[C] Jaga-Jaga | Kai x Lisa | ✔

Bởi widaa99

25.9K 3.3K 3.5K

Sweet talker! Playboy! > Itulah anggapan Lisa terhadap Kai. Dia tidak pernah menyukai Kai sejak awal lagi. La... Xem Thêm

A/N 🌸
Chapter 1.
Chapter 2.
Chapter 3
Chapter 4.
Chapter 5.
Chapter 6.
Chapter 7.
Chapter 8
Chapter 9.
Chapter 10.
Chapter 11.
Chapter 12.
Chapter 13.
Chapter 14.
Chapter 15.
Chapter 16.
Chapter 17.
Chapter 18.
Chapter 19.
Chapter 21.
Chapter 22.
Chapter 23.
Chapter 24.
New 🌸
Chapter 25.
Chapter 26.
Chapter 27.
Chapter 28.
Chapter 29.
Chapter 30.
Chapter 31.
Chapter 32.
Chapter 33 [Final]
Read this PLEASE 🙆✨
Special #1:She's Back
Special #2: Feeling betrayed
Special #3: Truth Or Lies?
Special #4: The day
Special #5: Careless
Special #6: Non-sense
Special #7: Kill
Special #8: The Real [END]ing

Chapter 20.

468 68 124
Bởi widaa99

Lisa POV

Dan orang pertama yang aku nampak adalah...

Ayah.

Rasa tertipu tak? ಥ⌣ಥ

Dia segak berbaju melayu. Wuu tengoklah ayah siapa kan.

Aku terlihat Nayeon yang sempat melambai tangan kepada seseorang. Tak lain tak bukan, Mingyu lah tu.

Mataku bertaut dengan Mingyu. Dia hanya tersenyum. Aku membalas senyumannya. Terasa kekok. Mataku melilau mencari orang yang paling aku tidak mahu tengok ketika ini.

Tapi, kalau tak nak tengok kenapa aku cari? Haih. Apa-apa jelah.

Biasalah, aku ni selain pemalas, aku suka mengeluarkan ayat pening jugak.

"Sini Lisa," ibu menoleh ke arah ku sambil mengisyaratkan aku supaya duduk disebelahnya. Aku melangkah ke tempat yang dimaksudkan. Nayeon hanya membuntutiku.

Sebaik sahaja punggungku berlabuh di atas bantal empuk yang dihiasi lace tu, (just imagine macam time orang akad nikah tu) sekali lagi mataku meliar di kawasan ruang tamu rumahku yang dipenuhi orang.

Kebanyakannya adalah saudara-mara aku dan aku pasti muka-muka yang aku tidak pernah lihat semestinya keluarga Taehyung.

Dia tak datang ke? Takkanlah...

Mataku tertatap pada seseorang yang duduk di sebelah Mingyu. Siapa tu? Aku tak kenallah pula.

Ish, biarlah. Mestilah tu family Taehyung.

Tiba-tiba, ibu menyentuh lembut tanganku. Macam tahu-tahu aje aku memang tengah nervous nak mati ni huhu.

Boleh tak aku buat-buat pengsan sekarang? Supaya batal majlis ni? Atau aku buat-buat gila ke? Mesti tak jadi punya dijadikan menantu.  Siapa je nak menantu gila.

Tapi aku masih waras (●__●)

"Jangan risau, semua akan okay," ujar ibu lalu tersenyum nipis. Aku mengangguk. Kata-kata omma sedikit sebanyak menenangkan hatiku yang semakin bergelora ini.

Aku genggam tangan omma dengan lebih erat. Dapat aku rasakan semangat seakan-akan mengalir di dalam badanku.

Entah macam mana, aku baru perasaan kehadiran seseorang yang berbaju melayu putih yang duduk betul-betul sebaris di hadapan aku.

WEH, MACAM MANA AKU BOLEH LUPA?!

Tulah, aku asyik mencari-cari kelibat Kai sehingga terlupa untuk melihat bakal suami sendiri. Apa punya jenis bakal isteri lah aku ni.

Tapi dia duduk membelakangj aku so, aku tak nampak muka dia. Rambut dia pun tak nampak sebab dia pakai songkok. Hanya nampak susuk tubuhnya daripada belakang je.

(Maaf cerita ni dah makin mengarut dengan kehadiran akad nikah, baju melayu dan songkok di dalamnya. tah sejak bila diorang nk tahu adat melayu ಠ_ಠ author tak boleh nak imagine wedding dekat church macam mana so, author harap korang still dapat hadam semua ini okay ಥ_ಥ maafkan author gaisss)

Yang aku nampak cuma abang aku yang tengah tersenyum penuh makna ke arahku. Aku hanya membalas dengan menjelirkan lidahku sedikit.

"Wei, agak-agak lah. Kan aku dah cakap jaga kelakuan kau tu. Orang tengok lah Lisa," bisik Nayeon kepadaku. Pehaku ditampar sedikit.

Aku hanya tersengih. Lupa pula kat sini ramai orang. Dibuatnya kalau bakal mak mertua aku nampak, terus tak jadi dibuat menantu.

Eh, cakap pasal mak mertua, mana bakal mak mertua aku?

Kenapalah aku ni lembab sangat? Majlis dah nak start baru fikir.

Mana taknya, otak aku dipenuhi Kai je tadi. Huh.

