Rindu Dendam [Completed]

By maslily

654K 10.8K 738

[Sambungan RINDU] Mula-mula kita kenal.. Setelah itu kita berkawan.. Kita berjumpa.. kau ajak bercinta. Kau c... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
#UPDATE
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
#UPDATE
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
#UPDATE
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 45
Epilog

BAB 44

11.7K 175 7
By maslily

No P.O.V

"Macam mana keadaan dia doktor?" Soal Ammar dalam kerisauan.

"Bersabar lah Encik Ammar, mungkin dalam dua atau tiga hari lagi baru pesakit akan menyedarkan diri. Lagipun tiada apa yang perlu dirisaukan kerana pesakit dalam keadaan stabil." Terang doktor muda itu. Wajahnya manis tersenyum menenangkan jiwa Ammar. Menghilangkan seribu resah dan serba salah.

"Okay, terima kasih doktor. Nanti kalau pesakit sudah sedarkan diri semasa ketiadaan saya di sini, please give me a call." Rayu Ammar. Doktor itu hanya mengangguk sambil tersenyum kecil.

Ammar berlalu keluar daripada bilik doktor muda itu. Sakit kepala nya tatkala mengenangkan satu-satu masalah yang hadir. Sehingga kini dia tidak tahu di mana keberadaan Lia. Sudah puas dia mencari dan bertanyakan kepada semua orang yang mengenali Lia. Namun mereka semua ibarat berkunci mulutnya tidak mahu menjawab.

"Lia..Lia. Dekat mana lah awak sekarang ni." Ammar meraup rambutnya ke belakang. Audi miliknya dihidupkan lalu dia meninggalkan perkarangan hospital.

------------------------------------------

"Ammar!!" Lia menjerit sekuat hati di dalam bilik kecil itu. Dia mahukan Ammar di saat ini. Semakin lama dia berada di sini, semakin dia berasa tidak selamat. Dia tahu bahawa penculik itu ada niat jahat ke atas dirinya. Dia pasti dirinya di dalam bahaya kerana kali terakhir sebelum dia tidak menyedarkan diri, jelas dia mendengar bahawa penculik itu mahukan dirinya dan bukannya Lin.

Lia meraung dan menangis dengan kuat meratapi nasibnya. Dengan keadaan dirinya terikat, agak susah untuk dia melepaskan diri. Lia memejamkan mata tatkala terdengar bunyi derapan kaki menuju ke biliknya.

"Elok je dia tidur tu." Suara lelaki bermain di gegendang telinga nya.

"Lah, tadi aku dengar macam ada orang jerit. Aku ingatkan dia. Nak tengok sendiri aku tak berani tu yang aku ajak kau." Balas suara seorang perempuan dan berselang dengan bunyi pukulan kecil.

"Sakit lah. Tangan kau ni kalau tak memukul sambil bercakap memang tak sah kan? Dah lah jom keluar."

Tatkala pintu bilik ditutup, Lia membuka matanya. Air mata yang ditahan sedari tadi sudah mula pecah. Dia benar-benar mahukan Ammar di saat ini. Hanya Ammar yang mampu menenangkan dirinya.

"Abang.. abang kat mana.. kenapa tak datang cari Lia. Ya Allah apa lah dosa aku sampai aku diperlakukan begini." Lia meratapi nasibnya. Sungguh dia tidak rela diperlakukan sebegitu.

"Aku kena cari jalan keluar. Aku tak boleh harapkan Ammar datang cari aku." Matanya melilau sekeliling mencari jika ada tingkap atau lubang yang boleh memuatkan dirinya untuk keluar.

Lia cuba melepaskan ikatan pada tangannya. Pergelangan tangannya menjadi semakin merah apabila dia memaksa untuk  memusingkan tangannya. Namun rasa pedih itu tidak memberi apa-apa kesan ke atas dirinya. Pada saat ini, hanya satu yang perlu dilakukan- melarikan diri.

"Fuck! fuck! Argh sikit lagi. You can do it Lia."  Tali pada pergelangannya semakin longgar. Dengan sekali rentap, tali pada tangan kanan nya mulai terungkai dan dengan cepat dia membuka tali pada tangan kirinya.

Buat pertama kalinya Lia merasa bebas begini. Kepalanya disengetkan ke kiri dan ke kanan. Bahu yang lenguh digerak-gerakkan ke depan dan ke belakang. Tanpa membuang masa, ikatan pada kakinya terus dibuka.

