𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮𝐤𝐚𝐡 𝐝𝐢𝐚'°✔

Von ochlophobia-

403K 10.3K 1.1K

◇DONE◇ "Old ways won't open new doors." - ochlophobia- sᴜᴀᴍɪ ᴋᴇʀᴀs ᴋᴇᴘᴀʟᴀ ᴅᴀɴ ᴅɪɴɢɪɴ,ʙᴜᴋᴀɴʟᴀʜ ᴄɪʀɪ sᴜᴀᴍɪ ɪ... Mehr

PROLOG
#01
#02
#03
#04
#05
#06
#07
#08
#09
#10
#11
#12
#13
#14
#15
#16
#17
#18
#19
#20
#21
#22
#23
#24
#25
MD
#26
#27
MD
#28
#29
#30
#31
#32
#33
#34
#35
#36
#37
#38
#39
#41
#42
#43
#44
MD
#45
#46
EPILOG
NOTES

#40

5K 208 25
Von ochlophobia-

Tak sangka..

Macam ni rupanya..

Hah, aku memang dah jatuh dalam mainan kau Aidan..

Sampainya hati kau..

Kereta dipandu laju menyusuri jalan raya. Air mata yang dari tadi tidak berhenti mengalir di kesat.

Sungguh, hati ini hancur melihat dia begitu mesra dengan wanita lain. Apa aku ni tunggul ke? Aku ni patung ke kau nak mainkan aku macam ni?!

Setelah tiba di satu kawasan lapang yang sunyi, aku memarkir kereta di hadapan sebuah bangunan tadika yang sudah lama terbiar. Tali keledar aku buka lalu aku menyandarkan tubuhku ke seat.

Aisya menekup mukanya dengan kedua tapak tangannya. "Kenapa..kenapa awak buat macam ni kat saya Aidan..apa salah saya?" Aisya teresak-esak menangis.

Aku penat. Siapa sahaja yang mampu ungkapkan betapa penat dan hancurnya aku?

"Ya Allah..dugaan apakah kali ini?"

Ya Allah, adakah kau kembalikan dia dalam jangka masa yang singkat untuk aku menenangkan hati aku sahaja? Tetapi mengapa harus dia pergi semula?

Air mata deras menuruni pipinya. Aisya mengurut dadanya. Ya Allah, sakitnya.

Matanya merah. Hatinya hancur, tubuhnya panas.

Aidan, kalau awak bencikan saya, lepaskan saya. Jangan mainkan hati saya. Tolonglah.

***

"Ya Allah..abang, dah pukul berapa ni..kenapa adik tak balik lagi.." Datin Sri Norlia resah. Jam menilik tepat pada pukul 12 setengah malam. Anak perempuannya masih tidak pulang lagi.

Dato' Rahman melabuhkan punggung di atas sofa. Dia juga binggung.

Faheem menepuk-nepuk bahu ibunya untuk menenangkan wanita itu manakala Fareez pula hanya berdiri di sebelah Faheem memerhati tingkah keluarganya.

Tak ada siapa ke yang nak bergerak? Soal hati Fareez.

"Ada sesiapa tahu ke Qeel keluar pergi mana?" Soal Fareez. Datin Sri Norlia dan Faheem menggelengkan kepala. Air mata wanita separuh abad itu akhirnya menitis.

"Sekejap..tadi adik kata dia nak jumpa kawan!"ujar Dato' Rahman tiba-tiba.

Kawan? Daania?

Fareez terus berlari mendapatkan kunci keretanya. Dia memecut laju keretanya keluar dari perkarangan banglo keluarganya.

"Fareez!" Teriak Datin Sri Norlia sebelum wajah anak lelakinya itu hilang dari pandangan.

"Ke mana pula la budak tu nak pergi.." semakin sebak hati wanita itu. Aksi Fareez kadang-kadang tidak boleh dijangka. Apa sahaja dia mampu buat tanpa memikirkan keselamatannya.

