Gadis Red Dragon

بواسطة FAzzahrah01

697K 35.4K 2K

2nd story by FAzzahrah Status: COMPLETE [ in editing ] Cover by @MiaMie16 *-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-* Kehilanga... المزيد

Cast
Prolog | Bully
01 | Adopt
02 | Make Friends
03 | Detention Room
04 | Rescuer
05 | Dark Skull
06 | New School
07 | New Enemy
08 | Mystique
09 | Hot Gurlz
10 | Red Dragon
11 | Threatened
12 | Hacker
13 | Anura
14 | Emotional
16 | Village
17 | Fever
18 | Twins
19 | Old House
20 | Mystery Box
21 | No Enter
22 | Goodbye?
23 | That's Me
24 | Dream or Reality
25 | Tesco
26 | Fight
27 | DNA
28 | Bikers
29 | Die
30 | Romeo Boys
31 | Blood Type
32 | Joker
33 | Missing
34 | Attract
35 | Change
36 | Explanation
37 | Jealous?
»»Promote Here««
38 | Newbie
39 | Doubtful
40 | Queen
41 | Informer
42 | Love
43 | Pervert
44 | Dear
45 | Psycho
46 | Slave
47 | Baby
48 | Melody
49 | Owl
50 | Revenge
51 | Combat
52 | Pity
53 | Violet
54 | Role
55 | Sorry
56 | Somebody
57 | Love
58 | Strategy
59 | Surrender
60 | End
SPECIAL Chapter
🚨🚨 Announcement 🚨🚨
🌹 Special: Erti Raya 🌹
Tolong!! Feedback

15 | Family

10.7K 639 5
بواسطة FAzzahrah01

Denis memandang bintang yang bertaburan di dada langit. Walaupun jam sudah menunjukkan angka 2 pagi, matanya masih terasa segar.

Dia tertanya-tanya tentang perilaku Alice. Bukannya mereka buli David sehingga hilang tangan. Sedangkan David pun elok saja bersembang bersama mereka sebaik sahaja masuk ke dalam bilik.

Denis POV

"Hey! Berhenti la gelakkan Dav. Tak baik membuli."

Ayat itu masih melekat dalam kepala aku.

Bukan itu saja yang buat aku tertanya-tanya. Pandangan mata Alice turut menunjukkan apa yang dia rasa. Ketika itu, aku dan yang lain bergelak sakan manakala David memasamkan muka.

Aku sempat menangkap pandangan mata Alice. Pandangannya penuh dengan simpati dan sedih.

"Kenapa dia terasa sangat? Tak mungkin sebab datang bulan." omel aku seorang diri. Aku tak boleh terima alasan Danial yang terlalu kliche. Umum sangat.

"Kau tak tidur lagi?" aku segera berpusing ke belakang apabila ditegur seseorang. Harapnya betullah itu orang. Huhuhu..

"Kau betul-betul Alice kan?" soal aku. Langkah berjaga-jaga harus diutamakan. Kang tak fasal-fasal aku dicop gila sebab cakap sorang-sorang.

"Tak. Aku jelmaan dia." balas Alice selamba. Aku menjeling tajam. Tak lawak okay!

Alice mengambil tempat di atas buaian.

Alice POV

Buaian itu aku ayun perlahan diikuti sebuah lagu. Lagu Oh No nyanyian Tasha Manshahar feat. Viral. Terasa bosan pula malam itu.

"Sedar aku yang salah
Buta memilih cinta
Hancur naskhah hatimu
Maafkan aku

Silap aku yang tidak setia dengan diri mu
Sedar aku yang salah
Maafkan aku

Oh sayang
Dengar dulu penjelasanku
Sebelum aku kehilanganmu
Riak wajahmu aku tahu
Sinar matamu semakin layu
Ku cuba beri segalanya
Tanpa ku sedar kau terluka
Maafkan aku, aku merayu

Oh no, Oh no
Jangan tinggalkan ku
Oh no, Oh no
Jangan pergi dulu

Maafkan semuanya silapku
Bukan niat aku begitu
Oh no, Oh no
Jangan tinggalkan ku" - Alice

Tiba-tiba satu suara mencelah. Terangkat kening aku melihat Denis yang baru mengambil tempat di depan aku.

