Rindu Dendam [Completed]

By maslily

654K 10.8K 738

[Sambungan RINDU] Mula-mula kita kenal.. Setelah itu kita berkawan.. Kita berjumpa.. kau ajak bercinta. Kau c... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
#UPDATE
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
#UPDATE
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
#UPDATE
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
Epilog

BAB 30

10.6K 200 14
By maslily

Tukk! Tukk!

Tukk! Tukk!

Aku membuka mata apabila terdengar pintu bilik diketuk berkali-kali. Handfone di bawah bantal aku ambil. Jam menunjukkan pukul 8:30 pagi. Baru sahaja aku ingin melompat turun daripada katil, Kyla terlebih dahulu bangun membuka pintu.

Jack sedang berdiri di hadapan pintu. Dia tersenyum apabila terlihat Kyla berada di hadapan nya.

"Baru bangun?" Soal Jack. Kyla hanya mengangguk tanpa mengeluarkan suara. Matanya di kesat-kesat.

"Busuk nya dia.. mandi cepat. Dah pukul berapa ni.. nak breakfast tak?" Soalnya lagi. Kyla masih lagi mengangguk. Jack memegang tepi kepala Kyla dan mendongakkan muka Kyla keatas. Jack melihat aku sekilas sebelum mencium dahi Kyla. Setelah itu dia melepaskan muka Kyla dan menggosok kepala Kyla sebelum berlalu pergi.

"Lia.. diorang suruh siap sebab nak pergi breakfast." Kata Kyla dengan suaranya yang serak basah. Aku hanya tersenyum tipis dan melangkah turun daripada katil.

Sebaik saja aku memasuki bilik air, aku terus membuka air pancuran. Air panas yang keluar daripada air pancuran itu menimbulkan rasa nyaman. Aku menggosok sabun di setiap pelusuk badan. Habis sahaja menyabun badan, aku beralih ke sinki untuk memberus gigi. Aku melalukan tangan di bawah pancuran air paip.

"Damn! Sejuk like hell!" Aku menjerit kesejukan. Eh kejap, tapi hell bukan panas ke?

Aku menutup pili air tersebut dan beralih semula ke bawah pancuran air panas. Aku menggosok gigi di situ sehinggalah semuanya selesai.

---------------------------------------

Kami menikmati sarapan di kawasan yang berdekatan dengan ladang strawberi. Keindahan ladang yang menghijau benar-benar memukau mata yang memandang. Setiap udara yang disedut sangat menyamankan. Setiap kata-kata yang keluar disertakan sekali dengan kepulan asap. Berada di Malaysia tetapi rasa seperti di luar negara.

Aku melihat Ammar yang sedang enak menjamu selera. Dia, dengan prinsipnya sendiri -tidak bercakap ketika makan. Sedangkan rakan yang lain sedang rancak berbual, bergurau senda, selfie dan bermacam lagi.

"Ammar." Aku sengaja memanggil namanya. Ammar mengangkat pandangannya ke atas. Aku yang berada di hadapan nya di pandang dengan soalan. Keningnya di angkat ke atas.
Aku juga memandangnya dengan senyuman tanpa bicara. Ah! saja ingin menyakat dia.

"Ammar.." Aku memanggilnya lagi dengan suara seakan berbisik ketika dia sedang menyedut air. Tanpa melepaskan sedutannya pada straw itu, dia membuat bunyi 'hmm'. Aku sengaja mengenyitkan sebelah mata. Straw pada mulutnya terus terlepas dan tersedak-sedak dia disitu. Suasana yang bingit sebentar tadi serta merta sunyi. Semua mata terarah kepada Ammar yang sedang tersedak itu.

"Am okay tak?" Soal Aliff di sebelahnya. Belakang Ammar di gosok perlahan tanda prihatin. Aku menahan tawa daripada terhambur. Kuat juga penangan kenyitan mata ni. Nak nazak dibuatnya jika terkena.

"Ahh okayy.." Kata Ammar dengan suaranya yang tersekat-sekat. Ammar berdehem beberapa kali sebelum memandang aku tajam. Aku tersengih lalu mengeluarkan hujung lidah sedikit. Kalau kami berdua sahaja disitu, sudah pasti aku akan mengeluarkan lidahku mengejeknya.

"Kau kenapa tiba-tiba tersedak?" Soal Jack hairan. Beberapa orang disitu sudah mula memyambung perbualan yang tergendala.

