𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔

By ochlophobia-

403K 10.3K 1.1K

◇DONE◇ "Old ways won't open new doors." - ochlophobia- sᴜᴀᴍɪ ᴋᴇʀᴀs ᴋᴇᴘᴀʟᴀ ᴅᴀɴ ᴅɪɴɢɪɴ,ʙᴜᴋᴀɴʟᴀʜ ᴄɪʀɪ sᴜᴀᴍɪ ɪ... More

PROLOG
#01
#02
#03
#04
#05
#06
#07
#08
#09
#10
#11
#12
#13
#14
#15
#16
#17
#18
#19
#20
#21
#22
#23
#24
#25
MD
#26
#27
MD
#28
#29
#30
#31
#32
#33
#34
#35
#36
#37
#38
#39
#40
#42
#43
#44
MD
#45
#46
EPILOG
NOTES

#41

4.7K 237 40
By ochlophobia-

"Adik!" Mummy menerpa ke arahku dan memeluk tubuhku. Aku terus membalas pelukan mummy.

Aku melihat kelibat angah berjalan menaiki tangga tanpa langsung berkata apa atau menoleh ke belakang. Aku tersenyum kecil.

Angah..terima kasih. Sebab tunggu adik. Dari dulu lagi.

"Adik okay tak? Ya Allah..nak, tengok dah pukul berapa ni? Adik pergi mana hah? Mummy risau tau.." bebel mummy. Aku mengapai lengan mummy, "adik okay mummy..jangan risau..adik penat ni..adik naik dulu.." aku melepaskan lengan mummy dan mendaki tangga.

Tubuh di hempaskan di atas katil. Satu frame gambar di tepi katil aku ambil dan tatap.

"Saya penat menangis untuk awak walaupun saya tahu, tak ada apa yang akan berubah..dan saya dah bertekad..saya bersedia kalau awak nak lepaskan saya.." aku tersenyum. Pasrah. Frame itu aku terbalikkan.

***

"Angah, adik dah siap.." ujar Aisya. Fareez yang sedang bermain handphone menoleh ke arah adiknya.

Fareez mengangkat punggungnya dari sofa lalu dia berjalan ke arah Aisya. Bahu adiknya di tarik.

"Betul ke kau nak jumpa dia?"soal Fareez, meminta kepastian. "Hmm.."balas Aisya bersahaja.

"Kau pasti ke ni idea yang baik? Keputusan sebenar kau?" Soal Fareez lagi. "Ye angah, adik dah fikir masak-masak..ni lah keputusan adik.."

Aisya menyarungkan kasutnya dan terus memasuki perut kereta Fareez.

Fareez menghembus keluhan berat. Kalau tu keputusan kau, baiklah.

Fareez mengambil kunci keretanya dan masuk ke dalam kereta. Aisya di sebelahnya di pandang sekilas.

"Pakai tali keledar.."arah Fareez.

***

"Papa kata Aidan dah mula kerja balik..so kita pergi pejabat dia la?"tanya Fareez. "Hmm"balas Aisya.

Setibanya di bangunan syarikat daddynya yang kini dimiliki oleh Aidan atas statusnya suami Aisya, mereka terus ke kaunter pertanyaan

"Saya nak jumpa bos awak.."ujar Aisya,dingin. Wanita di kaunter itu seperti teragak-agak mahu menelefon pejabat Aidan.

"Erm, dia isteri Aidan.." tambah Fareez. Barulah muka wanita itu tenang sidikit. "Ouh,baiklah.."

***

"Duduklah.." pelawa Aidan. Aisya menguntum senyuman palsu lalu dia melabuhkan punggung di atas kerusi

Aidan memandang Aisya tanpa sebarang reaksi. "Cakaplah.." kata Aidan dengan dingin.

Di dalam hati Aisya, dia masih berharap yang Aidan akan mengubah fikirannya.

Aisya menatap wajah Aidan yang dingin. Air liur ditelan.

"Awak..betul ke ni awak Aidan?" Soal Aisya. Aidan mengerutkan dahi.

"Apa yang kau nak sebenanrya?"soal Aidan.

Aisya tersentak dengan kata-kata Aidan. Kau?

"Aidan, awak main-mainkan??"soal Aisya lagi. Aidan mula bengang dengan sikap Aisya yang melambatkan urusannya.

"Cepatlah cakap,kau nak apa? Aku tak ada masa lah.."

Aisya menundukkan kepala. Harapannya tadi berharap agar Aidan memberitahu yang dia hanya berlakon. Tetapi tidak, dia salah. Aidan betul-betul lupakan dia.

Aisya menggenggam tangan sendiri. Nafas ditarik, mengumpul kekuatan. Dia bersedia untuk meluahkan hasratnya.

"Cepat--"

"Lepaskan saya!"

Akhirnya kata-kata itu terluah. Air mata Aisya bertakung di tubir mata. Tidak sangka yang dia melepaskan kata-kata itu.