Mataku kembali meliar ke arah tempat Junho duduk. Aku lihat appa disebelahnya dan terdapat seorang lelaki dalam lingkungan umur appa duduk di sisi ayah.

Jap, aku macam kenal tau pak cik tu. Siapa eh?

Hm abaikan. Mungkin pelanduk berupa-rupa kut.

Serentak itu, aku perasan seorang wanita yang berumur lebih kurang sebaya ibu mengambil tempat di sebelah kanan ibu.

Dia sempat membisikkan sesuatu kepada ibu yang hanya membalas dengan senyuman manis.

Aku tak sempat untuk melihat muka mak cik tersebut sebab nampaknya majlis dah nak dimulakan!

Ok Lisa, tarik nafas, lepas.

Fokus.

°°°

"Sah,"


Sebaik sahaja perkataan itu disebut oleh para saksi, maka selesai juga ijab qabul dengan sekali lafaz oleh suami aku.

(IJAB QABUL GAIS HAHA YA ALLAH APA YANG SIS MEREPEK DI SINI?!)

'Suami aku?'

Perkataan tu kedengaran aneh pada pendengaran aku. Aku tak tahu nak cakap aku gembira ke apa sekarang. Dalam sekelip mata je, status aku sudah bertukar.

Okay, bukan sekelip mata tapi beberapa saat atau mungkin minit.

Aku telah sah menjadi seorang isteri.

Tapi ada perkara yang lebih aneh daripada tu. Sangat aneh! Tiada apa yang lebih aneh berbanding apa yang aku nak cakap ni.

Waktu akad tadi, aku dengar tok kadi bukan sebut nama Kim Taehyung tau tapi Kim Jong In.

Dah makhluk mana pula aku dikahwinkan ni weh?? Menyesal aku cakap aku tak nak tahu nama bakal suami aku dulu ಥ_ಥ

Akhirnya aku juga yang terpinga-pinga dekat majlis akad nikah sendiri. Padan lah muka aku. Haih. Aku nak tengoklah muka dia.

Pandanglah sini, please?

Seperti mendengar bisikan hatiku yang sedang gundah gulana ini, lelaki yang kini memegang status sebagai suamiku (ceh suamiku!) menoleh ke arahku.

Satu saat

Dua saat

Tiga saat

Aku tersengih. Aku ni rindu Kai ke sampai muka laki sendiri pun aku nampak macam Kai? 

Teruknya kau ni Lisa. Aku rasa nak lempang diri sendiri atau mungkin aku boleh minta tolong Nayeon. Dia kan pakar bab-bab ni.

"Weh, Yeon. Teruknya aku. Aku na--" aku menoleh ke arah Nayeon disisiku. Dia terlopong. Matanya memandang ke arah suamiku.

Perlahan-lahan dia menoleh ke arahku sambil jari telunjuknya masih dihalakan ke arah suami aku.

"Weh, Kai????" ujar Nayeon seperlahan yang boleh. Keningnya dikerutkan. Riak wajahnya serupa terkejut beruk.

Lawak apakah ini?

Aku tergelak kecil.

"Tulah aku baru je nak tanya-,"  tawaku terhenti.

"HA??? WEH BETULLAH NI MATA AKU TAK TIPU KAN?? NI REALITI KAN?" aku menjerit secara tiba-tiba. Lengan Nayeon aku goncang-goncangkan. Mataku dibesarkan.

Kim Jong In? Kai? Lisa pabo! kenapa selama ni kau tak tahu nama sebenar Kai?? Ya tuhan, terasa diriku begitu bengap sekarang ni.

Mungkin aku patut menyorok di bawah karpet.

Dapat aku rasakan banyak mata memandang ke arah ku. Ada juga yang berbisik. Sempat lagi makcik-makcik ni nak gossip. Mengumpat aku lah tu.

Taubat lah makcik sebelum terlambat. Kita hidup di dunia ni tak lama.

"Shh, Lisa. Orang pandang lah," kelam kabut Nayeon menenangkanku.

"Yeon, aku mimpi kut ni hahhahaa aku rasa ada bintang atas kepa--"

"Lisa!"

"Sayang!"

Tidak sempat ayatku dihabiskan, akhirnya semua menjadi gelap-gelita di mataku.


🌼🌼🌼

Maaf sangat kalau bab ni merepek giloss atau tak seperti korang harapkan! author nak ucap terima kasih sangat sebab dah baca sampai chapter 20. I love you guys 😭💕

Dont forget to vote/comment 💕

Đọc tiếp

Bạn Cũng Sẽ Thích

1.2M 44K 120
{COMPLETE} Hidup gadis yang bernama Nasuha Cassandra berubah dengan sekelip mata setelah dia disahkan hamil. Namun dia langsung tidak pernah disentuh...
511K 19K 80
『 ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ ʙʏ ғʟᴏᴡᴇʀᴢᴇᴜs 』 sᴛᴀᴛᴜs : complete ᴄᴏᴠᴇʀ ʙʏ ; @Aizack_Mesle ━━━━━━━━━━━━━━━ Pertemuan yang terjadi telah meruntuhkan dinding kekuatan...
328K 22.1K 56
❝ Put Allah first , and you will never be the last ❞ •siri bts mualaf• -completed-
12.3M 541K 74
[Previously known as Mr Tengku VS Miss Flower] [Wattys Awards Winner 2016] Highest ranking: #1 in Romance #1 in Viral list -- "Saya tahu yang awak ak...