"Entah. Ada orang dengki kot." Jawabnya selamba. Aku menyepak kecil kakinya di bawah meja. Ammar terus mengeraskan badannya. Mukanya berkerut. Giginya diketap menahan suara daripada keluar.

"Orang dengki sampai macam tu sekali?" Jack menyoal lagi.

"Itulah.. orang dengki ni kadang tak kira tempat. Mana-mana pun boleh.. kadang sengaja disepak nya kita." Jawab Ammar lagi. Jack yang mendengar terus berkerut tidak memahami maksud tersirat Ammar. Tapi aku faham! Setepek dia perli aku. Tak guna betul.

"Eh korang dah siap makan ke? Jom lah kita mulakan perjalanan sekarang." Kata Ammar lalu berdiri.

"Lahh nak balik dah ke?" Soal Nani dihujung sana. Mukanya kelihatan monyok seperti tidak mahu meninggalkan Tanah Rata ini.

"Bukan lah.. mulakan perjalanan menerokai Cameron Highland." Kata Ammar lagi cuba mengembalikan mood ceria. Nani sudah bersorak kegembiraan.

Usai sahaja bersarapan, kami memulakan penerokaan di ladang strawberi. Sungguh indah dan menyamankan. Buah strawberi yang berjuntai itu berwarna merah dan segar tanda masak sepenuhnya.

"Nah." Ammar menghulurkan sebiji strawberi kepada aku.

"Eh, boleh ke? Bukan tak boleh ke? Bukan kena bayar dulu ke?" Soalku bertubi-tubi.

"Orang tak nampak.. cepat." Katanya lagi. Buah strawberi itu disuakan ke mulut aku. Teragak-agak aku ingin memasukkan buah itu ke dalam mulut.

"Emm sedapnya." Kataku lalu menekup mulut. Rasa manis buah itu membuatkan aku terharu. Hampir mengalir air mata aku ketika mengunyahnya. Ammar hanya tersenyum melihat keletah aku.

"Nak lagi?" Soalnya. Aku pantas mengangguk.

"Tunggu lepas bayar." Sakat Ammar lalu mengekek ketawa. Aku merengus kegeraman.

"Awak tahu tak apa beza awak dengan strawberi?" Soal Ammar cuba membuat pickup line. Aku tersenyum sinis.

"Buah strawberi manis nya sementara.. saya manis selamanya. Tak gitu?" Aku menarik senyuman sinis.

"Salah." Jawab Ammar ringkas.

"Then what?" Soalku tidak berpuas hati. Selalu bukan pickup line macam tu ke lelaki suka guna?

"Strawberi tu buah..awak manusia.. tu je." Aku pantas mencubit lengan Ammar apabila dia galak mentertawakan aku sehingga orang sekeliling memandang pelik ke arah kami. Ammar menekup mulutnya. Badannya masih lagi terhinjut-hinjut menahan tawa.

"Eee dah lah!" Bentakku. Ammar terus berhenti dan berdehem beberapa kali. Dia melihat wajahku kemudian dia sambung ketawa. Geli betul hati dia dapat mengenakan aku!

Seterusnya kami meneroka Butterfly Garden. Kadar bayaran yang dikenakan bagi setiap seorang adalah RM5. Aku terpaku apabila menjejakkan kaki ke dalam laman itu.

Subhanallah.. indah sungguh ciptaan Tuhan.
Dapat aku lihat bermacam spesis rama-rama di dalam ini dan semuanya cantik belaka. Tapi sayang, hidup rama-rama tidak lama seperti haiwan lain. Benarlah, indah itu hanya sementara.

"Suka?" Soal Ammar tiba-tiba yang berada di sebelahku.

"Suka sangat." Jawabku tanpa menoleh.

"Awak tahu apa beza awak dengan rama-rama?" Soal Ammar lagi. Aku memandang tajam dia yang berada di sebelahku.

"Hahaha okay okay.. tak buat dah." Ammar cepat-cepat menggelengkan kepalanya.

"Tapi.. awak dengan rama-rama ada satu persamaan." Katanya perlahan. Aku tidak mahu menyampuk, hanya mendengar setiap bait kata-katanya.

"Cantik." Sambungnya lagi. Terasa berbahang di wajahku apabila dipuji begitu. Walaupun cuaca sangat sejuk, tetapi tidak dapat menyejukkan wajahku yang sudah kemerahan.

