Blind Girl

By nurlins

59.7K 3.9K 467

Highest Rank #1 in Chicklit #1 in Aulia Aulia Mardhiah, gadis berusia 16 tahun dan m... More

Penghargaan
00 |Prolog
01 | Bab 1
02 | Bab 2
03 | Bab 3
04 | Bab 4
05 | Bab 5
06 | Bab 6
07 | Bab 7 (Part 1)
08 | Bab 8
09 | Bab 9
10 | Bab 10
11 | Bab 11
12 | Bab 12
13 | Bab 13
14 | Bab 14
15 | Bab 15
16 | Bab 16
17 | Bab 17 (Part 2)
18 | Bab 18
19 | Bab 19
20 | Bab 20
21 | Bab 21
22 | Bab 22
23 | Bab 23
24 | Bab 24
25 | Bab 25
26 | Bab 26
27 | Bab 27
28 | Bab 28
29 | Bab 29
30 | Bab 30
31 | Bab 31
32 | Bab 32
33 | Bab 33
34 | Bab 34
35 | Bab 35
36 | Bab 36
37 | Bab 37
38 | Bab 38
39 | Bab 39
40 | Bab 40
41 | Bab 41
42 | Bab 42
Blind Girl 2
43 | Bab 43
44 | Bab 44
45 | Bab 45
46 | Bab 46
47 | Bab 47

0 | Watak

3.7K 144 20
By nurlins

BLIND GIRL

Hiasilah bibirmu dengan senyumanmu tika diriku tiada bersamamu. Kelak, suatu hari nanti dia akan menjadi pengganti buat diriku

AULIA MARDHIAH

Gadis 16 tahun yang sudah kehilangan ayahandanya disebabkan satu insiden ketika menyelamatkan nyawa seseorang. Hatinya kental tatkala tinggal bersama ibunya dan dia sentiasa akur dengan segala arahan ibunya meskipun terpaksa berpindah sekolah.

Permindahan ke sekolah baharu tidak lagi menjadi mimpi indah buatnya apabila dia berjumpa semula dengan musuh sekolah rendahnya dahulu, Nik Hasan juga tak dilupakan pembuli setianya Hazrul Imran.

Pertemuan ini telah bertukar menjadi semakin hebat apabila watak-watak baharu mula hadir sebagai penyelamat, pemain, persahabatan dalam cerita ini. Kisah dahulu kini dibangkitkan satu per satu tatkala Farish dan Haidar turut hadir.

Kekuatannya kian lemah apabila dia diuji dengan satu permainan. Aulia mengambil keputusan untuk melarikan diri daripada segala kekusutan ini. Malangnya, musibah menimpa dirinya. Luka terpalit di jiwa.

FARISH N.

Lelaki yang berusia 16 tahun ketika dahulu yang pernah menyimpan perasaan terhadap Aulia yang ketika itu berumur 11 tahun.

Kehadirannya buat kali pertama untuk menyelamatkan gadis ini. Air mata yang mengalir dilihatnya pilu. Dia cuba menghampiri untuk memujuk gadis ini. Setelah lama memerhati, hatinya mula terpaut dengan gadis kecil ini.

Disebabkan satu insiden, semuanya musnah begitu sahaja. Farish terpaksa menggadai nyawanya ketika gadis itu di dalam satu pertaruhan antara cinta dan nyawa.

Akan tetapi, dia tidak berputus asa. Dia bangkit semula dengan menghadirkan diri buat kali kedua dalam hidupnya meskipun gadis itu lupa akan dirinya.

MUHAMMAD HANIF QAYYUM


Remaja 17 tahun merangkap ketua pengawas di sekolah. Kali pertama bertemu dengan Aulia seakan indah apabila dia cuba untuk bermain-main di mindanya.

Berkali-kali dia sudah menyelamatkan Aulia, tanpa dia sedar hatinya mula berputik dengan satu kuntuman bunga cinta. Jiwanya seakan bentak dengan semua ini.

Namun, dia tidak mampu untuk menghalang apabila rasa kasih sayang untuk menjaga seorang bidadari itu hadir.

