[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | โœ”

By widaa99

25.8K 3.3K 3.5K

Sweet talker! Playboy! > Itulah anggapan Lisa terhadap Kai. Dia tidak pernah menyukai Kai sejak awal lagi. La... More

A/N ๐ŸŒธ
Chapter 1.
Chapter 2.
Chapter 3
Chapter 4.
Chapter 5.
Chapter 6.
Chapter 7.
Chapter 8
Chapter 9.
Chapter 10.
Chapter 11.
Chapter 12.
Chapter 13.
Chapter 14.
Chapter 15.
Chapter 16.
Chapter 17.
Chapter 18.
Chapter 19.
Chapter 20.
Chapter 21.
Chapter 22.
Chapter 23.
Chapter 24.
New ๐ŸŒธ
Chapter 25.
Chapter 26.
Chapter 27.
Chapter 28.
Chapter 29.
Chapter 30.
Chapter 31.
Chapter 32.
Chapter 33 [Final]
Read this PLEASE ๐Ÿ™†โœจ
Special #1:She's Back
Special #2: Feeling betrayed
Special #3: Truth Or Lies?
Special #4: The day
Special #6: Non-sense
Special #7: Kill
Special #8: The Real [END]ing

Special #5: Careless

320 51 24
By widaa99

Kai's POV

"Saya balik awal sikit hari ni. Rasa tak sedap badan. Kalau ada yang tanya, cakap je saya ada urgent matter," aku berpesan kepada Nicole sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat.

Entah kenapa, sejak mesyuarat tadi aku rasa macam tak sihat. Hati pun rasa tak sedap je.

Setelah mengambil wallet dan kunci kereta, aku keluar semula daripada bilik pejabat untuk pulang ke rumah. Nasib baiklah hari ni tak ada kerja yang aku kena siapkan cepat.

Tet!tet!

Aku terus mengambil handphone di dalam kocek seluar yang bergetar menandakan ada panggilan. Skrin telefon dipandang.

Siapa pula ni? Aku tak ada simpan contact number pun.

Tanpa membuang masa, aku terus memgangkat panggilan tersebut. Mana tahu ada perkara penting ke kan.

"Ya?

"Lisa? Ya, saya suami dia. Kenapa ya" aku mula berasa berdebar-debar. Kenapa ni?

"Ke-- kemalangan?"

"Baiklah, terima kasih saya datang sekarang,"

Tanpa mendengar balasan daripada wakil pihak hospital , aku terus mempercepat langkah ke kereta.

Jantung aku semakin berdegup laju. Macam mana Lisa boleh kemalangan ni? Ya tuhan, patutlah aku rasa tak sedap hati daripada tadi.

Aku segera membuka pintu kereta. Sakit kepala tidak aku hiraukan. Aku risaukan Lisa! Aku tak tahu keadaan dia stabil atau tak sebab aku langsung tak sempat nak tanya.

Aku terus menghidupkan enjin kereta lalu memandu keluar dari bangunan tersebut untuk ke hospital. Dalam perjalan, aku tak putus-putus berdoa supaya Lisa selamat.

Lisa, jangan tinggalkan abang.

Please, be safe.


°°°

"Puan Lisa baru sahaja melepasi tahap kritikal tapi dia kini berada dalam keadaan koma. Saya tak pasti bila dia akan sedarkan diri. Saya harap encik dapat bersabar,"

Kata-kata doktor yang merawat Lisa membuatkan aku terduduk. Aku bersyukur Lisa tak kritikal tapi dalam masa yang sama, Lisa berada dalam keadaan koma. Perasaan aku bercampur baur.

Aku tak sanggup memikirkan kemungkinan Lisa tak akan sedarkan diri untuk tempoh masa yang lama. Tak!

Aku meraup wajah. Sudah beberapa jam aku berada di hospital. Rambut aku pun dah kusut habis.

"Kai?"

Aku menoleh ke arah si empunya suara. Oh, Junho.

"Lisa macam mana?" Tanya Junho sambil mengambil tempat disebelah. Rasanya dia pun baru pulang daripada pejabat melihat kepada baju kemeja yang dipakainya.

"Doktor kata dia dah tak kritikal tapi dia koma. Tak tahu bila dia dapat sedarkan diri," jawab aku perlahan.

Junho hanya mengangguk-anggukkan kepala tanda faham.

"Sabarlah Kai. Ni semua ujian untuk kita," dia menepuk-nepuk bahu aku. Aku menoleh ke arah Junho kembali.

"Hyung, aku--aku takut. Aku takut kalau Lisa tak bangun. Aku--" sekali lagi aku meraup wajah. Air mata yang aku tahan sedari tadi jatuh akhirnya.