Apabila aku mengalihkan pandangan ke sisi sebelah kanan, aku melihat Ammar sedang menelek seekor rama-rama di atas tangan nya.

"Cantik sangat." Katanya lagi. Rupa-rupanya dia sedang memuji rama-rama di tangan nya. Bukan puji aku! Aku je yang perasan lebih. Aku pantas meniup rama-rama yang berada di atas tangan nya. Rama-rama itu pun terbang tinggi. Puas hati aku. #LiaJealous

"Why??" Soal Ammar meleret.

"Jangan main pegang jelah takut beracun. Kadang-kadang yang nampak cantik tulah yang paling merbahaya." Jawabku ingin menyembunyikan sebab sebenar.

"And why awak blushing?" Soalnya lagi. Aku meraba-raba mukaku.

"Mana ada!" Bentakku perlahan.

"Hidung merah. Pipi merah." Katanya sambil mencuit hidung dan pipiku.

"Sejuk!" Jawabku berdalih.

"Meh sini rapat sikit biar terkena bahang cinta saya." Jawabnya. Aku melihat dia pelik.

"Lepastu?" Soalku bersama sengihan.

"Lepastu.. baru lah awak dapat merasa kehangatan nya." Jawab Ammar. Aku hanya terseyum senang.

Dan setengah hari itu kami menikmati percutian yang singkat tetapi menyeronokkan. Sepanjang perjalanan itu, aku hanya berkepit dengan Ammar sahaja. Pandangan tajam Muqris pada aku, aku biarkan sahaja. Jujur aku katakan, sudah tiada rasa cinta di dalam hati ini buat dia. Ada seseorang yang sudah berjaya menggantikan tempatnya. Aku yakin, orang itu ialah Ammar.

----------------------------------------

Sudah tiga jam perjalanan sejak kami meninggalkan Tanah Rata itu. Aku menoleh ke sisi melihat Ammar yang sedang memandu.

"Ammar.. are you okay?" Soalku bersahaja.

"Okay je tapi macam sakit bahu sikit. Mungkin sebab drive tiga jam tanpa henti kut?" Jawabnya. Bahu nya di gerak-gerakkan membuat pusaran.

"Nak tukar? Saya boleh drive juga kan. Atau awak nak berhenti dulu dekat RNR?"

"Betul awak boleh drive? Nak dekat malam dah ni."

"Boleh lah.. don't worry." Jawabku cuba meyakinkan Ammar. Ammar memberikan lampu isyarat ke sebelah kiri lalu memberhentikan keretanya. Rakan yang lain juga turut membuat perkara yang sama.

Aku membuka tali pinggang di badan dan keluar daripada perut kereta begitu juga Ammar. Aku memulakan perjalanan dengan bismillah. Semoga semuanya selamat dan minta dijauhkan daripada kemalangan dan kecelakaan.

-------------------------------------------

Alhamdulillah kami selamat sampai di tempat pertemuan kali pertama. Ammar di sebelah sedang nyenyak tidur manakala Muqris pula sudah terlebih dahulu keluar untuk menghisap rokok.

Aku menguis-nguis rambut Ammar yang berjuntai di dahinya. Pipinya pula aku cucuk perlahan.

"Ammar.." Panggilku perlahan. Tiada sahutan daripada dia. Nampaknya Ammar benar-benar lena.

"Ammar bangun.." Kali ini aku melurutkan jari telunjuk di batang hidungnya. Ammar sekadar menggerakkan hidungnya apabila terasa diganggu.

"Ammar Izham.." Panggilku lagi. Aku dengan beraninya mengusap pipi Ammar. Bibirnya yang merah merekah aku tenung lama. Aku menelan liur sendiri. Tidak lama selepas itu terasa tanganku di raih laku dikucup lembut.

Aku terkejut dengan tindakan Ammar. Dia menarik tanganku ke dalam dakapannya. Matanya masih lagi terpejam.

"Bangunlah." Kataku sambil cuba melepaskan pegangannya. Semakin aku menarik, semakin kuat pegangan Ammar. Ammar membuka matanya menikam aku.

"Awak kenapa goda saya?" Soalnya dengan suara serak basah. Berdegup jantung aku tatkala mendengarnya.

"Bila masa?" Soalku pula.

"Tadi.. cuit-cuit.. usap-usap.. nak kena gigit?" Jawab Ammar. Aku mengetap bibir bawah kerana terasa sangat malu.