Antara pertaruhan dirinya dan kawannya, Aiman, dia terpaksa menipu perasaannya terhadap Aulia dengan memalukan Aulia dikhalayak ramai. Dia cuba untuk berhenti tetapi jika dia bertindak sedemikian maruahnya akan tercalar.

HAZRUL IMRAN


Berhati gelap, fikiran kosong itulah Hazrul. Berwatak kejam pada mulanya namun diakhir topik dialah yang paling romantik sekali di mata Helena.

Namun, hatinya pada yang satu gadis sahaja sejak sekolah rendah iaitu Aulia Mardhiah. Meskipun dia berwatak negatif dengan sering membuli dan memukulnya, tetapi hatinya masih pada gadis ini.

Menjadi watak yang lebih positif bukan mudah baginya tatkala Aulia sering menjauhkan diri darinya. Dia cuba memikat hati gadis ini dan siapa sangka dia berjaya menjaga gadis ini dengan berada di samping tatkala Aulia hilang ingatan hingga kini.

Perasaannya dihalang buat kali kedua apabila Aulia menolak cinta darinya. Dia pasrah dan mengundurkan diri dengan perasaan sedih dan menyelubungi diri.

NIK HASAN

Musuh ketat utama Aulia. Disebabkan satu peristiwa, dia mula menyimpan dendam terhadap gadis ini. Dia benci gadis ini kerana dia abang kesayangannya sakit seumpama nyawa ikan ketika itu.

Sejak dari itu, tiada lagi perkataan maaf yang terselit di hatinya. Tidak akan ada sekalipun. Dia tegas dan panas baran serta pantang jika orang menolak pemberian atau ajakannya.

Meskipun dia datang sebentar di awal bab, dia akan mula hadir semula ketika Aulia mula menginjak bahagia bersama orang tercintanya.

HAIDAR

Peneman setia Aulia di sebalik dia rebah atau bangkit. Dia juga sebagai pembantu kepada abangnya tatkala dia tiada suatu hari nanti.

Seorang yang kelakar dan penghibur dikala Aulia terluka. Dia juga periang dan suka menyimpan perasaan dalam diam.

Meskipun dia seorang yang kelakar, ada satu misteri yang tersimpan di sebalik kisah silamnya dahulu yang akan dirungkaikan satu per satu di dalam buku ini.

NAUFAL

Watak baru yang akan mengejutkan anda semua apabila dia adalah orang yang sama dalam semua watak di atas.

Cirinya hampir sama seperti baik, lemah lembut, hormat dan sebagainya. Dia patuh dengan janjinya dari dulu hingga sekarang untuk menjaga gadis ini.

NAIM NABILA

Dialah antara antagonis yang hadir. Gadis licik yang memperdayakan rakannya sendiri demi mencapai impiannya yang tersimpan sejak dahulu.

Dia terlalu mementingkan diri sendiri hingga tidak sedar, dirinya telah dimakan atau terperangkap dengan kehadiran si dia dalam hidupnya. Baginya mungkin itu bahagia baginya sekiranya merampas hak orang lain. Namun, dia salah dan disebabkan itu, dia mula termakan dirinya sendiri dan musibah hebat menimpa keluarganya.

_______________

Continue Reading

You'll Also Like

25.9K 5.2K 26
Setelah menyimpan sakit hati yang begitu lama, Aradhea Puspitha harus dipertemukan kembali dengan Ethan Arkachandra Wisnu Patria yang kini menjelma m...
594K 3.7K 4
Why were all the so-called normal guys, a**holes? Why couldn't she find a decent guy. Was something wrong with her? She knew her days of youthfulness...
2M 59.4K 101
When Valerie Adams gets to know that she is betrothed to the youngest billionaire in New York, just to save her father's dying company, it is two nig...
1.1M 94.6K 43
• INDIAN ARRANGE MARRIAGE • ˜"*°•.˜"*° •°*"˜.•°*"˜ "You're my peace within all the Chaos of my life" ...