"Kau jangan macam ni. Kau kena fikir positif. Aku sure, Lisa mesti akan sedar nanti. Adik aku tu kuat. Kau jangan risau," ucap Junho.

Aku tahu dia pun mesti sangat risaukan Lisa. Satu-satunya adik yang dia ada walaupun dia nampak tenang.

"Aku tak nak kehilangan Lisa, Hyung," ujar aku dengan lemah. Aku serabut. Aku tak boleh nak fikir positif pun.

"Look, nobody is going to lose her! Kau kena yakin. Just keep on praying," Junho memegang kedua lenganku menghadapnya. Aku mengangguk perlahan.

"Ni, ibu dengan ayah mana?" Junho mengubah topik setelah beberapa ketika kami masing-masing mendiamkan diri.

"Oh, tadi ada datang tapi ayah bawa ibu balik semula sebab ibu hampir pengsan tadi," aku membalas.

Itupun dia berkeras tak nak pulang sebab terlalu risaukan Lisa. Namun setelah dinasihat ayah, barulah dia akur. Lagipun aku ada untuk tengok-tengokkan Lisa.

"Haih, Lisa, Lisa. Macam mana boleh sampai accident ni? Setahun aku dia bukan jenis bawa kereta laju ke apa. Dia kalau drive memang berhemah. Terlebih berhemah kut," ujar Junho sambil menggelengkan kepala.

"Entahlah. Aku pun tak tahu. Pihak polis tengah siasat lagi," ujarku.

Tapi yang aku lagi pelik,

Lisa pergi mana? Dia tak ada bagitahu aku pun dia nak keluar? She's not like this.

"Hah, lupa aku nak tanya. Uncle dengan aunty macam mana? sihat?" Soal Junho.

"Sihat. Diaorang sebenarnya tengah bercuti dekat Perth tapi tadi aku bagitahu pasal Lisa, mama  kata malam ni juga diaorang balik sini," jelasku. Perbualan aku dan mama tadi kembali bermain di fikiran.

"Ni kau dah makan ke belum? Pergilah makan dulu kalau belum. Tak apa, aku tunggu sini tengok-tengokkan Lisa," kata Junho.

"Its okay. Aku tak lapar pun," aku menolak. Entahlah aku lapar ke tak, yang aku pasti aku tak ada selera nak makan. Fikiran aku bercelaru.

"Maaf mengganggu. Boleh saya tahu mana satu ahli keluarga Puan Lisa?" Tiba-tiba kami didatangi dua orang lelaki yang aku pasti pegawai polis apabila dilihat pada tag nama yang tergantung di leher.

Aku dan Junho serentak bangun.

"Saya abang dia. Yang ni Encik Jong In, suami dia," ujar Junho lalu bersalaman dengan kedua polis tersebut. Aku turut bersalam dengan mereka.

"Macam ni Encik Jong In, Encik Junho. Saya Inspektor Kim.  Berdasarkan laporan yang pihak hospital bagi kepada polis, kami mendapati yang kemalangan Puan Lisa mungkin disebabkan kecuaian dia sendiri," terang Inspektor Kim.

Aku mengerutkan dahi. Cuai?

"Maksud tuan? Bukan sebab kereta dia ada masalah ke apa?" Aku menyoal.

"Itu kami belum pasti sebab siasatan ke atas kereta yang Puan Lisa pandu masih dijalankan. Saksi yang ada dekat tempat kejadian bagitahu yang Puan Lisa langsung tidak mengelak waktu dia hampir berlanggar dengan kereta di depan dan itu sememangnya sesuatu yang agak luar biasa," tambah pegawai polis itu lagi.

"Tak mengelak? Then, apa yang tuan maksudkan kemalangan ni berlaku sebab kecuaian adik saya?" Soal Junho. Aku mengangguk mengiyakan soalan Junho. Aku pun tak nampak apa kaitannya.


"Macam ni, laporan pihak hospital menunjukkan yang Puan Lisa berada di bawah pengaruh pil khayal ketika kemalangan tu berlaku jadi, mungkin dia separa sedar waktu tu,"

Kata-kata Inspektor Kim seperti halilintar yang mengejutkan aku. Aku dah Junho bertukar pandangan pelik dan tidak percaya.

Pil khayal?

Lisa?

No way! This is freaking weird.

What the heck was happening?!


🌸🌸🌸

Thanks for reading! 💞

Maaf kalau chapter ini hambar atau tak best atau yang bersamaan dengannya ;__;

Tak reti sangat nak express kai punya kesedihan tu em.

🙈💞💞

Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 133K 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sa...
7.3M 129K 23
Air yang tenang, Jangan disangka tiada buaya. Bukan buaya aje malah kuda laut,singa laut, ikan jaws pun ada"-FARHAN "Adeh....keluar dari mulut buaya...
1.7M 93K 54
โŒDILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. โ—CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...