Faheem mendapatkan ibunya, "mummy,jangan risau..along janji yang Fareez mampu cari Adik.." kata Faheem yakin.

Fareez, memang orangnya nampak dingin dan keras kepala. Tetapi jika sesuatu jadi pada adiknya, dialah orang pertama yang akan mempertahankan adiknya itu. Fareez, siapa sahaja yang jangka dia begitu kisah entang adiknya.

***

"Aidan???"

"Hmmm..Aisya yang kata, dia nak ambil Aidan kat airport. Dia tak bagitahu ke dekat awak yang dia dan Aidan dah okay?"

Semakin terkejut Fareez mendengar penjelasan Daania, rakan karib Aisya.

"Ahh!!!awakkkk!!!"jerit Aisya dalam talian

"Ish,kau kenapa jerit-jerit?"marah Daania. Aisya tersenyum riang,

"Daania, aku nak pergi ambil Aidan kat airport!" Kata Aisya,teruja.

"Hah? Aidan??bukan ke kau dengan dia.."

"Aidan dah pulih! Oh, jangan bagitau sesiapa tau. Aidan suruh rahsiakan dulu. Kalau kau bukak mulut, jaga kau.." ugut Aisya.

"Yah, seriously? Wah bagus la..by the way, kenapa ambil dia kat airport?"

"Kau tau en minggu lepas aku pergi oversea..aku jumpa dia kat sana. Dan kat sana la dia bagitau semuanya.." jelas Aisya.

"Ouh, okay aku tutup mulut. Hati-hati tau..jangan galak sangat.."pesan Daania. Aisya menggulingkan mata.

"Tau la..dah, bye assalamualaikum."

"Waalaikumussalam.."

Panggilan di matikan


Huh,aku dah agak. Mesti ada sesuatu. Tapi aku rasa tidak sedap hati. Aisya Aqeela, lamanya kau ambil Aidan? Tak bagitahu pun bila kau nak bali. Haish, pernah ke dia keluar sehingga lewat macam ni? Tak mungkin.

Mesti ada sesuatu yang jadi.

"Urm, Aisya ada call awak lagi?"soal Fareez. Daania menggelengkan kepala, "tak, sekali tu je dia call saya.." jawab Daania.

"Okaylah, terima kasih ya!"

Fareez berlari semula ke keretanya. Kerata itu dipandu ke airport. Mungkinkah Aisya masih di sana?

.
.
.

"Tuan, ada nampak perempuan ni?" Fareez menunjukkan gambar Aisya kepada pengawal airport dari skrin phonenya.

"Maaf encik, tak ada." Jawab pengawal itu.

Fareez berlari ke semua tempat mencari Aisya. Namun langsung tidak kelihatan.

Tubuh Fareez berpeluh dan dia terasa sangat letih. Punggungnya di labuhkan di atas kerusi.

Wajah adiknya di skrin phone di tatap. Dia tergelak kecil. "Qeel, kenapa kau buat abang kau macam ni hah? Kau tak kesian ke kat aku? Banyak kali aku cuba pertahankan kau. Tapi kau langsung taknak pertahankan diri kau sendiri. Perlu ke aku duduk sebelah aku 24/7 hah? Aishh.." ujar Fareez. Dia sudah buntu. Mana mahu cari Aisya Aqeela? Di mana lagi?

***

Kringgg..

Handphone Aisya Aqeela berdering. Aisya melihat pada skrin telefonnya.

Asyraf Azham..

Air matanya dikesat, nafasnya cuba diaturkan. Sedannya cuba ditahan.

Butang hijau di tekan.

"Hello.."

"Aisy..A-Aisya..awak menangis ke??" Soal Azham.

Aisya menahan tangisannya. Dia menggeleng. "M-mana ada..tak..saya tak menangis pun..Azham.."

Jelas sekali kedengaran esakan Aisya. Tak payah tipu saya Aisya, saya kenal awak.