"Sukar merungkai mimpi
Entah apa aku cari
Sukar buat pilihan
Mana aku tidak pasti
Berikan ku peluang bersamamu
Berikan ku peluang maafkan ku
Sukar ku hadapi tanpa kamu di sisi" - Denis

"Oh no, Oh no
Jangan tinggalkan ku
Oh no, Oh no
Jangan pergi dulu

Maafkan semuanya silapku
Bukan niat aku begitu
Oh no, Oh no
Jangan tinggalkan ku" - Alice

"Siapa sangka cinta lagi buta dari mata
Perempuan jasad hanya berpegangkan kata
Jalan atas tanah rata
Tapi kau yang tak seimbang
Hati tak bertimbang
Tapi tak tenang bila dah hilang
Apa cerita sakitnya tuh di sini
Jangan kau begitu kalau dah jadi begini
Hentikan rayuan sudah-sudahlah
Ambil cermin tengok apa kurang
Lepas tu ubahlah" - Denis

"Oh no, Oh no
Jangan tinggalkan ku
Oh no, Oh no
Jangan pergi dulu

Maafkan semuanya silapku
Bukan niat aku begitu
Oh no, Oh no, Oh no
Oh no, Oh no
Jangan tinggalkan ku
Oh no, Oh no
Jangan pergi dulu
Maafkan semuanya silapku
Bukan niat aku begitu
Oh no, Oh no, Oh no
Jangan tinggalkan ku" - Alice

End POV

Setelah tamat lagu itu, suasana sepi kembali menyelubungi kami.

"Sedap kau nyanyi." puji Denis tanpa memandang Alice.

"Thanks. Aku pun tak sangka kau boleh nyanyi. Lagu jiwang pulak tu." kata Alice sambil ketawa kecil di hujung ayatnya.

Denis hanya tersenyum senget. Semua orang tak pernah melihat Red Dragon menyanyi. Alice adalah orang pertama. Namun, itu baru seorang ahli RD. Belum lagi gabungan semua ahli.

"Kenapa tak tidur lagi?" soal Denis.

"Tidur dah. Terjaga. Kau?"

"Can't sleep. Banyak sangat fikir." kata Denis sambil menggeliat. Badannya sudah terasa letih. Namun, tidak matanya.

"Fikirkan apa?"

"Fikirkan kau."

Alice memandang Denis. Dia melawak ke?

"I'm serious."

Nice! Pandai baca fikiran aku.

"Kau marah ke kami buat macam tu dekat Dav? Kau bukan datang bulan kan?"

Alice mengeluh. Keterlaluan sangat ke dia tadi sampaikan Denis tertanya-tanya macam ni.

"Aku--" namun Alice tidak tahu apa yang patut dikatakan. Ianya berkenaan dengan masa silamnya. Dia trauma melihat pembulian.

"Kau ada teringat apa-apa ke?" Denis cuba meneka.

Tekaan yang tepat! Namun, ingin menceritakan, membuatkan Alice berat hati.

"Please. Ceritakan pada aku."

Mata hitam milik Denis dipandang. Cuba mencari keikhlasan Denis sebagai seorang sahabat yang ingin mendengar rintihan hati sahabatnya. Ya, ada sinar keikhlasan dalam mata itu.

Perlahan Alice mengeluh.

"Aku tak pernah ada kawan." Alice mula membuka cerita. Denis memperbetulkan duduknya supaya dia lebih sedia mendengar rintihan gadis itu.

"Keluarga angkat aku dulu miskin. Miskin yang teramat miskin. Aku pula anak angkat yang tak ada identiti. Budak-budak dekat sekolah semua panggil aku anak pungut, anak haram. Diorang kata aku tak setaraf. Diorang kata aku tak patut dilahirkan sebab boleh bawa malang. Tak cukup dengan tu, diorang buli aku. Disebabkan orang keliling aku tak mahu kena tempias, diorang tak berani kawan dengan aku." dia berjeda seketika. Mengingatkan keluarga angkatnya membuatkan dia mengalirkan air mata. Merekalah yang selalu menyalurkan kekuatan kepadanya.

Denis tekun mendengar. Dia juga terkedu melihat air mata itu. Pasti perit yang dirasakan gadis di hadapannya ini.

"Pada awalnya aku kena buli di sekolah rendah dan di taman sahaja. Aku tak bagitahu keluarga fasal kena buli. Aku tak mahu diorang risau. Bila ada luka dekat badan, aku akan kata aku jatuh. Aku tersilap langkah. Aku cuai. Aku terpaksa tipu. Diorang pun tak tahu aku tak ada kawan. Kemudian berlanjutan hingga ke sekolah menengah lama aku sebab ada pelajar dari sekolah rendah yang tahu aku senang dibuli. Hari-hari kena buat kerja sekolah diorang. Bertimbun-timbun buku kerja yang aku kena buat."

"Kau tak bagitahu cikgu?" pintas Denis. Dia cukup bengang mendengar Alice diperlakukan sebegitu.

Alice tersenyum nipis lalu menggelengkan kepala.

