ayat deep.

Ting!

'Aku ada idea. Baik aku tukar topik.'

"Alvin." panggil Denis.

Alvin menjongketkan kening. Alah, tak macholah Alvin kau buat macam tu. Lagi comel adalah. Hahahaa... segera dia seriuskan muka. Lawak tadi dibiarkan hati sahaja yang gelak.

"Ehem. Aku nak kau buat ujian DNA."

"Hah?" Tercengang semua orang dalam ruang itu. Alice pula mendiamkan diri. Macam dah tak senang duduk pun ada gayanya. Sekejap pandang kiri, kemudian kanan. Lepas tu jegilkan mata pada Denis pula yang membawa isyarat 'kenapa buka topik ni?'.

Denis membalas juga dengan cara yang sama. 'Topik ni jer boleh selamatkan tahi telinga aku dari cair.'

Alice melepaskan keluhan. Matilah dia. Mesti Alvin tak setuju. Lebih-lebih lagi ini berkenaan hubungan kembar kandung.

"Nak buat apa dengan ujian DNA?" soal Alex.

"Hmm... macam yang aku cerita tadi, Alicia diculik oleh DS."

"Yes. Then kau kata Alicia kemalangan, right? Terang-terang diorang dah tak ada." bidas Alex. Lama-lama kesabaran dia mulai tipis membincangkan topik ini. Hari itu Alice yang buka cerita. Hari ini Denis pula. Diorang berdua ni memang layak dikahwinkan. Menyusahkan orang.

"Ada aku kata dia mati ke?"

"Kau cerita tadi, DS kata dia mati." sampuk Danial.

"DS tu aku ke?" Haa sudah. Cakap dengan Denis boleh berbelit.

"Apa yang kau nak cakap sebenarnya ni?" soal David yang diam dari tadi. Dia sendiri sudah pening. Kejap topik Ds lepastu Alicia. Ini tiba-tiba DS semula.

"Alicia tak mati." sampuk Alice. Rasanya inilah masa yang sesuai untuk dia ceritakan 'mimpinya'. Entah betul ke tidak, redah saja. Kalau Alvin setuju untuk lakukan DNA test, segalanya akan terjawab.

Kini mata semua tertumpu kepada Alice. Rahang Alvin sudah bergerak. Pasti dia sedang menahan marah.

"A... aku. Aku Alicia." perlahan saja Alice menuturkan ayat namun masih dapat didengari oleh mereka semua.

"Kau jangan nak merapu! Aku tak mengaku aku ada ad--" kata-kata Alvin dipintas sebelum dia sempat mengguriskan hati Alice dengan ayatnya.

"Kenapa kau nak angin sangat? Kau dah jumpa adik kandung kau. Now kau tak nak mengaku pula. What do you want, huh?" bidas Denis. Melihat Alvin yang diam, dipandangnya pula ke arah Alex.

"Kau, Alex? Kau pun nak menafikan kenyataan tu? Itu sebab aku suruh buat ujian DNA. Jangan nak bergaduh boleh tak?"

"Sebelum ni korang okay. Korang sayangkan Alice. Tapi bila timbul topik Alicia, mana sayang korang? Alicia and Alice is the same person! Aku terlebih yakin. Tak mungkin, tarikh lahir, waktu lahir, muka, rantai loket, umur dan segala benda yang sepatutnya Alvin dan Alicia sama boleh sama dengan Alice."

"Kebetulan?" sampuk Zack.

"Kebetulan tak mungkin sampai ke seratus peratus sama, Zacky." Denis mengeluh. Jika Alex dan Alvin masih menidakkan segalanya, memang dia akan humban dua ekor itu terjun lombong.

Sepi menguasai mereka. Nafas kasar dihembus Denis sebelum dia bangun. Tangan Alice dicapai. Mahu tenangkan fikiran.

"Aku nak date jap." baru puluk 9 malam. Pukul 11 malam nanti dia baliklah.

Alice mengerut kening. Suka hati cakap nak date. Apa kau ingat aku awek kau?

"Aku ship korang!!!" jerit David dari jauh.

'Itu lagi seekor. Aku cepuk kang melambung keluar dari Bima Sakti.'


TBC

Latest chap memang hambar, kan? Huhuhuuu... kenapa idea tak nak muncul ni! I'll try my best to make a better chaps after this.

Jangan lupa vote!
Thanks support <3

Continue Reading

You'll Also Like

6.8M 334K 69
Suami Romantik dan Penyayang? Tak pernah diduga Elleana akan mendapat suami garang dan tegas. Hidupnya yang selama ini tak pernah diatur oleh arwah b...
305K 11.7K 47
Siapa Yang Tidak Mengenali Silver Death Mafia, Kumpulan Mafia Paling Ditakuti Di England Dan Di Segenap Dunia. Pengaruh Kumpulan Itu Sungguh Kuat Dan...
5.4K 688 39
"Nobody can beat a woman with a strongwill." NUSAYBAH AL-KHAWLAH; THE RISE OF VALOROUS QUEEN. ⚠️ Bahasa kasar. Tatabahasa dan grammar yang tidak pas...
78.2K 5.7K 48
🏅Winner -Yokina Hoshi Award - The Best Fantasy🏅 She is the naughty one. She is the happiest one. She is the lucky one. She is the princess. She is...