"Saya ingatkan awak tidur." Kataku perlahan.

"Memang lah tidur.. dah kena cuit macam tu siapa tak bangun." Kata Ammar lagi lalu mengucup lama belakang telapak tanganku. Ammar melepaskan tanganku. Badannya ditegakkan lalu dia menyeringai kesakitan.

"Kenapa?" Soalku gelisah.

"Pandang sebelah sana jap." Katanya mengarahkanku. Aku tidak mengikut malah bertanya lagi.

"Kenapa nak kena pandang sana?"

"Nak betulkan parking." Jawabnya tanpa berselindung lagi. Pada mulanya aku tidak dapat menangkap maksud sebenar tetapi setelah memahaminya, aku pantas mengalihkan pandangan ke sebelah kanan. Ammar tergelak-gelak melihat reaksi spontan aku.

"Dah." Kata Ammar ringkas. Okay, kalau dah then aku nak kena buat apa? Aku rasa kepala ni macam dah tersekat pula dekat sebelah kanan.

"Kamelia?" Panggil Ammar apabila mendapati aku masih diam membisu. Perlahan-lahan aku memusingkan kepala menghadapnya dan aku terkejut bukan kepalang apabila melihat seraut wajah pucat yang disirami cahaya di luar.

"Lia, kenapa?" Soal Ammar dan pantas memalingkan wajah ke sebelah kiri. Dia juga terkejut sampai mencarut-carut. Wajah pucat itu tadi tertawa kuat. Ammar pantas membuka pintu keretanya.

"Damn you man!" Bentak Ammar. Jack pula sudah menekan-nekan perutnya. Aku pula sudah menyumpah-nyumpah di dalam hati. Tak guna betul kenakan orang malam-malam. Tak lawak lah!

Aku bersalaman dan berlaga-laga pipi dengan kenalan perempuan. Salina meminta nombor telefon aku lalu memasukkan aku ke dalam group whatsapp mereka. Senang katanya apabila mereka ingin mengajak lepak.

Aku memasuki perut kereta begitu juga Ammar. Pemanduan Ammar terasa begitu lancar. Aku menekan punat radio. Lagu Fly Me To The Moon nyanyian Frank Sinatra bergema di setiap ruang. Aku memejamkan mata menghayati setiap bait lagu itu.

"Suka lagu ni?" Soal Ammar.

"Suka.. lagu favourite." Jawabku bersama senyuman.

Masa berlalu begitu pantas. Akhirnya aku sampai juga di rumah. Aku mengerling jam di tangan. 10:45 malam.

"Thanks Ammar." Kataku lalu membuka tali pinggang di badan. Baru sahaja aku ingin membuka pintu, Ammar sudah menarik tanganku.

"Saya nak jumpa ayah." Katanya membuatkan aku terkaku. Biar betul dia ni?

Continue Reading

You'll Also Like

44.9K 4.4K 65
IRFAN DANIAL, jejaka tampan yang mempunyai rupa paras yang kacak dan tampan, Irfan sentiasa menjadi perhatian para gadis. Seorang juruterbang yang be...
1M 45.5K 71
QASH DARREN seorang lelaki biasa yang mempunyai aura tersendiri, sederhana dan tidak suka dikenali. Dingin pada pandangan orang lain tetapi cair di t...
55.2K 2.6K 26
🥀𝒵𝓎𝒶𝓃 ℛ𝒶𝒻𝒶ℯ𝓁 x 𝒜𝓁𝓎𝒶 𝒬𝒶𝒾𝓈𝒶𝓇𝒶🥀 _ℛℯ𝓁𝒶 𝒦𝓊 𝒟ℯ𝓇𝒾𝓉𝒶 𝒟ℯ𝓂𝒾 ℳℯ𝓁𝒾𝒽𝒶𝓉 ℳ𝓊 ℬ𝒶𝒽𝒶ℊ𝒾𝒶_ Disatukan tanpa kerelaan hati.Itu...
22.4K 1.1K 37
𝐈𝐫𝐬𝐲𝐚𝐝 𝐌𝐢𝐤𝐚𝐞𝐥 × 𝐇𝐮𝐬𝐧𝐚 𝐑𝐚𝐢𝐡𝐚𝐧𝐚 Irsyad Mikael jejaka tinggi lampai yang berumur 24 tahun, salah seorang tentera dari Grup Gera...