"Pernah aku bagitahu. Tapi sebaik saja aku melangkah keluar dari kawasan sekolah, beberapa orang budak lelaki heret aku pergi ke lereng bukit belakang sekolah. Diorang pukul aku beramai-ramai kat situ walaupun aku ni seorang perempuan. Aku pengsan. Nasib aku baik ada seorang lelaki, dia perasan aku di situ. Dia bawa aku ke hospital."

Alice diam apabila melihat dahi Denis yang berkerut. Mungkin dia mahu cakap sesuatu.

'Pengsan di lereng bukit? Kenapa aku rasa macam aku lelaki yang Alice maksudkan? Tapi aku langsung tidak ingat muka Alice. Rambut gadis itu perang dan panjang. Tetapi Alice hitam dan pendek. Tak mungkin mereka orang yang sama.'

"Kau okay?" tanya Alice mengejutkan Denis dari lamunannya.

"O- Okay. Teruskan."

Alice mengangguk.

"Suaru hari aku ada terima emel. Emel warning. Bagi aku pada waktu tu, mungkin itu emel biasa. Walhal aku memang dah tak sedap hati. Dua bulan selepas tu, keluarga angkat aku mati dalam suatu insiden yang mengerikan. Mayat mereka ditemui oleh polis di dalam hutan. Tergantung di pokok yang berasingan." air matanya mula mengalir deras. Jasad keluarga angkatnya yang tergantung seperti ada di depan matanya sekarang. Betapa terseksanya dia melihat kejadian itu. Ia juga kerap berkunjung ke dalam mimpi. Sebaik sahaja sedar dari mimpi dia pasti akab berdiam diri. Dia tidak mampu untuk menahan rasa sedih yang terbungkam di dada.

"Sejak hari tu, a- aku- aku sebatang kara. Aku tak ada sesiapa. Kemudian, aku merayau ke merata tempat sebab aku kena halau dari rumah lama. Sampailah aku terjumpa ayah yang dalam kesusahan." bahu Alice terhinjut-hinjut menahan sebak yang bersarang di dada.

"Kami semua bukan macam tu." kata satu suara.

Denis dan Alice memandang ke arah pintu kaca bilik Alvin dan Alex yang terbuka. Duduknya di situ lima orang jejaka. Mereka menghampiri tempat Alice dan Denis duduk. Tangan Alice digenggam erat. Seperti menyalurkan kekuatan.

"Adik, jangan risau okay? Kami semua takkan buli adik." kata Alex. Matanya sudah berkaca-kaca setelah mendengar cerita Alice. Rasa mahu dia hempuk kepalanya kerana membuli Alice dahulu.

"Kami bukan orang macam tu." kata Alvin pula. Matanya merah seperti baru lepas menangis.

"Aku janji tak akan biarkan sesiapa usik kau walaupun sekadar jentik." kata Danial.

Alice tersenyum memandang mereka semua.

"Kita semua kan kawan." kata Zack pula.

"No!" pintas David. Membuatkan semua menoleh ke arahnya.

"What?" soal yang lain serentak. Tak puas hati dengan David. Namun David menayang senyum yang lebar.

"Kita satu family lah!" selepas mengeluarkan ayat itu terus dia melaruka  diri. Kumpulan Red Dragon mula mengejar David.

"Kejar dia! Jangan biar dia lepas!!" arah Denis. Dia hanya membiarkan mereka yang lain mengejar David.

Alice sudah ketawa. Air mata yang mengalir adalah air mata kegembiraan. Dia terhibur dengan gelagat Red Dragon.

Denis tersenyum dalam diam melihat Alice yang ketawa.

'Aku harap, kau gadis yang aku cari.'

TBC

Saya mungkin akan update lambat sebab sekarang saya terpaksa guna telefon mama. Telefon saya rosak. Tak boleh on. Huhuhuuu...

Teruskan vote dan komen!!
Thanks for your support ♡

واصل القراءة

ستعجبك أيضاً

305K 11.7K 47
Siapa Yang Tidak Mengenali Silver Death Mafia, Kumpulan Mafia Paling Ditakuti Di England Dan Di Segenap Dunia. Pengaruh Kumpulan Itu Sungguh Kuat Dan...
5.4K 314 16
Seorang orang Itali dan seorang lagi orang Melayu.Eh!Macam mana boleh jumpa ni? Mintak maaf saya tak pandai buat sinopsis.......😢😢😢 Harap suka cer...
Triplets T&N بواسطة leewrites

قصص المراهقين

52.4K 5K 53
[Highest Ranking #1 in crackhead] [Highest Ranking #1 in sport] [Highest Ranking #1 in triplets] [Highest Ranking #1 in taekwando] [Highest Ranking #...
50.4K 2.2K 4
I CRIED!😭😭 Tapi sebelum tu, Lya nak beritahu.Ni bukan Lya yang buat . Tapi kawan Lya punya kakak 👏. ...