"Awak kat mana sekarang, Aisya??"

***

Kalau aku Qeel, aku pergi mana?

Fareez menggaru kepalanya.

"Sekejap..dulu Qeel pernah kata.."

"Adik pergi tadika adik.."

Fareez mengerutkan dahinya, "tadika? Kenapa pula?" Tanya Fareez. "Sebab, adik seronok dekat sini..ada banyak memori adik dengan kawan-kawan..lagi-lagi dengan Azham.."

Fareez tergelak kecil, "ei, gatalnya adik angah!" Ujar Fareez. Aisya menjerlirkan lidah.

"Biarlah..kalau angah nak cari adik, adik akan ada kat tadika ni..kalau adik hilang, cari adik kat tadika ni tau..adik mesti ada kat sini..sebab adik tak nak tinggalkan tadika ni.." kata gadis kecil itu.

Fareez menganggukkan kepala, "hmm, nanti angah cari adik tau.."

"Angah, daddy tak sampai lagi..jom kita main nyorok-nyorok!" Ajak gadis itu. "Okay, angah kira! 1...2...3..."

"T-tadika tu..."

Itu memori beberapa belas tahun lalu. Mungkinkah Aisya masih berada di situ? Betulkah apa yang dia katakan dahulu?

***

"A-Aisya.."

Aisya menoleh ke belakang. "Azham.."

Asyraf berjalan menuju ke arah Aisya. Punggungnya di labuhkan di sebelah Aisya. Kini dia dan Aisya betul-betul menghadap tadika lama itu.

1001 kenangan mereka bersama di sini dahulu. Azham tersenyum kecil.

"Kenapa awak ada kat sini?" Soal Asyraf.

Aisya menoleh ke arah Asyraf sekilas. Kepalanya di gelengkan, "saya tenangkan fikiran..kalau saya sedih, mesti saya pergi sini..dari dulu lagi..sebab bila saya pandang bangunan lama ni, semua kenangan yang gembira masuk dalam kepala saya..dia buat saya rasa tenang.." jelas Aisya lalu dia menguntumkan senyuman.

"Rindu..zaman dulu.." ujar Asyraf. Aisya mengangguk laju, mengiakan kata-kata Asyraf.

"Rindu..zaman bila mana langsung tak ada masalah..tak perlu tempuhi dugaan berat macam mana kita rasa sekarang..apa yang ada dalam pemikiran main je..tak pernah pun hati ni sakit dan terluka.." ujar Aisya dengan mata yang masih khusyuk memandang tadika itu.

Sennyuman Asyraf pudar. Dia menoleh ke arah Aisya.

Aisya..awak tak okay..apa yang dah jadi?

***

Aku segera keluar dari kereta. Aku berlari mendekati bangunan itu. Tiba-tiba kaki aku terhenti sendiri.

Azham. Apa dia buat kat sini?

Dia dengan Aisya?

Tetapi aku agak lega bila melihat Aisya tergelak dan tersenyum dengan Azham. Sekurang-kurangnya Azham tidak apa-apakan dia. Dan dia tak menangis.

Aku menghela keluhan halus. Senyuman kecil terbit di bibirku.

Mampukah Dia

Triple update!

----

Don't forget to check out this story!
THE LAST WORRIOR
BY;
A

naFazliana


Weiterlesen

Das wird dir gefallen

7.8M 233K 56
Rogue Saavedra, the arrogant city's young billionaire, becomes stranded on an unknown island. There he meets an illiterate jungle woman, Jane, who is...
1.2M 44.4K 92
[𝙶𝚇𝙶] [𝙿𝚁𝙾𝙵𝚇𝚂𝚃𝚄𝙳𝙴𝙽𝚃] Will you pursue your feelings towards her if she's your professor and your best friend's sister? What if she lik...
3M 184K 60
As far as she remembers, she's the obsessed one. Laila does some crazy things while secretly fangirling over the campus semi-cal cutie, Asher James P...