The Second Warriors [C]

By yuyun309

361K 21.9K 523

-Wattys2017- -Senarai Cerita Istimewa- Kayna Silveria ialah gadis yang ingin memasuki umurnya yang ke-16 tah... More

PROLOG
Episod 1: The normal day.
Episod 2: Something weird.
Episode 3: Her birthday
Episode 4
Episode 5
Episode 6
Kayna's new friend
Episode 7
Episode 8
Episode 9
Episode 10
Episode 11
Episode 12
Episode 13
Episode 14
Episode 15
Episode 16
Episode 17
Episode 18
Episode 19
Episode 20
Episode 21
Episode 22
From Yuyun
Episode 23
Episode 24
Episode 25
Episode 26
Episode 27
Episode 28
Episode 29
Episode 30
Episode 31
Episode 32
Episode 33
Episode 34
Episode 35
Episode 36
Episode 37
Episode 38
Episode 39
Episode 40
Episode 42
Episode 43
Episode 44
Episode 45
Episode 46
Episode 47
Episode 48
Episode 49
Epilogue : EXTRA

Episode 41

5.3K 363 5
By yuyun309

BERIRINGAN. Mereka semua berjalan secara beriringan dalam kumpulan yang baru sahaja diberikan oleh Ariel.

Mereka memerhati sekeliling mereka dengan sangat teliti. Setiap perumahan juga mereka periksa. Hampir dua jam mereka mencari, namun tidak juga menjumpai klu keberadaan Putera Leuter.

Kerisauan semakin menjadi-jadi. Bukan kepada Putera Leuter sahaja, pada mereka juga. Shadowgrass ialah sarang musuh. Mereka lebih mengenal selok belok tempat itu berbanding mereka. Menyerang hendap mereka boleh menjadi sesenang mengopek kacang. Apalagi mereka yang sedang berpecah sekarang ini.

"Nak buat apa ni, Leo? Kita tak jumpa apa-apa pun. Rasa macam kita dah berpusing-pusing tempat ni." Laura kelihatan sedikit takut. Dia menarik lengan baju Leo.

"Jangan tanya aku. Aku sendiri pun buntu sekarang ni." Leo masih mencari walaupun tidak tahu apa yang harus dicarinya.

Mereka berdua mencari dibahagian barat pekan itu. Ariel yang mengarahkan mereka. Kayna dan Ariel mencari dibahagian tengah pekan manakala Xoel dan Reyra dibahagikan timur.

Laura yang masih rasa takut tetap menolong Leo dalam misi mencari itu. Tiba-tiba matanya menangkap sesuatu.

"Hei, Leo!" Laura menarik lengan baju Leo sekali lagi.

"Ada apa? Jumpa sesuatu?" Leo berhenti berjalan dan memusingkan badannya menghadap Laura.

"Kau perasan tak...." Laura menudingkan jarinya kearah hutan disebelah mereka.

"Apa?" Leo melihat apa yang ditunjuk oleh Laura. Didalam hutan itu terdapat sebuah gua yang gelap. Mereka tidak dapat melihat gua itu dengan jelas kerana dihalang oleh pokok-pokok.

"Kita kena panggil yang lain." Leo menghalakan tangannya keudara. Dia mengalirkan petir dari tangannya sehingga petir itu berdentum diudara.

Elementalist lain yang ternampak petir Leo terus berlari kearah dimana Leo berada.

Ariel dan Kayna sampai dahulu kerana Xoel dan Reyra berada lebih jauh daripada mereka.

"Korang jumpa sesuatu ke, Leo, Laura?" Kayna menanya mereka berdua sebaik sahaja mereka sampai di hadapan mereka.

"Aku cuma jumpa tu. Tapi belum masuk lagi. Aku takut ada apa-apa yang bahaya." Leo menunjuk gua yang baru sahaja Laura tunjukkan kepadanya.

"Kita kena tunggu Xoel." Kata Ariel.

"Ya. Aku tahu."

Selepas beberapa minit menunggu, akhirnya Xoel dan Reyra sampai. Nafas mereka tercungap-cungap.

"Kenapa korang lambat?" Tanya Laura.