Aidan kelihatan terkedu dengan  kata-kata Aisya. Hatinya berdegup laju tiba-tiba.

Kenapa?

"Hah?" Aidan mempersoalkan kata kata Aisya.

"Tolong..lepaskan saya..bebaskan saya dari permainan awak..cukuplah sakitkan hati saya Aidan.." luah Aisya. Air matanya ditahan.

Ya Allah, jika inilah keputusan yang terbaik, maka biarkanlah dia lepaskan aku. Dan buanglah segala parut dihatiku.

"Aku akan kahwin dengan Rafeqa.."

Aidan berkata tiba-tiba.

Aisya tersentak. Jantungnya terasa bagai berhenti berdegup. Air matanya berderai jua membasahi pipinya. Tekak terasa kering dan perit. Satupun bait kata tidak mampu diluahkan lagi. Apa yang dia rasa hanyalah sakit. Sakit yang tidak mampu di tahan.

Aidan mengangkat punggung dari kerusinya. Tanpa memandang wajah Aisya, Aidan berkata,
"Ahad minggu depan..hari pernikahan aku..aku nak kahwin dengan Rafeqa.."

Semakin luluh hati Aisya. Aidan..betul betul lupakannya.

Aisya membina semula kekuatan diri. Dia sudah bertekad mahu lepas dari apa apa pertalian dengan Aidan.

"Lepaskan saya.."

Aidan memandang Aisya sekilas. Langsung tidak menjawab apa-apa.

"Lepaskan saya la Aidan!!"

Hampa, masih tiada jawapan. Aidan malarikan pandangan dari mata Aisya.

Aisya semakin sebak. Air matanya berguguran deras.

"Kenapa..kenapa awak buat saya macam ni? Kanapa awak mainkan saya? Kalau awak cintakan Rafeqa,lepaskan saya..tolonglah..lepaskan saya.."

Rayu Aisya. Dia menangis semahu-mahunya. Betapa sakit yang dia rasa. Tidak mampu dia katakan.

"Aku akan lepaskan kau..tapi selepas aku beranikah dengan Rafeqa.."jawab Aidan dingin. Seolah-olah hatinya tiada perasaan langsung. Betapa kerasnya jiwa dia. Betapa kejamnya dia.

"Kenapa?!kenapa nak simpan saya??apa motif awak simpan saya sedangkan awak langsung tak cintakan saya?! Awak benci saya, jadi lepaskan saya!!Kenapa nak biarkan saya berada dalam kehidupan awak lagi?! nak bagi saya lagi sakit?!" Aisya meninggikan suara. Dia sedih dan kecewa.

"Sebab aku nak semua orang jadi saksi yang aku ceraikan kau.."

Pap!!

Satu tamparan padu tepat mengenai pipi Aidan.

"Kejam!!kau kejam!! Aku tak pernah sangka kau sekejam ni Aidan!! Sanggup kau nak malukan aku depan semua orang?! Kenapa susah sangat nak lepaskan aku?! Aku penatlah!!aku tak larat lagi nak pandang muka kau!!jijik kau tahu tak!! Kau sakitkan aku dan kau langsung tak tahu betapa lamanya aku tunggu kau!! Ini yang kau balas?! Aku penat...lepaskan.
a-ku..l-lepaskan aku Aidan..tolonglah..aku tak nak duduk dalam penjara kau lagi..aku tak mampu..tolong..aku merayu...lepaskan aku dan jangan jumpa aku lagi.,Ya Allah..Aidan aku merayu Aidan..." 

Tengkingan dan tangisan Aisya membuatkan Aidan terkesima. Terkejut bila Aisya mengeluahkan segalanya dengan panggilan kau aku. Selama ini tak pernah lagi dia mendengar Aisya mengamuk sebegini rupa. Aisya kelihatan sungguh tersiksa. Hatinya merasakan sesuatu yang tidak sedap.

Aisya menangis semahunya. Dia berlari keluar dari pejabat Aidan, meninggalkan lelaki itu terkesima.

Mampukah Dia

Jap ni dah siang kan? Langsir ni tertutup pulak. Apa-apa pun ha nah, sebijik lagi aku bagi.

Continue Reading

You'll Also Like

3M 186K 61
As far as she remembers, she's the obsessed one. Laila does some crazy things while secretly fangirling over the campus semi-cal cutie, Asher James P...
232K 4.2K 87
Apat na taon ng kasal si Shu sa isang lalaking ni minsan ay hindi pa niya nakikita o narinig manlang ang boses. Palibhasa ay hindi naman siya dapat a...
4.2M 246K 64
She may be beautiful, but she is aware that she's quite the airhead and is pretty dense. As such, Vivi masks her weaknesses behind a snobby and haugh...
7.9M 233K 56
Rogue Saavedra, the arrogant city's young billionaire, becomes stranded on an unknown island. There he meets an illiterate jungle woman, Jane, who is...