"Finally." Lia menghembuskan nafas lega. Dia menapak perlahan ke lantai. Terasa sejuk lantai yang bersimen itu apabila memijaknya tanpa berkasut.

Suara-suara halus seperti orang sedang bercakap diluar membuatkan Lia terus bertindak menyorok di belakang pintu. Sempat juga dicapainya tali yang berada di atas katil.

"Mirah, awak masuk dulu lah. Saya nak pergi tandas sekejap."

"Okay. Cepat sikit tau."

Sebaik sahaja pintu di buka, seorang wanita berjalan perlahan memasuki bilik itu. Syukur bilik itu tidak berlampu. Keadaan suram bilik itu menjejaskan pandangan wanita itu. Beberapa tapak ke hadapan, Lia terus menyerang wanita yang berada di hadapannya.

Tali yang berada di tangan terus dijerut pada leher wanita itu. Terkapai-kapai wanita itu cuba melepaskan tali yang menjerut lehernya sehingga menyebabkan saluran pernafasannya tersekat.

Lia tidak memberi peluang langsung dan terus menolak wanita itu sehingga mukanya tersembam di atas katil. Kepala wanita itu ditolak semakin kuat sehingga akhirnya tiada pergerakan dan sebarang bunyi yang keluar. Puas dengan apa yang berlaku, Lia terus menyusup keluar dari bilik itu.

Lia berjalan perlahan mencari jalan keluar. Baru sahaja separuh perjalanan, Lia terdengar sayup-sayup suara meminta tolong. Lia memfokuskan daya pendengarannya pada suara itu. Semakin lama semakin hampir. Terbeliak matanya apabila dia mendapati bukan dia sahaja yang menjadi mangsa culik. Rupanya ada ramai lagi yang menjadi tawanan sehinggakan mereka dikurung di dalam sebuah bilik seperti penjara.

"Hoi! Keluarkan kami!" Jerit salah seorang tawanan apabila mendapati Lia berada di situ. Disangkakan Lia sebahagian daripada penculik itu. Mereka semua memusatkan pandangan ke arah Lia.

"Keluarkan kami! Keluarkan kami! Keluarkan kami!" Bergema bilik itu apabila suara mereka bersatu. Lia menutup telinganya kerana berasa terganggu.

Tidak lama selepas itu, bunyi siren yang datang entah dari mana membingitkan pendengaran. Mereka yang berada disitu semuanya menekup telinga.

"Dia dekat sana. Cepat tangkap dia! Jangan biarkan dia terlepas!" Jerit salah seorang penculik. Jarinya ditujukan ke arah Lia. Tanpa membuang masa Lia terus berlari laju.

Beberapa langkah sahaja lagi Lia pasti dapat memboloskan diri kerana dia sudah dapat melihat cahaya matahari yang datang dari luar.

Ssup!

Terasa dirinya ditarik ke dalam dakapan. Tangannya dikunci rapi. Lehernya terasa sejuk apabila terkena mata pisau yang diacukan pada lehernya. Pergerakannya terbatas. Lia memalingkan kepala untuk melihat gerangan yang menahannya.

Muqris.

"Saya dah dapat dia!" Jerit Muqris lantang. Tidak berkelip matanya melihat apa yang berada dibelakangnya. Tersekat suaranya di kerongkong. Bagaikan tidak percaya Muqris juga salah seorang daripada penculik itu.

Lia di bawa rapat ke arah penculik-penculik itu. Belakang kakinya ditolak menyebabkan dia jatuh melutut. Di hadapannya kini seorang lelaki yang sudah pun separuh abad tersenyum sinis melihatnya.

"Kau takkan boleh lari jauh dekat dalam ni. Ini tempat kami bukan tempat kau Kamelia." Jawab lelaki itu sinis.

"Kau nak apa hah?!" Jerit Lia lantang.

"Kau dah buat banyak kesalahan jadi kami terpaksa tangkap kau."

"Aku buat salah apa?! Aku tak pernah kacau hidup sesiapa lah! Lepaskan aku!" Bentak Lia. Dia cuba untuk berdiri namun ditahan keras oleh Muqris dibelakang.

"Masukkan dia semula ke dalam kurungan." Sejurus arahan itu dikeluarkan, Muqris terus menarik Lia untuk berdiri. Sengaja Lia menahan kakinya dari terus berjalan. Dia tidak mahu dimasukkan semula ke dalam bilik kurungan.