"Kitorang jumpa sesuatu tadi." Reyra menunjukkan sebilah pedang yang tersarung cantik dengan sarung berwarna emas. Diatasnya terdapat simbol burung phoenix berwarna merah.

"Pedang?" Kayna tidak tahu apa-apa tentang pedang.

"Burung phoenix melambangkan negara Wyston. Sama macam bunga mawar yang melambangkan Dorwall." Ariel menerangkan kepada Kayna.

"Jadi.. maksudnya pedang ni milik Putera Leuter tu lah?"

"Correct." Reyra mengangguk menjawab soalan Kayna.

"Jadi.... Leo, kau jumpa apa-apa ke?" Xoel menanya Leo.

"Ye. Kitorang nak kau periksa gua tu." Sekali lagi Leo menunjukkan gua itu.

Elementalist berjalan masuk kedalam hutan itu. Gua yang baru sahaja dijumpai menjadi tujuan mereka. Sampai sahaja dihadapan pintu gua itu, mereka terpaku melihat betapa gelapnya gua itu.

"Gelapnya."

Laura mengangguk bersetuju dengan Kayna.

"Xoel.." Ariel memandang Xoel yang berdiri di sebelahnya. Xoel hanya mengangguk lalu berjalan kehadapan pintu gua itu.

Xoel meletakkan tangannya diatas tanah dan menutup matanya. Dia melakukan benda yang sama seperti Reyra.

'Jadi itulah kuasa istimewa dia
Sama macam Reyra.' Kayna bermonolog didalam hati. Dia memandang Xoel lalu memandang Reyra pula.

Setelah beberapa minit, akhirnya Xoel membuka matanya.

"Jumpa apa-apa?" Reyra mendekati Xoel dan bertanya.

"Aku jumpa Putera Leuter." Elementalist terkejut.

"Kau dah jumpa?" Reyra memegang bahu Xoel.

"Ye. Rasanya dia dikurung. Detak jantung dia pun lambat."

"Kita kena cepat selamatkan dia." Reyra bangun dan memandang Ariel. Kerisauan tercetak jelas diwajahnya.

"Sabar, Reyra. Kita tak tahu lagi apa yang ada kat dalam tu." Ariel memandang Reyra semula.

Reyra tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia mengetap giginya dan menggenggam penumbuknya. Kayna dan Laura menepuk bahu Reyra perlahan untuk menenangkannya.

Xoel memandang Reyra yang terdiam. Perasaan cemburu mendatangi dirinya.

"Xoel, ada apa-apa lagi dalam tu?" Tanya Ariel.

Xoel sedikit terkejut kerana ditanya oleh Ariel secara tiba-tiba. Dia mengawal keterkejutannya.

"Rasanya tak ada."

"Kalau macam tu, kita akan masuk. Xoel tunjuk jalan."

Xoel mengangguk. Dia bangun dan mendekati Reyra. Bahu Reyra dia tepuk perlahan.

"Kita akan selamatkan dia. Percayalah." Reyra memandang Xoel untuk beberapa saat sebelum menganggukkan kepalanya.

Ariel dan Xoel berada paling hadapan. Sementara yang lain mengikuti mereka berdua dari belakang.

Ariel membuat tiga bebola api supaya memerangi gua yang gelap itu. Mereka berjalan kedalam. Senjata mereka dipegang erat. Walaupun Xoel kata tiada apa-apa, keselamatan tetap harus dijaga.

Semakin dalam mereka masuk, semakin tinggi tekanan yang mereka rasakan. Sampai lah mereka menjumpai apa yang mereka cari-cari.

"Putera Leuter!" Jerit mereka bersamaan.

Reyra terus berlari kearah dimana putera itu berada. Reyra menggoncangkan bahu putera itu untuk membangunkannya. Namun tanda-tanda untuk putera itu bangun tidak juga kelihatan.

"Apa yang berlaku?" Tanya Kayna.

"Tak tahu. Dia masih bernafas, jadi maksudnya dia hidup." Reyra menepuk pipi Putera Leuter. Masih tidak berhasil.

"Biar aku buat." Laura berjalan mendekati Reyra.

"Kau nak buat apa Laura?" Leo menanya.