Lia di bawa sendiri oleh Muqris ke dalam bilik kurungan. Sampai sahaja di laluan sunyi, Lia memperlahankan langkah kakinya.

"Kenapa awak buat saya macam ni Muqris?" Soal Lia mendatar. Tiada jawapan yang diberikan. Hanya derapan kaki yang menjadi latar.

'Takkan nak sia-siakan peluang macam tu je Lia!' Bisik hati Lia.

'Kau kena teruskan perjuangan.'

'Sikit je lagi kau nak keluar tadi.'

'Bunuh lelaki tu!'

'Bunuh Muqris!'

'Bunuh dia sekarang!!'

Tanpa membuang masa, Lia terus menyiku perut Muqris. Tangannya dihayun terus menumbuk muka Muqris. Tindakan spontan Lia memeranjatkan Muqris. Tidak disangka Lia akan bertindak drastik begitu.

Belum sempat Muqris melawan, Lia terlebih dahulu mengambil pisau yang berada di pinggang Muqris. Pisau itu di acu ke arah Muqris. Muqris mengangkat tangannya tanda mengalah.

"Aku terpaksa bunuh kau. Kau dah banyak menyusahkan aku Muqris. Kau dah seksa hidup aku! Kau seksa jiwa aku! Aku benci kau!"

Tanpa rasa belas kasihan, Lia terus merodok pisau itu menikam perut Muqris. Dibiarkan pisau itu tercucuk jauh ke dalam. Pisau itu kemudiannya ditarik dan dirodok lagi ke bahagian lain. Muqris hanya menahan setiap asakan daripada Lia.

Tidak terdaya dia ingin melawan sehinggakan darah tersembur keluar daripada mulutnya. Seorang wanita yang kebetulan melalui laluan itu menjerit nyaring apabila melihat adegan tersebut.

Lia terus mengangkat kepalanya memandang wanita itu. Pisau yang berada di dalam perut Muqris di tarik keluar. Kini, giliran wanita itu pula akan menjadi mangsanya.

Lia berlari laju menuju ke arah wanita itu. Mukanya bengis ibarat harimau kelaparan. Tangannya sudah dipenuhi darah pekat.

"Lia!" jerit seorang lelaki yang berada di belakang wanita tersebut. Wanita itu tadi diselamatkan oleh beberapa orang yang datang bersama lelaki itu.

Lia terus tergamam. Langkahnya terhenti. Pisau ditangan terlepas jatuh ke lantai. Air matanya berguguran sedikit demi sedikit.

"Abang.." bergetar suaranya ketika itu.

Ammar berjalan perlahan menuju ke arah Lia.

"Meh sini sayang." Panggil Ammar lembut. Tangannya didepakan. Sengaja dipanggilnya Lia supaya Lia menjauhi pisau yang berada di bawahnya. Risau juga dia jika Lia bertindak di luar kawalan.

"Abang pergi mana.." Lia menapak satu persatu menuju ke arah Ammar. Airmata nya semakin laju mengalir. Sungguh dia rindukan lelaki itu.

"Abang dekat sini sayang." Jawab Ammar. Lia yang semakin hampir dengannya ditarik terus ke dalam dakapan.

"Sayang takut.. sayang nak abang.." Rengek Lia di dalam dakapan Ammar. Ammar menggosok perlahan belakang kepala Lia. Rambut Lia diselak dialihkan kesebelah kanan.

"Ya sayang.. Abang ada dah ni. Jangan takut dah ye.. Jom kita tidur." Jawab Ammar tenang. Lia mendongak memandangnya.

"Taknak tidur.. Nak balik."

"Ya.. tapi sayang tidur dulu ye." Kata Ammar lalu menyuntik leher Lia.

"Abang, sakit.." Jawab Lia lemah. Badannya terus rebah tetapi sempat ditahan Ammar daripada terjatuh. Ammar mencium lembut ubun-ubun Lia.

Continue Reading

You'll Also Like

53.9K 6.8K 13
"Airis merayu jangan ambil anak Airis. Jangan pisahkan kami." - TENGKU AIRIS KIRANA Siapakah yang menanggung semua ini jikalau bukan gadis muda ni. B...
2.8M 255K 88
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
207K 6.9K 30
Kerana terlalu sakit hati dipermainkan dengan bekas kekasihnya, Daniel, Ayra nekad utk menggoda bapa Daniel, Dato Zakery. Namun, ia terperangkap d...
44.4K 4.5K 20
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...