"Aku nak guna kuasa istimewa aku." Laura tersenyum.

Reyra menggerakkan badannya dan membiarkan Laura membuat apa yang hendak dia lakukan.

Laura meletakkan kedua-dua tapak tangannya diteliga Putera Leuter. Elementalist hanya melihat Laura dengan seksama. Mereka tidak tahu apa yang dilakukan oleh Laura, tapi mereka tidak menanya kerana mereka percaya pada Laura.

Tiba-tiba kepala Putera Leuter bergerak. Laura mengalihkan tangannya dan bangun.

Perlahan-lahan mata Putera Leuter terbuka dan menampakkan irisnya yang berwarna merah. Dia melihat Elementalist yang terkaku.

"Putera!" Reyra terus duduk di hadapan Putera Leuter yang masih mengumpulkan kesedaran.

Putera Leuter memejam celikkan matanya. Sebaik sahaja pandangannya menjadi cerah, dia melihat Reyra yang berada dihadapannya.

"Reyra... Grana?"

"Ya. Ini saya." Reyra tersenyum melihat Putera Leuter yang sudah sedar sepenuhnya.

"Reyra!" Putera Leuter terus memeluk badan Reyra. Elementalist terkejut. Apalagi Xoel, dialah yang paling terkejut melihat adegan dihadapan matanya itu.

"Lama tak jumpa." Putera Leuter melepaskan pelukannya dan memandang Reyra. Dia tersenyum memandang Reyra.

"Ya." Reyra membalas senyuman yang diberikan oleh Putera itu.

"Putera Leuter Aldana." Ariel mendekati mereka berdua.

"Ah ya. Aku ada kat mana ni?" Elementalist kecuali Reyra terkejut untuk kesekian kalinya melihat putera dihadapan mereka itu. Putera itu tidak menggunakan bahasa istana yang formal. Malah menggunakan kata-kata rakyat biasa.

"Oh, maaf." Putera Leuter tertawa sambil menggaru kepalanya.

Reyra dan Putera Leuter bangun.

"Putera. Putera harus keluar dari tempat ini." Reyra menyampuk.

"Oh, baiklah! Tapi tempat ni kat mana?"

"Shadowgrass. Tak ada masa nak terangkan. Putera harus keluar dari sini."

"Kau macam mana, Reyra?" Putera Leuter menggenggam tangan Reyra.

"Patik ada perkara yang harus diselesaikan disini. Kapal diraja Dorwall sedang menunggu."

"Haih. Banyak kali aku cakap, tak perlu guna bahasa formal dengan aku, Reyra."

"Maaf."

"Baiklah. Aku pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi, jangan guna bahasa tu. Faham?"

Reyra tidak berkata apa-apa. Putera Leuter mendesah perlahan. Dia mendekati Reyra lalu mengucup dahinya.

Elementalist terpaku. Entah keberapa kali mereka terkejut melihat Putera itu.

Putera Leuter menjauhi Reyra. Tiba-tiba dibelakang badannya muncul sepasang sayap berwarna putih. Dia terus terbang meninggalkan Elementalist.

Elementalist masih terpaku. Putera itu suka membuat mereka terkejut. Yang lain kecuali Reyra memandang Xoel.

"A-apa?" Tanya Xoel.

Tiba-tiba dibawah mereka muncul sebuah lubang hitam yang besar. Mereka semua terjatuh kedalam lubang hitam itu.

Continue Reading

You'll Also Like

343K 33.3K 112
(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua...
119K 12K 75
Manis bertukar pahit. Mimpi indah bertukar mimpi ngeri. Bahagia bertukar derita. Penderitaan tanpa bahagia. Mereka kehilangan segala-galanya. Du...
258K 23.1K 40
"Aku tak kisah pasal hal lain, Vlad. Aku nak Lycans! Aku nak bunuh dia dengan tangan aku sendiri!" -Aiden Lycans, The Hunter- "Ayah percaya saya akan...
495K 37.2K 68
Akademi Dary. Memang nama akademi ini pelik. Namun, akademi ini menempatkan semua pelajar yang mempunyai pelbagai jenis deria keenam. Sehinggalah pad...